I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Tular Kapten ‘Ugut’ Halau Anak 2 Tahun Dari Pesawat, Ini Penjelasan Dari MYAirline
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tular Kapten ‘Ugut’ Halau Anak 2 Tahun Dari Pesawat, Ini Penjelasan Dari MYAirline

Oleh Aina Musa 26 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Tular Kapten 'Ugut' Halau Anak 2 Tahun Dari Pesawat, Ini Penjelasan Dari MYAirline

Ini penjelasan rasmi dari MYAirline

Tular Kapten ‘Ugut’ Halau Anak 2 Tahun Dari Pesawat, Ini Penjelasan Dari MYAirline. Syarikat penerbangan tambang rendah baharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) telah memohon maaf kepada seorang penumpang yang mengalami layanan yang tidak memuaskan baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, MYAirline menyatakan permohonan maaf ini adalah akibat daripada kejadian penggunaan tali pinggang keledar untuk bayi yang berlaku di dalam pesawat mereka baru-baru ini.

Tular Kapten 'Ugut' Halau Anak 2 Tahun Dari Pesawat, Ini Penjelasan Dari MYAirline
Tular Kapten ‘Ugut’ Halau Anak 2 Tahun Dari Pesawat, Ini Penjelasan Dari MYAirline. Kredit: MYAirline

“Kami kesal dan ingin memohon maaf kepada salah seorang penumpang kami yang telah menaiki penerbangan tersebut atas pengalaman beliau yang kurang memuaskan.

“Mengikut polisi, kami menyediakan tali pinggang keselamatan tambahan untuk bayi sejajar dengan keperluan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM),” katanya.

Tular Kapten 'Ugut' Halau Anak 2 Tahun Dari Pesawat, Ini Penjelasan Dari MYAirline

Ini prosedur dari CAAM

Berdasarkan garis panduan CAAM, wajib bagi kanak-kanak berumur 24 bulan dan ke bawah untuk dipangku oleh penjaga dan memakai tali pinggang keselamatan tambahan.

Manakala, kanak-kanak berumur 24 bulan dan ke atas harus memakai tali pinggang keselamatan di tempat duduk mereka atas tujuan keselamatan.

Tular Kapten 'Ugut' Halau Anak 2 Tahun Dari Pesawat, Ini Penjelasan Dari MYAirline

MYAirline tampil mohon maaf atas perkara yang tidak diingini ini

“Di MYAirline, pengalaman anda adalah keutamaan kami. Kami mengutamakan keselesaan dan kepuasan setiap penumpang kami, khususnya bagi ibu, bapa dan penjaga yang melancong bersama kanak-kanak.

“Susulan daripada penyiasatan sedang dijalankan, kami komited untuk belajar daripada pengalaman ini untuk perbaiki lagi mutu perkhidmatan dan memastikan pelancongan yang positif untuk semua penumpang,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Anak Hampir Dihalau Dari Pesawat, Netizen Kongsi Pengalaman Pahit Terbang Dengan ‘Airline’ Ini
Sarawak ‘Pasang Impian’ Mahu Jadi Tuan Rumah Sukan SEA 2027
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pasaraya Di MJC Batu Kawa Dedah CCTV Lelaki Berbaju Kurung Larikan Mesin Juruwang Pasaraya Di MJC Batu Kawa Dedah CCTV Lelaki Berbaju Kurung Larikan Mesin Juruwang
Next Article Kongsi Gambar Badan Wanita, Netizen Puji Lelaki Ini Tegur Rakan Sebelum 'Leave' Group WhatsApp Kongsi Gambar Badan Wanita, Netizen Puji Lelaki Ini Tegur Rakan Sebelum ‘Leave’ Group WhatsApp

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?