• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tragedi SS Vyner Brooke, Kapal Mewah Rajah Sarawak Berakhir Dengan Pembunuhan Kejam

Oleh
Nazihah AN
12 April 2025
Kongsi
5 Min Bacaan
Tragedi SS Vyner Brooke, Kapal Mewah Rajah Sarawak Berakhir Dengan Pembunuhan Kejam

Kapal Mewah Sarawak Yang Berakhir Dengan Pembunuhan Kejam Di Pulau Bangka

Tragedi SS Vyner Brooke, Kapal Mewah Rajah Sarawak Berakhir Dengan Pembunuhan Kejam. Sejarah sering kali menyimpan kisah tragis yang jarang diketahui ramai, salah satunya adalah tragedi menyayat hati yang menimpa kapal SS Vyner Brooke. Kapal ini pada asalnya adalah sebuah kapal mewah milik Rajah Sarawak, namun berakhir sebagai kapal tentera yang karam di perairan antara Sumatera dan Kalimantan ketika Perang Dunia Kedua.

Kisah ini bukan sahaja tentang kehilangan sebuah kapal bersejarah, tetapi juga tentang kekejaman perang yang meragut nyawa ramai penumpang tidak bersalah, termasuk 21 orang jururawat Australia.

Tragedi SS Vyner Brooke, Kapal Mewah Rajah Sarawak Berakhir Dengan Pembunuhan Kejam
Sumber gambar: Alchetron

Dari Kapal Mewah Ke Kapal Kargo & Tentera

SS Vyner Brooke dibina pada tahun 1928 di Edinburgh, Scotland oleh syarikat perkapalan Ramage & Ferguson Limited. Kapal ini dinamakan sempena Rajah Sarawak Ketiga, Sir Charles Vyner Brooke dan digunakan untuk keperluan keluarga Brooke. Isteri beliau, Ranee Sylvia Brooke, adalah individu yang merasmikan pelancaran kapal ini di dermaga Edinburgh.

Selepas beberapa tahun berlayar sebagai kapal mewah, SS Vyner Brooke akhirnya beralih fungsi menjadi kapal kargo dan penumpang yang berulang-alik antara Kuching dan Singapura. Namun, apabila Perang Dunia Kedua semakin memuncak, pihak British mengambil alih kapal ini untuk digunakan sebagai sebahagian daripada armada tentera mereka.

Pelayaran Terakhir Yang Tragis

Pada 13 Februari 1942, Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun. Dalam usaha menyelamatkan diri, seramai 181 penumpang menaiki SS Vyner Brooke, terdiri daripada wanita, kanak-kanak, tentera British yang cedera, serta 65 orang jururawat Australia. Mereka meninggalkan Singapura dengan harapan dapat mencari tempat perlindungan yang lebih selamat.

Namun, perjalanan mereka tidak bertahan lama. Pada keesokan harinya, 14 Februari 1942, pesawat tentera Jepun berjaya menemui kapal ini di laluan laut antara Sumatera dan Kalimantan. SS Vyner Brooke dihujani tembakan mesingan dan bom yang akhirnya menyebabkan kapal ini karam dalam masa 15 minit sahaja.

Sebahagian penumpang berjaya menyelamatkan diri dengan menggunakan sampan kecil atau pelampung keselamatan. Mereka yang terselamat dihanyutkan ombak ke pantai Pulau Bangka, tempat di mana mereka sepatutnya selamat. Namun, apa yang menanti mereka di daratan lebih mengerikan.

Tragedi SS Vyner Brooke, Kapal Mewah Rajah Sarawak Berakhir Dengan Pembunuhan Kejam
Sumber gambar: Alchetron

Kekejaman Tentera Jepun Di Pantai Pulau Bangka

Sebaik tiba di Pulau Bangka, para penumpang yang terselamat terus menjadi tahanan perang Jepun. Mereka yang cedera dan lemah tidak diberikan makanan atau rawatan, malah diperlakukan dengan kejam. Namun, nasib lebih buruk menimpa 22 orang jururawat Australia yang masih tidak mengalami kecederaan parah.

Mereka dipaksa berdiri di pantai di bawah kawalan tentera Jepun. Dengan lambang Palang Merah di lengan mereka, seharusnya mereka dilindungi oleh peraturan perang antarabangsa. Tetapi, pihak Jepun tidak mengendahkan sebarang etika peperangan. Arahan diberikan, dan jururawat-jururawat ini dipaksa berjalan masuk ke dalam laut sehingga air mencecah paras pinggang. Dari arah belakang, tentera Jepun melepaskan tembakan tanpa belas kasihan.

Seramai 21 orang jururawat terbunuh di tempat kejadian, kecuali seorang sahaja yang terselamat – Vivian Bullwinkel. Beliau mengalami kecederaan di kaki tetapi berpura-pura mati sehingga tentera Jepun meninggalkan lokasi tersebut. Mujurlah penduduk tempatan menjumpai dan merawatnya bersama seorang lagi tentera Inggeris yang terselamat. Malangnya, tentera Inggeris tersebut tidak dapat bertahan akibat kecederaan parah.

Keberanian Seorang Saksi Hidup

Setelah beberapa bulan menyamar sebagai penduduk tempatan untuk mengelak daripada tentera Jepun, Vivian Bullwinkel akhirnya dapat kembali ke tanah airnya selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945. Pada tahun 1947, beliau tampil sebagai saksi utama dalam perbicaraan jenayah perang Jepun di Tokyo, mendedahkan kekejaman yang berlaku di Pulau Bangka kepada dunia.

Kini, puing-puing kapal SS Vyner Brooke masih boleh dilihat di pesisir Pulau Bangka, menjadi bukti bisu tentang salah satu episod hitam dalam sejarah Perang Dunia Kedua di Asia Tenggara. Peristiwa ini bukan sahaja mengingatkan kita tentang kezaliman perang, tetapi juga tentang keberanian dan pengorbanan mereka yang terlibat.

Baca juga kisah menarik mengenai keluarga Brooke di bawah:

Rajah Putih Sarawak – Pemerintah Mesra Rakyat atau Penjajah Yang Berselindung?
Benarkah Rajah Putih Sarawak, James Brooke Sebenarnya Seorang Gay?

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 4 Perkara Seram Sejuk Tentang Data Jenayah Seksual di Malaysia
Next Article Panglima Lohari, Penentangan Terakhir Bajau Semporna Terhadap British Panglima Lohari, Penentangan Terakhir Bajau Semporna Terhadap British

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?