• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Di Media Sosial, Imam Mahdi Bakal Muncul Pada Tahun 2024

Oleh
ILB - AI
24 Julai 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Media sosial gempar dengan kemunculan Imam Mahdi pada tahun 2024

Tular Di Media Sosial, Imam Mahdi Bakal Muncul Pada Tahun 2024. Baru-baru ini, satu hantaran video di media sosial tular yang membincangkan mengenai kemunculan Imam Mahdi, dijangka muncul pada tahun depan, 2024.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, Uztaz Azhar Idrus atau dikenali sebagai UAI turut tampil menjelaskan perkara berkenaan semasa menyampaikan ceramah di sebuh masjid, memetik sumber.

Wajib untuk umat Islam percaya, tetapi bukan menentukan tarikh kemunculan Imam Mahdi

Dalam pada itu, UAI menyatakan bahawa sememangnya wajib bagi umat Islam mempercayai kemunculan Imam Mahdi kerana ia merupakan salah satu tanda besar kiamat.

Tular Di Media Sosial, Imam Mahdi Bakal Muncul Pada Tahun 2024
Sumber: TikTok

Bagaimanapun, UAI turut menasihatkan kepada semua umat Islam untuk tidak menentukan tarikh kemunculan Imam Mahdi kerana ia merupakan salah satu perkara ghaib tetapi akan muncul.

“Imam Mahdi akan terbit muncul, insya-Allah akan terbit wajib kita percaya sebab disebut oleh Rasullulah SAW,” ujarnya.

“Bila Nabi yang sebut kita wajib percaya, kalau Facebook yang sebut kita tak percaya. Cuma jangan kita letak tahun kerana dia ghaib tetapi akan muncul.

Harus mengikut dalil

Sementara itu, UAI mengatakan bahawa setiap apa yang hendak diperkatakan itu perlulah mengikut dalil serta nas yang telah diperkatakan oleh Rasulullah SAW.

“Jadi kalau kita nak sampaikan, cakaplah seperti mana yang Nabi cakap yakni (Imam Mahdi) akan muncul, tetapi kita lebih pandai pula dari Nabi, kita cakap akan muncul tahun 2024, macam dululah kecoh kiamat pada 2012.

Tular Di Media Sosial, Imam Mahdi Bakal Muncul Pada Tahun 2024
Sumber: TikTok

“Tidak ada orang yang tahu kiamat tu bila, meskipun tak diberitahu tarikh wajib kita yakin sudah kerana Allah cerita akan berlaku begitu juga seperti munculnya Imam Mahdi, Dajjal, Nabi Isa dan sebagainya.

“Apa yang kita nak ceritakan mengenai benda yang akan datang, mesti kena ada sandaran, kena ada nas,” tambahnya lagi menerusi laman TikTok tersebut.

Menambah-nambah cerita di media sosial sehingga masyarakat menjadi takut

Menurut UAI lagi, kebanyakan masyarakat hari ini suka menokok tambah di media sosial sehingga perkara itu menjadi masalah serta asbab kepada ketakutan dalam diri masyarakat.

“Seperti contoh Nabi Muhammad kata, Nabi Isa akan turun di satu menara berwarna putih di Damsyik, Syria, jadi ceritalah yang sebetulnya. Jangan pula cerita pula menara itu berwarna biru dan sebagainya, tak boleh memandai-mandai sebab Nabi sebut menara putih.

“Begitu juga dengan Imam Mahdi, ada tak Nabi sebut tahun? Hah itu masalahnya,” katanya lagi.

@bacalahhub

Macam mana nak kenal Imam Mahdi? Korang boleh tengok penjelasan Ustaz Wadi dibawah Part1️⃣👉@BacalahHub Part2️⃣👉@BacalahHub EXTRA👉@BacalahHub #ustazazharidrus #akhirzaman #imammahdi #dakwah_islam #bacalahhub #tandakiamat

♬ Rapuh_ – Zali

Selain itu, UAI turut memberi nasihat kepada semua untuk sentiasa bersama dengan para alim ulamak agar dapat tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Susulan Tular Isu Jururawat Leka Di Klinik Di Samarahan, Netizen Dedah Sikap Individu Ini
Tular Pelajar Dakwa Temui Kondom Dalam Makanan, Netizen Pula Loya Tekak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Volunteer' Kutip Sampah Selepas Konsert, Warga Sarawak Dapat Pujian Netizen ‘Volunteer’ Kutip Sampah Selepas Konsert, Warga Sarawak Dapat Pujian Netizen
Next Article Jaclyn Victor, Amy Search Dan Bob Yusof Turut Meriahkan Hari Muzium Antarabangsa Di Sarawak Jaclyn Victor, Amy Search Dan Bob Yusof Turut Meriahkan Hari Muzium Antarabangsa Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?