• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Nama Kabong & Colgate, Rupanya Bermula Kerana Ketidakpuasan Hati Seorang Wanita

Oleh
ILB - AI
25 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Kecoh di Facebook dengan nama Kabong dan Colgate, rupanya bermula daripada luahan ketidakpuasan hati seorang wanita berkunjung ke Kabong

Tular Nama Kabong & Colgate, Rupanya Bermula Kerana Ketidakpuasan Hati Seorang Wanita. Satu hari ni memang kecoh dekat Facebook dengan nama Kabong dan Colgate. Setahu kita Kabong ni terkenal dengan pantainya, hasil lautnya tapi ini popular pulak dengan Colgate.

Lepas puas mencari, rupanya nama Kabong dan Colgate mulai tular apabila seorang wanita telah melepaskan luahan hatinya yang penuh kekesalan di dalam Facebook miliknya. Kekesalan yang diluahnya adalah tentang ketidakpuasan hati sepanjang dirinya berkunjung ke Kabong.

Tular Nama Kabong & Colgate, Rupanya Bermula Kerana Ketidakpuasan Hati Seorang Wanita
Tular Nama Kabong & Colgate, Rupanya Bermula Kerana Ketidakpuasan Hati Seorang Wanita. Sumber gambar: FB Kabong Kampungku

Nenek wanita ini tela ditegur supaya tidak membuka kotak Colgate sekadar untuk memastikan ianya halal

Wanita tersebut bersama dengan keluarganya yang datang dari Kuching telah memilih untuk bercuti di Kabong. Namun, ada beberapa kekesalan dan ketidakpuasan hati yang dialami oleh dirinya dan wanita ini bertindak untuk memuatnaik status tersebut ke dalam Facebook.

Salah satu yang menarik perhatian netizen apabila nenek kepada wanita ini telah ditegur oleh pekerja kedai yang dikunjunginya. Nenek wanita ini telah ditegur supaya tidak membuka kotak Colgate kerana khuatir akan menjejaskan kualiti sekaligus pekerja pula yang akan menanggung kerugian.

Difahamkan, tindakan nenek wanita tersebut adalah sekadar untuk memeriksa dan memastikan ubat gigi tersebut hala. Namun, netizen merasa pelik kenapa harus membuka kotak hanya sekadar untuk memeriksa halalnya produk tersebut. Bagi mereka, pada luaran kotak pasti sudah ada tanda halal yang dimaksudkan.

Tular Nama Kabong & Colgate, Rupanya Bermula Kerana Ketidakpuasan Hati Seorang Wanita
Tular Nama Kabong & Colgate, Rupanya Bermula Kerana Ketidakpuasan Hati Seorang Wanita. Sumber gambar: FB Kushaili Japar

Bukan itu sahaja, ada juga luahan wanita ini tentang layanan pekerja kedai makan yang agak tidak menyenangkan. Malah, wanita tersebut juga merasa tidak puas hati dengan keadaan “homestay” yang mereka sekeluarga tempah.

Ada sahaja ketidakpuasan hati. Memang dari sudut positif boleh diambil untuk menambahbaik apa yang kurang, cuma cara, intonasi dan pemilihan kata-kata harus lebih sensitif dan peka.

Sebenarnya, Kabong banyak keistimewaannya yang tersendiri, seperti:

Murah Dan Terjaga, Tanjung Kembang Waterpark Jadi Tarikan Terbaru Di Kabong
https://www.iloveborneo.my/kenali-suman-lemantak-makanan-tradisional-unik-masyarakat-melayu-di-kabong/
SUMBER :FB Kabong KampungkuFB Kushaili Japar
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Siti Samarahan Kini Berada Di Semenanjung, Netizen Khuatir Akan Keselamatannya
Next Article Keenakan Tersembunyi Disebalik Busut, Kenali Makanan Eksotik 'Ngoang' Atau Lobster Sarawak Keenakan Tersembunyi Disebalik Busut, Kenali Makanan Eksotik ‘Ngoang’ Atau Lobster Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?