Kek ini mungkin boleh dimakan oleh orang ‘kayangan’ sahaja
Tular Di Twitter, Kek Black Swan Harga ‘Yahudi’. Terdapat kedai roti cina dipanggil Black Swan Luxury yang menjual kek perkahwinan harga T20. Baru-baru ini satu hantaran video di akaun Twitter tular mengenai kek itu.
Difahamkan, kedai pertama beroperasi adalah di Beijing, China pada tahun 2011. Malah, bercadang untuk membuka lebih banyak lagi cawangan pada masa akan datang.
Menerusi video yang berdurasi 1 minit dan 10 saat itu meraih perhatian orang ramai kerana harga kek tersebut seperti harga ‘yahudi’.
Harga paling murah RM870. Mampu ke?
Bukan itu sahaja, pemilik Twitter yang memuat naik video, Mag Malaya turut memaklumkan harga paling murah kek Black Swan bernilai RM870.
Manakala, kek paling mahal dalam menu adalah kek perkahwinan berharga RM1,402,380.00 bersamaan $315,000 USD.
Jadi penghantar kek ada syarat yang ‘fancy’
Dalam pada itu, Mag menyatakan penghantar kek itu mempunyai syarat-syarat tertentu untuk bekerja di Black Swan Luxury.
“Delivery boy kena lebih 180cm ketinggian, kena ada degree, berat badan pun dia tengok, perlu tahu lebih
dari 2 bahasa,” tulis Mag di laman Twitter miliknya.
“Salah satu syarat mesti ‘herlok’ atau ‘good looking’.
Selain itu, Mag menjelaskan gaji penghantar kek Black Swan boleh mencapai sejumlah RM13 ribu sebulan.
Ada yang tak cukup tinggi, ada yang nak buat pembedahan muka untuk menjadi penghantar kek
Menjengah ke ruangan komen pula, kebanyakan warganet berseloroh mengenai kek tersebut dan mengatakan mereka perlu buat pembedahan muka untuk memenuhi syarat penghantar kek.
Malah, segelintir golongan B40 mengatakan mereka tidak mampu untuk membeli kek golongan T20 tersebut. Segelintir warganet menyokong harga ‘kayangan’ itu kerana perkhidmatan yang ‘tiptop’ seperti yang digambarkan di dalam video berkenaan.
