• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ibu Maut Cuba Selamatkan Anak Lemas Dalam Kolam Di Tawau

Oleh
Farisha
7 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Ibu & Anak Maut Lemas di Kolam Kampung Mangga

Ibu Maut Cuba Selamatkan Anak Lemas Dalam Kolam Di Tawau. Wanita yang ditemui maut di dalam kolam di yang dikatakan cuba menyelamatkan anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di Kampung Mangga, Tawau Sabah.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata autopsi mengesahkan bahawa wanita berusia 41 tahun yang juga seorang suri rumah Indonesia serta anak lelakinya berusia 7 tahun, lemas semalam.

Ibu Maut Cuba Selamatkan Anak Lemas Dalam Kolam Di Tawau
Ibu Maut Cuba Selamatkan Anak Lemas Dalam Kolam Di Tawau. Sumber: Majoriti

Oleh itu, menurut laporan, beliau berkata pihak polis mengetepikan kemungkinan jenayah dan menyiasat kes ini sebagai laporan kematian mengejut.

Pemeriksaan dijalankan, tiada kesan jenayah

Beliau berkata autopsi atau pemeriksaan yang dijalankan oleh pakar patologi di Hospital Tawau pada hari ini menunjukkan tiada kesan jenayah pada mangsa seperti lebam, kesan pemotongan atau rogol.

Siasatan lanjut oleh polis menunjukkan bahawa budak lelaki tersebut telah pergi ke kolam dan lemas di dalam kolam tersebut sebelum ibunya masuk untuk menyelamatkannya.

“Kedua-duanya lemas,” katanya, sambil menambah bahawa siasatan masih diteruskan.

Menerima laporan mengenai kejadian itu daripada orang awam

Dalam pada itu, mayat mereka ditemui di kawasan kolam oleh penduduk kampung yang segera melaporkan kepada pihak polis.

Dalam kenyataan awal pada hari Selasa (6 Feb) selepas penemuan mayat, ACP Jasmin berkata pihak polis perlu mendapatkan laporan autopsi sebelum menentukan sama ada kedua-duanya mangsa lemas atau dibunuh.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Suami Mabuk Bakar Isteri Hingga Maut Di Keningau
Belasah Isteri Hingga Maut, Lelaki Dari Siburan Berdepan Hukuman Penjara 10 Tahun
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Triseps Cedera, Duo Ratu Terjun Negara Terlepas Tiket Ke Sukan Olimpik Paris Triseps Cedera, Duo Ratu Terjun Negara Terlepas Tiket Ke Sukan Olimpik Paris
Next Article Bekas Kekasih Enggan Berbaik Semula, Individu Sanggup Pecahkan Cermin Kereta Di Kuching Individu Pecahkan Cermin Kereta Di Kuching Gara-Gara Bekas Kekasih Enggan Berbaik Semula

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?