• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Aksi Berani Rembat Buah Sawit Guna Kenderaan Curi Di Lundu, Laporan Polis Sedang Dibuat

Oleh
Nazihah AN
25 Ogos 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Tular Aksi Berani 'Rembat' Buah Sawit Guna Kenderaan Curi Di Lundu, Laporan Polis Sedang Dibuat

Aksi pencuri sekarang makin berani dan menjadi-jadi

Tular Aksi Berani Rembat Buah Sawit Guna Kenderaan Curi Di Lundu, Laporan Polis Sedang Dibuat. Telah tular rakaman video di laman Facebook yang memaparkan insiden kecurian di salah satu ladang sawit di Lundu.

Insiden kecurian tersebut didakwa berlaku sekitar jam 1.30 petang pada 23 Ogos 2022. Aksi berani individu tersebut bertindak mencuri pada siang hari telah berjaya dirakam oleh pekerja-pekerja di ladang sawit tersebut.

Tular Aksi Berani Rembat Buah Sawit Guna Kenderaan Curi Di Lundu, Laporan Polis Sedang Dibuat
Tular Aksi Berani Rembat Buah Sawit Guna Kenderaan Curi Di Lundu, Laporan Polis Sedang Dibuat. Sumber: FB Yolanda Rafaela Peter

Kejadian berlaku sekitar jam 1.30 tengahari

Menerusi perkongsian video milik Yolanda Rafaela Peter, difahamkan bahawa terdapat sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Triton dilihat mencuri buah sawit di ladang sawit milik sebuah syarikat perladangan di Sungai Gawea, Kampung Stungkor Baru Batu 18 Jalan Bau Lundu.

Lihat video di bawah:

https://www.facebook.com/1422870349/videos/pcb.10222029936963811/606548537693922

Dapat dilihat dari video tersebut, sekumpulan pekerja ladang mencuba untuk menghalang laluan kenderaan Triton terbabit namun pencuri tersebut mengundur dengan menggunakan kenderaan tersebut dan menggunakan laluan lain untuk melarikan diri.

Tular Aksi Berani Rembat Buah Sawit Guna Kenderaan Curi Di Lundu, Laporan Polis Sedang Dibuat
Sumber: FB Yolanda Rafaela Peter

Didakwa kenderaan yang diguna suspek adalah kenderaan curi

Individu tersebut turut menanggalkan nombor plat kenderaan tersebut agar tidak dapat dikesan. Dipercayai bahawa kenderaan yang dipandu individu tersebut adalah kenderaan curi.

Menerusi ruangan komen, pemilik kenderaan tampil dan menjelaskan bahawa kenderaan yang digunakan suspek tersebut didakwa kenderaan miliknya yang telah hilang dan disyaki dicuri sejak 19 Ogos 2022.

Tular Aksi Berani Rembat Buah Sawit Guna Kenderaan Curi Di Lundu, Laporan Polis Sedang Dibuat
Sumber: FB Yolanda Rafaela Peter
Tular Aksi Berani Rembat Buah Sawit Guna Kenderaan Curi Di Lundu, Laporan Polis Sedang Dibuat
Sumber: FB Yolanda Rafaela Peter

Pemilik minta orang ramai turut memberi kerjasama

Dalam perkongsian tersebut, pihak pemilik ladang tersebut turut meminta orang ramai untuk memberi kerjasama orang ramai untuk memberi info agar pihak mereka dapat membuat laporan pihak polis.

Lagi berita terkini anda boleh klik pautan di bawah:

Menang Jackpot 4D, Individu Dari Batu Lintang Ini Peroleh Hadiah RM13.5 Juta

Terjumpa Motosikal Asing Di Luar Rumah, Rupa-Rupanya Bakal Pencuri Bertapuk Di Atas Pokok

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terjumpa Motosikal Asing Di Luar Rumah, Rupa-Rupanya Bakal Pencuri Bertapuk Di Atas Pokok Terjumpa Motosikal Asing Di Luar Rumah, Rupa-Rupanya Bakal Pencuri Bertapuk Di Atas Pokok
Next Article Ibu Terpaksa Pinjam Ah Long RM 20K Bayar Majlis Nikah, Anak Siap Honeymoon Di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?