• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Trem ART Berkuasa Hidrogen Sarawak Bakal Beroperasi Tahun 2026

Oleh
Farisha
23 Oktober 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Sarawak bakal lancar sistem ART bertenaga hidrogen pertama di Asia

Trem ART Berkuasa Hidrogen Sarawak Bakal Beroperasi Tahun 2026. Sistem Pengangkutan Transit Rapid Automatik (ART) Sarawak yang sedang dalam pembinaan dijadual mula beroperasi pada awal tahun 2026.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan bahawa projek inovatif ini akan menjadikan Sarawak sebagai tuan rumah kepada sistem pengangkutan awam bertenaga hidrogen yang pertama di Asia, yang merupakan sebahagian daripada Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

Trem ART Berkuasa Hidrogen Sarawak Bakal Beroperasi Tahun 2026
Trem ART Berkuasa Hidrogen Sarawak Bakal Beroperasi Tahun 2026

“Dalam usaha membangunkan hidrogen sebagai bahan api bebas karbon yang baharu, terutamanya untuk pengangkutan awam, Sarawak telah memasang loji hidrogen yang berkemungkinan pertama di Asia Tenggara yang mampu menghasilkan 130kg hidrogen sehari pada tahun 2019 untuk tujuan penyelidikan,” katanya, menurut laporan media tempatan.

“Menjelang awal 2026, Transit Rapid Automatik (ART) kami yang kini dalam pembinaan dijangka akan mula beroperasi sebagai pengangkutan awam bertenaga hidrogen pertama di Asia di bawah KUTS.

Rangkaian ART di bawah projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) sedang dibangunkan secara berperingkat. Fasa 1 dibahagikan kepada tiga laluan rangkaian, iaitu Laluan Biru dari Depot Rembus di Kota Samarahan ke Hikmah Exchange di Kuching; Laluan Merah dari Kuching Sentral ke Pending; dan Laluan Hijau dari Pending ke Damai Central.

Baca juga artikel yang berkaitan:

2 Unit ART Pertama Bakal Tiba Di Kuching Hujung Tahun Ini
Beri Laluan Pembinaan Stesen ART, Tempat Letak Kenderaan Di Airport Kuching Bakal Diubah Suai
SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Guru Pendidikan Khas Keningau Juara Malaysia Teacher Prize 2024
Next Article MetMalaysia Keluarkan Amaran, Ribut Tropika Trami Ancam Cuaca Buruk Di Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?