Sampai betul hati, buat keluarga sendiri macam ni
Ibu Terpaksa Pinjam Ah Long RM 20K Bayar Majlis Nikah, Anak Siap Honeymoon Di Sabah. Tular di laman Twitter TwtWedding baru-baru ini sebuah perkongsian seorang anak perempuan yang meluahkan perasaan sedih terhadap abangnya yang sanggup melihat ibu bapanya meminjam duit Ah Long untuk membiayai perkahwinannya.
Gara-gara tak cukup duit ingin melanjutkan perkawinan, seorang anak lelaki ini sanggup membiarkan keluarganya sendiri menanggung derita.
Kisah tular tersebut dikongsikan oleh si adik perempuan
Kisah tular tersebut dikongsikan oleh adik perempuan lelaki tersebut kerana dirinya berasa amat kesal dengan tindakan abangnya itu. Dalam perkongsian berkenaan, pada awalnya dia menceritakan mengenai abangnya yang baru sahaja berkahwin pada tahun ini bersama seorang wanita janda yang memiliki satu anak.
Menurut perkongsian, sebelum berlangsungnya perkahwinan, abangnya tidak pernah sekali pun membawa bakal isteri berjumpa dengan keluarga dan apa yang paling aneh adalah perkahwinan hanya diadakan di sebelah pihak lelaki sahaja kerana ibu kepada janda tersebut tidak mahu ahli keluarganya mengetahui bahawa dia telah bercerai.
Telah menjemput seramai 1000 orang tetamu
Namun, ibu bapa mana yang tak gembira jika anaknya ingin berkahwin kan? Jadi ibu bapa mereka mengambil keputusan untuk menjemput seramai 1000 orang tetamu buat majlis perkahwinan anak lelakinya itu.
Dua minggu sebelum majlis bermula, abangnya dikatakan masih tidak memberi sebarang wang untuk persiapan majlis kahwinnya sendiri dan perkara itu telah membuatkan ibunya panik kerana ibunya telah memberi kad jemputan kepada ramai tetamu.
Setelah ibunya mendesak agar membayar segala persiapan perkahwinannya, dia gagal kerana anak lelakinya itu berkata bahawa dia tidak memiliki wang untuk membayarnya dan meminta agar si ibu membatalkan majlis tersebut.
Namun ibunya enggan membatalkan majlis tersebut kerana tidak mahu menanggung malu lalu mengambil jalan meminjam wang sebanyak RM20,000 daripada Ah Long untuk menampung kos majlis tersebut.
Menurut adik perempuannya lagi, abangnya itu cuma mengeluarkan duit buat pelamin sebanyak RM 5K dan baju pengantin sebanyak RM 7K.
Semasa majlis perkahwinan itu berlangsung, ibunya berpura-pura gembira di hadapan tetamu dan sering masuk ke bilik kerana memikirkan hutang-hutang yang masih belum dapat dilangsaikan seperti barang basah, upah memasak dan DJ.
Tergamak pergi berbulan madu di Sabah sesudah sahaja habis majlis
Apa yang lebih perit lagi, abangnya ini tergamak pergi berbulan madu di Sabah sesudah sahaja habis majlis. Perkara tersebut telah membuat mereka semua berasa amat terkilan sekali dengan tindakan abangnya ini kerana dia telah menipu berkata tiada duit sedangkan mampu menempah percutian berbulan madu ke Sabah.
Dalam perkongsian ini juga, anak perempuan ini meluahkan perasaannya yang merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga di mana keinginannya untuk berkahwin sentiasa terhalang kerana abang-abangnya tidak membenarkannya berkahwin atas sebab tiada siapa akan menjaga ibu bapa mereka nanti.
Diharap agar perkara ini boleh menjadi pengajaran buat kita semua agar sentiasa mengukur baju di badan sendiri dan jangan pernah menyusahkan orang tua dengan hal wang jika kita sudah dewasa.