• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Cara Tebus Baucar RM3000 Untuk Pakej Laptop Dan Printer Bagi Anak Sarawak

Oleh
Nazihah AN
21 Oktober 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Ini Cara Tebus Baucar RM3000 Untuk Pakej Laptop Dan Printer Bagi Anak Sarawak

Langkah-Langkah Permohonan Laptop Percuma

Ini Cara Tebus Baucar RM3000 Untuk Pakej Laptop Dan Printer Bagi Anak Sarawak. Yayasan Sarawak telah melancarkan inisiatif pemberian laptop percuma kepada mahasiswa anak Sarawak yang layak, sebagai satu langkah murni untuk meningkatkan akses kepada pendidikan.

Isi Isi Penting
  • 1. Layari Laman Web My-Yayasan
  • 2. Daftar ID Sarawak
  • 3. Muat Turun Surat Pengesahan
  • 4. Muat Naik Surat Pengesahan
  • 5. Lengkapkan Permohonan dan Hantar
  • 6. Semak Status Permohonan
  • 7. Muat Turun Aplikasi My-Yayasan
  • 8. Tebus Laptop

Melalui program ini, mahasiswa boleh memohon e-baucar bernilai RM3000 yang boleh ditebus di kedai-kedai komputer terpilih seperti PC Image.

Pelajar yang telah peroleh laptop percuma ini merupakan batch pertama yang sudah memohon, dan manakala permohonan batch kedua telah dibuka kini sehingga 31 Oktober 2024.

Ini Cara Tebus Baucar RM3000 Untuk Pakej Laptop Dan Printer Bagi Anak Sarawak
Sumber gambar: FB PC Image

Ini cara-caranya:

1. Layari Laman Web My-Yayasan

Mula-mula, layari laman web rasmi Yayasan Sarawak di myys.yayasansarawak.org.my. Di sini, pelajar boleh mendapatkan semua maklumat lanjut dan mula proses permohonan.

2. Daftar ID Sarawak

Seterusnya, pelajar perlu mendaftar dan log masuk menggunakan Sarawak ID. Sekiranya belum mempunyai akaun, pelajar perlu mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan akses kepada borang permohonan.

3. Muat Turun Surat Pengesahan

Selepas berjaya log masuk, muat turun Surat Pengesahan dari laman tersebut. Surat ini perlu ditandatangani oleh pihak institusi pengajian pelajar bagi mengesahkan status pendaftaran pelajar di IPTA/IPTS.

4. Muat Naik Surat Pengesahan

Setelah surat pengesahan ditandatangani, pelajar perlu memuat naik surat pengesahan tersebut ke dalam sistem permohonan di laman My-Yayasan.

5. Lengkapkan Permohonan dan Hantar

Isi semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan secara lengkap. Setelah selesai, tekan butang hantar untuk menghantar permohonan anda.

6. Semak Status Permohonan

Pelajar boleh menyemak status permohonan melalui laman web My-Yayasan secara berkala. Selain itu, pelajar juga akan menerima notifikasi status permohonan melalui email yang didaftarkan.

7. Muat Turun Aplikasi My-Yayasan

Sekiranya permohonan diluluskan, pelajar perlu memuat turun aplikasi My-Yayasan Customer App dari Google Play Store atau Apple App Store untuk menebus e-baucar RM3,000.

8. Tebus Laptop

Selepas permohonan diluluskan, pelajar akan menerima e-baucar yang membolehkan mereka memilih satu pakej komputer riba yang disediakan oleh kedai-kedai yang terlibat. Antara kedai yang menyertai program ini adalah PC Image, yang menawarkan sehingga 10 pakej laptop dengan pelbagai jenama dan spesifikasi.

Setiap pakej yang ditawarkan dilengkapi dengan spesifikasi mantap seperti 16GB RAM dan 512GB SSD, memastikan prestasi yang lancar untuk kegunaan harian pelajar.

Selain daripada laptop, setiap pakej turut merangkumi:

  • Printer (pencetak) percuma
  • Tetikus tanpa wayar
  • Microsoft Office Home & Student 2021 (pra-pasang)
  • Baucar perkhidmatan PC Care

Boleh lihat di bawah:

Ini Cara Tebus Baucar RM3000 Untuk Pakej Laptop Dan Printer Bagi Anak Sarawak

Inisiatif ini adalah merupakan Inisiatif Kerajaan Sarawak dimana pelaksanaannya melibatkan Ministry of Education, Innovation and Talent Development Sarawak (MEITD) dan Yayasan Sarawak

Baca juga artikel menarik di bawah:

Ini Cara Dapat Cuti Panjang Dengan Bijak Di Sabah Sarawak Tahun 2025
Baucar Digital Khas RM300 Untuk Pelajar IPTA Kini Dibuka, Ini Cara-Cara Mohon FlySiswa
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Di Media Sosial, Guru Sabah Bukan Islam Ajar Tulisan Jawi Raih Pujian Netizen
Next Article Tular Video 4WD Lari Dari Sekatan Polis Di Miri, Hampir Rempuh Pegawai Bertugas Tular Video 4WD Lari Dari Sekatan Polis Di Miri, Hampir Rempuh Pegawai Bertugas

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?