• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Triseps Cedera, Duo Ratu Terjun Negara Terlepas Tiket Ke Sukan Olimpik Paris

Oleh
Aina Musa
7 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Triseps Cedera, Duo Ratu Terjun Negara Terlepas Tiket Ke Sukan Olimpik Paris

Triseps cedera punca dua penerjun negara terkandas awal

Triseps Cedera, Duo Ratu Terjun Negara Terlepas Tiket Ke Sukan Olimpik Paris. Nur Dhabitah Sabri, penerjun elit negara, mengalami kecederaan triseps yang menghalang harapannya untuk menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 bersama Dato Pandelela Rinong.

Di Kejohanan Akuatik Dunia yang berlangsung di Doha, Qatar semalam, pasangan Nur Dhabitah Sabri dan Pandelela hanya berjaya mendapat tempat ke-12 daripada 16 pasukan, dengan mendapat 240.06 mata dalam acara 10 meter (m) platform seirama.

Triseps Cedera, Duo Ratu Terjun Negara Terlepas Tiket Ke Sukan Olimpik Paris. Sumber: The Sun

Bryan Nickson Lomas, Pengarah Teknikal Persekutuan Renang Malaysia, berkata bahawa persediaan skuad terjun negara telah berjalan dengan baik, dengan mereka menghabiskan dua bulan di China, tetapi beberapa masalah tidak dijangka berlaku apabila mereka tiba di Qatar.

“Kami mengharapkan prestasi yang lebih baik, tetapi ada sedikit halangan kerana Dhabitah mengalami kecederaan triseps dan proses pemulihannya sebenarnya berada di landasan yang betul dan kami akui atlet memang merasakan tekanan, walaupun persediaan sebelum ini semua berjalan lancar,” katanya kepada Bernama hari ini.

Bryan berkata Dhabitah masih mempunyai peluang untuk mendapatkan tiket ke Olimpik melalui dua acara lagi, iaitu 3m papan anjal dan 3m papan anjal seirama bersama Wendy Ng.

Bagaimanapun, impian Pandelela untuk menyertai Olimpik kali kelima berturut-turut terpaksa dikuburkan, selepas gagal dalam acara 10m platform seirama dan 10m platform individu.

Pada hari Ahad lalu, Pandelela hanya mendapat tempat ke-29 dengan 231.15 mata, terpencil 204.05 mata daripada juara dunia Chen Yuxi (435.20 mata), pada pusingan kelayakan acara 10m platform individu di Doha.

Sehingga kini, Bertrand Rhodict Lises merupakan penerjun satu-satunya yang layak secara merit ke Sukan Olimpik 2024.

Atlet dari Sarawak itu akan membuat penampilan pertamanya di Olimpik selepas mara ke final acara 10m platform individu lelaki dan menjadi antara 12 penerjun terbaik pada Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun.

Baca lagi artikel menarik:

‘Comeback’ Selepas 13 Tahun, Pandelela Rinong Raih Pingat Gangsa Acara Individu Di China
Berbakat Seperti Pandelela Rinong, Sarawak Mahu Lahirkan Alena Murang
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Polis Sahkan Keberadaan Tun Taib Di Kediaman Peribadi Demak Jaya Polis Sahkan Keberadaan Kini Tun Taib Di Kediaman Peribadi Demak Jaya
Next Article Ibu Maut Cuba Selamatkan Anak Lemas Dalam Kolam Di Tawau

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?