I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Tular Isu Kek Lapis Sarawak ‘Sik Ori’, Individu Ini Tidak Mahu Warisan Sarawak Ini Disalaherti Pelancong Luar
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Isu Kek Lapis Sarawak ‘Sik Ori’, Individu Ini Tidak Mahu Warisan Sarawak Ini Disalaherti Pelancong Luar

Oleh Siti Nur Atiqah Manan 2 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Isu timbul apabila ada kek lapis Sarawak hanya menggunakan kek ‘sponge’ yang dicampur dengan pewarna

Tular Isu Kek Lapis Sarawak ‘Sik Ori’, Individu Ini Tidak Mahu Warisan Sarawak Ini Disalaherti Pelancong Luar. Nak berniaga memang tidak menjadi satu kesalahan. Bahkan, menawarkan harga dengan nilai mampu milik juga tidak menjadi satu kesalahan. Tetapi, akan menjadi satu kesalahan jika isu tersebut boleh menimbulkan wasangka tidak baik.

Kalau di Sarawak, pelancong seperti yang datang dari Semenanjung Malaysia sudah sinonim dan sebati dengan mereka dengan buah tangan dari Sarawak iaitu kek lapis Sarawak. Namun, timbul isu apabila ada kek lapis Sarawak ‘sik ori’ di pasaran yang hanya menggunakan kek ‘sponge’ yang biasa dan hanya dicampur dengan pewarna sahaja.

Individu Ini Tidak Mahu Warisan Sarawak Ini Disalaherti Pelancong Luar
Tular Isu Kek Lapis Sarawak ‘Sik Ori’, Individu Ini Tidak Mahu Warisan Sarawak Ini Disalaherti Pelancong Luar. Gambar sekadar hiasan: FreeMalaysiaToday

Individu berkongsi pendapat bahawa kek lapis Sarawak yang original miliki rasa yang premium kerana bahannya yang premium

Menurut perkongsian seorang individu di laman sosial Facebooknya, Lula Joseph, beliau telah berkongsi pendapat beliau tentang isu ini kerana bukan niatnya untuk mengganggu periuk nasi peniaga kek lapis bajet. Namun, beliau tidak ingin warisan terkemuka negeri Sarawak iaitu kek lapis Sarawak yang ‘original’ dipandang enteng oleh pelancong luar.

Individu Ini Tidak Mahu Warisan Sarawak Ini Disalaherti Pelancong Luar
Tular Isu Kek Lapis Sarawak ‘Sik Ori’, Individu Ini Tidak Mahu Warisan Sarawak Ini Disalaherti Pelancong Luar. Gambar sekadar hiasan: WHITEBARLEY

Bukan itu sahaja, beliau juga mengatakan bahawa kek lapis Sarawak yang asli sememangnya memiliki rasa yang premium dek kerana bahan yang digunakan juga sangat premium. Bukan sekadar gunakan pewarna untuk menjadikan ianya berwarna-warni.

Tetapi, beliau juga percaya ada peniaga yang membuat kek lapis bajet gunakan bahan yang terbaik juga

Tetapi, beliau juga faham ada sesetengah peniaga menjual kek bajet ini sememangnya menggunakan bahan-bahan yang terbaik kerana memahami tidak semua juga pelanggan mampu membeli kek lapis Sarawak yang premium.

Individu Ini Tidak Mahu Warisan Sarawak Ini Disalaherti Pelancong Luar
Gambar sekadar hiasan

Jadi, perkongsian yang dikongsi oleh individu ini adalah berniat baik untuk memberitahu kepada pelancong luar bahawa kek lapis Sarawak memiliki rasanya yang premium tersendiri. Bahkan, beliau juga berharap mereka tidak keliru dan jadikan ianya isu yang besar di kemudian hari dan berharap juga orang awam di luar sentiasa menyokong peniaga-peniaga kek lapis yang lain.

SUMBER : Freemalaysiatoday, WHITEBARLEY
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ramai Terkena, Tali 'Gudi' Bersepah Hampir Jerut Leher Di Kawasan Masjid Darul Hana Ramai Terkena, Tali ‘Gudi’ Bersepah Hampir Jerut Leher Di Kawasan Masjid Darul Hana
Next Article Port Riadah Tersembunyi Di Bau, Kunjungi Abba Paradise Lokasi Terbaru Mandi Manda Yang Menarik Port Riadah Tersembunyi Di Bau, Kunjungi Abba Paradise Lokasi Terbaru Mandi Manda Yang Menarik

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?