• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Lelaki Berbogel Tahan Lori Tengah Jalan Di Bintulu, Jadi Bahan Jenaka Netizen

Oleh
ILB - AI
31 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Lelaki berbogel sekali lagi tular kerana telah menahan lori bergerak di tengah jalan

Tular Lelaki Berbogel Tahan Lori Tengah Jalan Di Bintulu, Jadi Bahan Jenaka Netizen. Sejak kebelakangan ini, nama bandar Bintulu semakin hangat diperkatakan di media sosial. Bukan kerana adanya acara atau aktiviti yang gah diadakan di Bintulu. Tetapi, lebih kepada isu viral.

Malah, sudah acapkali kita dengar tentang individu yang berbogel yang melakukan hal yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam. Salah satunya yang telah tular dimana seorang individu lelaki telah menahan lori yang bergerak di tengah jalan.

Tular Lelaki Berbogel Tahan Lori Tengah Jalan Di Bintulu, Jadi Bahan Jenaka Netizen
Tular Lelaki Berbogel Tahan Lori Tengah Jalan Di Bintulu, Jadi Bahan Jenaka Netizen. Sumber gambar: FB Bintulu News Page

Tindakan yang berbahaya, cetus kerisauan dan jadi bahan jenaka netizen

Menahan lori yang sedang bergerak di tengah jalan pasti akan mendatangkan bahaya kepada pengguna jalanraya yang lain dan diri individu tersebut. Makin memburukkan keadaan apabila individu tersebut bertindak dalam keadaan berbogel.

Hal ini telah tular dengan cukup pantas di media sosial Facebook kerana sejak kebelakangan ini banyak isu viral yang melibatkan individu berbogel di Bintulu. Antara aksi yang dilakukan adalah tidur merata dan marayau sekitar pasar Bintulu, mengamuk dan kali ini menahan lori pengguna jalanraya yang lain.

Tidak dapat dipastikan adakah individu tersebut adalah orang yang sama atau tidak. Namun, tindakan kali ini benar-benar mencetus kerisauan. Risau tentang isu keselamatan bahkan merasakan hal ini seperti tiada kesudahan.

Tular Lelaki Berbogel Tahan Lori Tengah Jalan Di Bintulu, Jadi Bahan Jenaka Netizen
Sumber gambar: FB Bintulu News Page

Netizen juga dapat dirasakan sudah mula lali dengan isu ini dan mereka meninggalkan komen yang menjadikan isu ini sebagai bahan jenaka. Diharapkan pihak berkuasa dapat melakukan tindakan sewajarnya dan dengan kadar segera agar isu ini tidak berulang lagi dan lagi.

Bintulu sememangnya menjadi topik hangat dan antara isu yang menjadi perbualan netizen adalah seperti di dalam artikel di bawah:

‘Burung Tak Tutup’, Lelaki Bogel Kerap Berkeliaran Buat Warga Bintulu Resah
Gelandangan Di Bintulu Semakin Mengganas, Kali Ini Mengamuk Dan Tumbangkan Tong Sampah
SUMBER :FB Bintulu News Page
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pencinta Seafood, Wajib Cuba Menu Istimewa 'Oreo Cheese Crab' Hanya Di Crab Master Kuching Pencinta Seafood, Wajib Cuba Menu Istimewa ‘Oreo Cheese Crab’ Hanya Di Crab Master Kuching
Next Article Isu Transaksi Tanpa Tunai, Pengarah Kesihatan Tegaskan Bayaran Tunai Masih Boleh Digunapakai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?