• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Fasa Pertama Laluan ART Rembus Dijangka Siap Hujung Tahun 2025 Ini

Oleh
Aina Musa
7 Februari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Fasa Pertama Laluan ART Rembus Dijangka Siap Hujung Tahun 2025 Ini

Fasa pertama merangkumi laluan biru bakal siap hujung tahun hadapan

Fasa Pertama Laluan ART Rembus Dijangka Siap Hujung Tahun 2025 Ini. Projek pembinaan Depot Transit Aliran Automasi (ART) Rembus, dijangka siap pada penghujung tahun 2025 dan beroperasi sepenuhnya 2026.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, fasa pertama Laluan Biru dan Depot ART Rembus itu dijangka siap pada suku keempat tahun 2025 sebelum ia beroperasi awal tahun 2026.

Fasa Pertama Laluan ART Rembus Dijangka Siap Hujung Tahun 2025 Ini. Kredit foto: Facebook

“Walaupun kita mulakan ia pada masa itu (2025) tetapi kita masih perlu melakukan percubaan dan sebagainya.

“Maka, menjelang awal tahun 2026 kita berharap dapat menyediakan perkhidmatan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja projek pembinaan bangunan utama Depot ART Rembus di Kota Samarahan, hari ini.

Lee berkata tapak projek telah diserahkan kepada kontraktor pada Disember tahun lepas dan tender juga telah dianugerahkan kepada mereka.

Semalam katanya, kontraktor memulakan cerucuk utama mereka iaitu pembinaan bengkel mekanikal.

“Projek menelan kos kira-kira RM260 juta yang terdiri daripada enam komponen iaitu bengkel mekanikal, bengkel infrastruktur, pusat kawalan operasi dan bangunan pentadbiran selain stesen minyak hidrogen serta limbungan dan trek ujian.

“Projek dijadual diserahkan kepada kontraktor untuk perkhidmatan bagi Laluan Biru pada penghujung tahun 2025,” katanya.

Lee berkata, beliau menekankan kepada kontrakor agar mereka berusaha sedaya upaya menyiapkan projek mengikut jadual dan tidak mahu melihat sebarang kelewatan atau sebarang alasan kerana lewat (menyiapkan projek).

Beliau berkata kementeriannya dan Sarawak Metro, yang merupakan pelaksana Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) akan memantau rapat projek tersebut dan berharap kontraktor memenuhi semua keperluan mengikut spesifikasi dan kontrak.

“Kami akan memantau projek ini dengan teliti kerana kita mempunyai jadual yang sangat padat untuk semua kemudahan ini (ART) mesti disiapkan sebelum ART tiba.

“Jika kemudahan tidak siap, ART kita juga tidak dapat beroperasi,” katanya.

Menurut beliau projek usahasama itu dianugerahkan kepada tiga syarikat kontraktor iaitu Azam Sehasrat Sdn Bhd, IJM Construction Sdn Bhd dan Unique Deco Sdn Bhd.

Projek berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha KUTS yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2027.

Baca lagi artikel menarik:

Guna Laluan Khas, Sarawak Metro Tegas ART Tidak Kongsi Jalan Dengan Kenderaan Lain
Sepanjang 3 Kilometer, Laluan ART Dari Kampung Rembus Ke Jambatan Kuap Bakal Siap Oktober Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Tradisi Istimewa Telinga Panjang Orang Ulu Kenali Tradisi Istimewa Telinga Panjang Orang Ulu
Next Article AirAsia Buka Kembali Laluan Kota Kinabalu-Jakarta Setelah 10 Tahun

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?