• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Isu Transaksi Tanpa Tunai, Pengarah Kesihatan Tegaskan Bayaran Tunai Masih Boleh Digunapakai

Oleh
ILB - AI
31 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak tegaskan pembayaran secara tunai masih digunapakai

Isu Transaksi Tanpa Tunai, Pengarah Kesihatan Tegaskan Bayaran Tunai Masih Boleh Digunapakai. Tular di media sosial beberapa hari ini dimana perkhabaran tentang Hospital Umum Sarawak hanya akan menerima bayaran daripada pelanggan melalui bayaran tanpa tunai seperti kad debit, kad kredit atau e-wallet.

Namun, hari ini juga Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak, Dr. Ooi Choo Huck menyatakan bahawa pembayaran secara tunai masih boleh digunapakai di Hospital Umum Sarawak.

Isu Transaksi Tanpa Tunai, Pengarah Kesihatan Tegaskan Bayaran Tunai Masih Boleh Digunapakai
Isu Transaksi Tanpa Tunai, Pengarah Kesihatan Tegaskan Bayaran Tunai Masih Boleh Digunapakai. Sumber gambar: BORNEO POST online

Masih diteruskan kerana ada orang awam yang tiada akaun bank, kawasan pedalaman tiada internet dan orang tua sulit gunakan gadet digital

Walaupun aspirasi negara ingin menjadi sebuah negara yang ’Go Digital’ termasuk melakukan sebarang transaksi “cashless payment” bermula pada 1 Oktober lalu, namun pembayaran secara tunai masih boleh dilakukan di Hospital Umum Sarawak dan tidak terkecuali hospital dan klinik kesihatan yang lain di Sarawak.

Isu Transaksi Tanpa Tunai, Pengarah Kesihatan Tegaskan Bayaran Tunai Masih Boleh Digunapakai
Isu Transaksi Tanpa Tunai, Pengarah Kesihatan Tegaskan Bayaran Tunai Masih Boleh Digunapakai. Sumber gambar: OHBULAN!

Hal ini masih diperbolehkan kerana ingin memudahkan orang awam yang masih belum memiliki akses penggunaan pembayaran tanpa tunai atau pembayaran secara digital kerana dipercayai masih ada segelintir orang awam yang tidak memiliki akaun bank juga.

Bahkan, hal ini juga masih diteruskan kerana pihak kementerian juga memahami kekangan untuk kawasan pedalaman di Sarawak yang masih memiliki jurang kebatasan untuk jaringan internet dan ada sesetengah orang yang sudah berusia juga memiliki kesulitan menggunakan gadet digital.

Bukan itu sahaja, pada Julai yang lalu, timbalan menteri Dato Sri Dr Sim Kui Hian juga telah menjelaskan bahawa pembayaran secara tunai masih berjalan seperti biasa di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan di Sarawak. Jadi, seharusnya isu pembayaran tanpa tunai ini tidak menjadi permasalahan.

Boleh baca artikel menarik yang lain di bawah:

Ini Langkah Mudah Mohon Bantuan Ibu Bersalin Sarawak Bernilai RM450
Hub Utama Kemudahan Perubatan, Hospital Baharu Sri Aman Beroperasi Sepenuhnya Tahun Hadapan
SUMBER :BORNEO POST onlineOHBULAN!
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Lelaki Berbogel Tahan Lori Tengah Jalan Di Bintulu, Jadi Bahan Jenaka Netizen
Next Article Seorang Wanita Dari Indonesia Hilang, Ditemui Ditelan Ular Sawa Seorang Wanita Dari Indonesia Hilang, Ditemui Ditelan Ular Sawa

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?