• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tragedi Hari Pertama Tahun Baru Cina, Kuil Di Penampang Hangus Dijilat Api

Oleh
Farisha
30 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Kebakaran berlaku seawal pagi

Tragedi Hari Pertama Tahun Baru Cina, Kuil Di Penampang Hangus Dijilat Api. Hari pertama Tahun Baru Cina yang sepatutnya penuh dengan kegembiraan bertukar menjadi duka apabila sebuah kuil di Penampang musnah dalam kebakaran awal pagi Rabu (29 Jan).

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 5.19 pagi sebelum sepasukan sembilan anggota, diketuai oleh Komander Operasi Mohd Khairul Abd Kohir, dikejarkan ke lokasi kejadian.

Tragedi Hari Pertama Tahun Baru Cina, Kuil Di Penampang Hangus Dijilat Api
Tragedi Hari Pertama Tahun Baru Cina, Kuil Di Penampang Hangus Dijilat Api. Sumber foto: The Star

Pasukan Bomba Bertindak Pantas

Kuil konkrit yang terletak kira-kira empat kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Penampang, berhampiran Sekolah Kebangsaan Bahang di Jalan Baru, dilaporkan musnah dalam kebakaran tersebut.

Walaupun api marak dengan cepat, pasukan bomba bertindak pantas menggunakan hose reel dari jentera bomba untuk memadam kebakaran sepenuhnya.

Tiada Kecederaan Dilaporkan

Operasi pemadaman api tamat pada jam 6.08 pagi selepas pasukan bomba mengesahkan kawasan tersebut selamat.

Setakat ini, punca kebakaran masih belum dikenal pasti, namun kejadian ini pastinya memberi kesan mendalam kepada masyarakat setempat yang sedang meraikan perayaan.

Semoga mereka yang terkesan diberikan kekuatan dan semoga pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan kebakaran:

Bertungkus-Lumus Pindah Pesakit, Stor Farmasi Hospital Papar Terbakar
Tular Mesin Pengering Baju Terbakar Di Rumah Akibat Terlalu Panas
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tragedi Tanah Runtuh Di Miri, Mayat Mangsa Kelima Warga Emas 71 Tahun Ditemui
Next Article Parkir Percuma Disediakan Di Bintulu Untuk Lindungi Kenderaan Dari Banjir Parkir Percuma Disediakan Di Bintulu Untuk Lindungi Kenderaan Dari Banjir

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?