• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Keenakan Tersembunyi Disebalik Busut, Kenali Makanan Eksotik ‘Ngoang’ Atau Lobster Sarawak

Oleh
Aina Musa
25 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Keenakan Tersembunyi Disebalik Busut, Kenali Makanan Eksotik 'Ngoang' Atau Lobster Sarawak

Rupa seakan-akan lobster

Keenakan Tersembunyi Disebalik Busut, Kenali Makanan Eksotik ‘Ngoang’ Atau Lobster Sarawak. Mang atau nama saintifiknya ialah Thalassina anomala, yang dikenali juga sebagai lobster lumpur kala jengking, adalah spesies krustasea dalam famili Thalassinidae. Di Sarawak pula, mang ini dipanggil dengan nama ‘ngoang’.

Keenakan Tersembunyi Disebalik Busut, Kenali Makanan Eksotik ‘Ngoang’ Atau Lobster Sarawak. Sumber:  DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRI

Ngoang tinggal di dalam busut yang berlumpur

Lobster lumpur hampir tidak pernah kelihatan keluar dari lubangnya di dalam lumpur bakau. Tetapi busut yang mengagumkan yang dibina oleh haiwan ini biasanya masih boleh dilihat di kawasan paya bakau lumpur. Mang atau lobster lumpur ini boleh membesar sehingga 30 cm panjangnya.

Ngoang ini banyak dijumpai di Sarawak dan ngoang ini sering dijadikan sumber protein oleh penduduk tempatan. Rupanya seakan-akan udang tetapi rasanya dikatakan lebih kepada isi ketam. Menurut salah seorang penangkap ngong, Rashid Sidik dari Kuala Matu, haiwan itu didapati keluar dari sarangnya dalam tanah ketika musim hujan atau musim banjir.

Keenakan Tersembunyi Disebalik Busut, Kenali Makanan Eksotik 'Ngoang' Atau Lobster Sarawak
Rupa ngoang yang seakan-akan lobster

Difahamkan, setiap kali tiba musim ngoang, masyarakat setempat akan menjadikannya sebagai juadah istimewa. Ngoang ini mudah didapati di kawasan Kuala Matu kerana kebanyakan kawasan Kuala Matu agak berlumpur.

Banyak dijumpai di beberapa kawasan di Sarawak

Begitu juga, setiap kali peralihan musim tengkujuh di bahagian tengah Sarawak, nelayan yang tidak ke laut akan menjalankan pelbagai pekerjaan sampingan termasuk memburu ngoang iaitu sejenis udang hidup dalam lumpur. Di muara Kuala Rajang, nelayan yang tinggal di kawasan itu biasanya akan berduyun-duyun turun ke kawasan berpaya untuk menangkap ngoang sama ada dijual ataupun untuk juadah seisi keluarga.

Mang sememangnya jarang diperoleh pada hari biasa dan hanya banyak ditemui ketika tiba musim tengkujuh. Ia tertumpu di kawasan berpaya sahaja. Ngoang ini lazimnya membuat sarang yang kelihatan seperti busut di tepi sungai kecil ataupun kawasan berpaya dan alur.

Keenakan Tersembunyi Disebalik Busut, Kenali Makanan Eksotik 'Ngoang' Atau Lobster Sarawak
Boleh juga dijadikan juadah istimewa

Menurutnya lagi, hidupan berwarna jingga yang mempunyai sepit dan ekornya seperti kala jengking itu hanya akan keluar dari sarangnya selepas hujan lebat ataupun guruh yang kuat. Justeru, untuk mendapatkan haiwan ini memang sukar kerana ia tidak akan keluar melainkan ketika hujan lebat dan guruh. Jika digali lubangnya sekalipun masih sukar untuk mendapatkan haiwan ini.

Keenakan ngoang menyebabkannya mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai, namun ia hanya boleh dijual secara kecil-kecilan. Hal ini kerana jumlahnya yang ditangkap tidak banyak. Tidak cukup untuk dikomersialkan.

Kenali beberapa lagi makanan yang hanya boleh dijumpai di Sarawak:

https://www.iloveborneo.my/kenali-4-jenis-buah-rare-yang-hanya-boleh-anda-temui-di-sarawak/
Digelar Avocado Malaysia, Kenali Buah Engkalak Yang Hanya Terdapat Di Borneo
SUMBER :DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRI
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Nama Kabong & Colgate, Rupanya Bermula Kerana Ketidakpuasan Hati Seorang Wanita
Next Article Wanita Dari Kuching Ini Gembira Netizen Edit Gambar Kahwin Bersama Arwah Ibu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?