• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tujuh Individu Pemilik Pusat Hiburan Ditahan Langgar SOP Di Sibu

Oleh
Husna Hazmi
1 Disember 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Tiga wanita pemilik pusat hiburan antara tujuh individu yang ditahan.

Tujuh Individu Pemilik Pusat Hiburan Ditahan Langgar SOP Di Sibu. Seramai tujuh individu iaitu tiga wanita warga tempatan dan empat lelaki dipercayai pemilik pusat hiburan telah ditahan Polis di Sibu semalam.

Menurut Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), kesemua mereka ditahan di Sibu kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Pihak polis telah menahan tujuh orang iaitu empat lelaki dan tiga wanita warga tempatan pemilik pusat hiburan di Sibu kerana melanggar SOP” menurut JPBNS dalam satu kenyataan semalam.

Tujuh Individu Pemilik Pusat Hiburan Ditahan Langgar SOP Di Sibu
Tujuh Individu Pemilik Pusat Hiburan Ditahan Langgar SOP Di Sibu

20 notis kompaun dikeluarkan

Seterusnya, JPBNS memberitahu, sebanyak 20 notis kompaun dikeluarkan iaitu  11 di Sibu, Padawan (4), Bau (2), Kota Samarahan (1), Betong (1) dan Miri (1).

Selain itu, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak katanya, telah mengeluarkan sebanyak 91 notis amaran lisan dan bertulis di bawah seliaan pelbagai pihak berkuasa tempatan.

“1,468 premis dipantau semalam dengan 590 anggota pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) terlibat dalam operasi yang dijalankan pada 1 September hingga 31 Disember 2020,” katanya.

Tujuh Individu Pemilik Pusat Hiburan Ditahan Langgar SOP Di Sibu

Tujuh sekatan jalan raya

Pada masa sama, kata JPBNS memberitahu terdapat tujuh sekatan jalan raya di enam buah daerah iaitu di Lawas (2), Lundu (1), Bau (1), Serian (1), Sri Aman (1) dan Lubok Antu (1) dilakukan dalam Op Benteng.

“Melalui tujuh sekatan jalan raya tersebut, sebanyak 1,833 jumlah kenderaan telah diperiksa,” menurut Jawatankuasa itu.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ingkar Arahan Kuarantin Hotel Di Miri, Lelaki Ini Direman 3 Hari Ingkar Arahan Kuarantin Hotel Di Miri, Lelaki Ini Direman 3 Hari
Next Article Keluarga Risau Anak Maut Setelah Mengetuk Pintu Selama Sejam, Rupa-Rupanya 'Tidur Mati' Keluarga Risau Anak Maut Setelah Mengetuk Pintu Selama Sejam, Rupa-Rupanya ‘Tidur Mati’

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?