• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Trail Mencanak, Gunung Tajul Manuk Di Bengoh Menanti Taklukan Pendaki Ekstrim

Oleh
Ismail NA
28 September 2020
Kongsi
5 Min Bacaan

Alternatif untuk Gunung Santubong.

Trail Mencanak, Gunung Tajul Manuk Di Bengoh Menanti Taklukan Pendaki Ekstrim. Sebelum ini, tular kawasan Bengoh atau Bengoh Dam di Padawan, Kuching sebagai kawasan tumpuan orang ramai terutamanya pendaki kerana memiliki banjaran yang indah dan air terjun yang cantik di sepanjang perjalanan.

Isi Isi Penting
  • Alternatif untuk Gunung Santubong.
  • Miliki ketinggian 900 meter, 11 km jarak ke puncak
  • Gerak awal pagi ke Empangan Bengoh untuk elak kesesakan
  • Naik bot 1 jam, redah ke kaki gunung baru jumpa laluan ke puncak yang mencanak
  • Pemandangan di puncak yang breathtaking, berbaloi untuk didaki
  • Fakta Ringkas Gunung Tajul Manuk

Malah, Bengoh diberi jolokan Taman Jurassic Malaysia kerana kecantikan air takungan di empangannya serta sesuai dijadikan tempat melakukan aktiviti luar yang lasak serta mengambil gambar.

Trail Mencanak, Gunung Tajul Manuk Di Bengoh Menanti Taklukan Pendaki Ekstrim
Trail Mencanak, Gunung Tajul Manuk Di Bengoh Menanti Taklukan Pendaki Ekstrim. Kredit : Ranggas Hikers

Miliki ketinggian 900 meter, 11 km jarak ke puncak

Walau bagaimanapun, menerusi laman Facebook rasmi Bayan Atuh Ecotourism Zone, Banjaran Bengoh juga mempunyai satu lagi tarikan iaitu Gunung Tajul Manuk.

Gunung ini memiliki ketinggian lebih kurang 900 meter. Jaraknya dari tapak permulaan pula adalah kira-kira 11 km. Untuk sampai ke puncak gunung ini, anda memerlukan masa lebih kurang 5 jam pendakian. Betul-betul ekstrim bunyinya.

Menurut ahli sebuah kumpulan pendaki Ranggas Hikers, Roslan Majaili, pendakian ke gunung ini sangat tidak sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti pendakian mahu pun pendaki intermediate kerana laluannya yang sangat mencabar mental dan fizikal.

Trail Mencanak, Gunung Tajul Manuk Di Bengoh Menanti Taklukan Pendaki Ekstrim
Kredit : Ranggas Hikers via Roslan Majaili

Gerak awal pagi ke Empangan Bengoh untuk elak kesesakan

Jelas Roslan, anda perlu bergerak awal ke pagar Empangan Bengoh jika anda tidak mahu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Kawasan ini sememangnya menjadi tumpuan orang ramai sejak kawasan air terjun dan sekitarnya tular beberapa bulan yang lalu.

Sebaiknya, anda dinasihatkan untuk bertolak awal dan sampai sekitar jam 6.30 pagi di Pintu Pagar Empangan Bengoh. Daftar dan rekodkan suhu untuk tujuan keselamatan. Untuk ke sini, anda perlu menempah khidmat jurupandu tempatan yang mendapat akses ke empangan. Bayarannya pula adalah sebanyak RM 80 seorang yang merangkumi upah jurupandu serta trip bot.

Naik bot 1 jam, redah ke kaki gunung baru jumpa laluan ke puncak yang mencanak

Untuk ke tapak permulaan pendakian, anda perlu menaiki bot terlebih dahulu dari empangan selama 1 jam ke Kampung Rejoi. Sambil-sambil itu, anda boleh juga mengambil kesempatan ini untuk menikmati pemandangan pokok-pokok yang menghijau dengan pantulan jernih air umpama cermin di empangan tersebut. Tak perlu edit pun dah nampak macam Jurassic uolls.

Cabaran untuk anda bermula dengan pendakian ke kaki gunung setibanya di Kampung Rejoi. Perjalanan ke kaki gunung ini mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Kata Roslan, perjalanan ke kaki gunung ini sebenarnya boleh dilakukan oleh pendaki beginner. Jika anda menjumpai sungai, itu merupakan petanda anda sudah sampai ke permulaan pendakian yang sukar.

Trail Mencanak, Gunung Tajul Manuk Di Bengoh Menanti Taklukan Pendaki Ekstrim
Kredit : Ranggas Hikers

Kemudian, barulah anda akan dihidangkan dengan laluan mendaki yang mencanak. Malah, semakin anda menghampiri puncak gunung ini, laluannya akan berkali ganda sukar dan curam. Sebaiknya, hanya untuk pendaki yang benar-benar berpengalaman dan cergas.

Kredit : Ranggas Hikers via Roslan Majaili

Pemandangan di puncak yang breathtaking, berbaloi untuk didaki

Namun demikian, pendakian sukar anda selama 5 jam tersebut pasti berbaloi kerana anda akan melihat sebuah pemandangan gunung-gunung sekitarnya yang menghijau. Malah, anda juga boleh melihat pekan Bau dari atas puncak Gunung Tajul Manuk. Walau bagaimanapun, ruang di atas puncak sedikit terhad. Jadi, jika anda mengambil gambar, anda dinasihatkan juga untuk berhati-hati kerana struktur batunya tidak begitu kukuh.

Trail Mencanak, Gunung Tajul Manuk Di Bengoh Menanti Taklukan Pendaki Ekstrim
Kredit : Ranggas Hikers
Trail Mencanak, Gunung Tajul Manuk Di Bengoh Menanti Taklukan Pendaki Ekstrim
Kredit : Ranggas Hikers
Trail Mencanak, Gunung Tajul Manuk Di Bengoh Menanti Taklukan Pendaki Ekstrim
Kredit : Ranggas Hikers

Menuruni gunung pula, anda memerlukan bantuan tali untuk melalui bahagian lereng bukit bagi mengelakkan anda terjatuh ke dalam gaung.

Fakta Ringkas Gunung Tajul Manuk

  • Mempunyai ketinggian 900 meter
  • Jarak sejauh 11 km
  • 5 jam pendakian ke puncak
  • Khidmat jurupandu tempatan berserta trip bot dengan bayaran RM 80/seorang
  • Bermula di Empangan Bengoh, menaiki bot ke Kampung Rejoi selama 1 jam
  • Daki ke kaki gunung selama 1 jam 30 minit sebelum jumpa laluan curam ke puncak
Kredit : Ranggas Hikers
Kredit : FB Bayan Atuh Ecotourism Zone
Kredit : FB Bayan Atuh Ecotourism Zone

Namun demikian, jika anda merupakan pendaki tegar yang cergas serta ditemani oleh jurupandu tempatan, pastinya pendakian ini akan menjadi pendakian yang paling diingati.

Bagi sesiapa yang ingin melengkapkan senarai destinasi wajib di Bengoh selain air terjun dan puncak banjaran, jangan lupa untuk tawan Gunung Tajul Manuk pula lepas ini.

Lagi lokasi hiking wajib pergi di sekitar Kuching :

https://www.iloveborneo.my/gunung-kelambu-lang-hidden-gems-yang-anda-mesti-tawan-di-kuching/

Alang-alang ke Kelambu Lang, singgah sekali ke sini:

https://www.iloveborneo.my/air-sungai-berwarna-merah-hidden-gem-di-bako-ini-digelar-black-pearl-pool/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Empat Mangsa Rentung Di Debak Dan Dua Daripadanya Kanak-Kanak
Next Article Pelaksanaan PKPD Secara Pentadbiran Di Sabah Akan Mulai Pada 29 Sept Hingga 12 Oct Pelaksanaan PKPD Secara Pentadbiran Di Sabah Akan Mulai Pada 29 Sept Hingga 12 Oct

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?