• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Rakaman CCTV Kejadian Rompakan Kedai Makan Di Jalan Matang

Oleh
Aina Musa
30 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Tular Rakaman CCTV Rompakan Samun Kedai Makan Di Jalan Matang

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah kedai makan di Kuching

Tular Rakaman CCTV Kejadian Rompakan Kedai Makan Di Jalan Matang. Sebuah rakaman CCTV menunjukkan kejadian rompakan di sebuah kedai makan di Jalan Matang, Kuching tular di Tiktok sejak semalam.

Kejadian rompakan ini berlaku pada malam semalam dan kini menjadi perhatian ramai di media sosial.

Tular Rakaman CCTV Kejadian Rompakan Kedai Makan Di Jalan Matang
Tular Rakaman CCTV Kejadian Rompakan Kedai Makan Di Jalan Matang. Kredit: Tiktok

Suspek yang menggunakan baju hitam dan pelitup muka telah masuk ke dalam kedai makan tersebut dan sempat mencuri sebuah beg tangan yang terletak di atas meja.

Suspek sempat melarikan sebuah beg tangan

Berdasarkan rakaman CCTV tersebut, suspek yang memakai pelitup muka kelihatan tenang ketika memasuki kedai makan tersebut. Dia dengan cepat mengambil sebuah beg tangan milik pelanggan di kedai makan tersebut.

Tular Rakaman CCTV Kejadian Rompakan Kedai Makan Di Jalan Matang

Video tersebut telah dimuat naik oleh Arvind raj menerusi laman tiktok. Setakat artikel ini ditulis video tersebut telah pun meraih sekitar 70 ribu tontonan dan mengundang pelbagai reaksi oleh netizen.

Muka suspek sempat dirakam CCTV

Berdasarkan video tersebut, semasa lelaki itu menjalankan ‘kerjanya’, keadaan di kedai makan tersebut dilihat tenang tanpa sebarang pelanggan. Oleh itu, situasi ini telah memudahkan suspek melakukan rompakan ke atas kedai tersebut dan sempat membawa lari sebuah beg tangan.

Tujuan individu tersebut memuat naik video ini bagi meminta pertolongan netizen untuk mengenal pasti perompak tersebut. Menerusi rakaman itu, mukanya jelas terpampang dalam video tersebut.

Setakat ini, belum ada laporan polis dikeluarkan berkaitan kejadian rompakan kedai makan ini. Diharapkan penjenayah segera diberkas oleh pihak polis.

Baca lagi artikel menarik:

Selepas Hidrogen, Abang Jo Cadang Hidupkan Teknologi Sarawak Berasaskan Alga
Ada 124 Gerai, Bazar Gawai Dayak GADS Miri Bakal Bermula Esok Hingga 21 Mei
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Selepas Hidrogen, Abang Jo Cadang Hidupkan Teknologi Sarawak Berasaskan Alga
Next Article Ini 5 Petua Melembutkan Daging Berdasarkan Tips 'Orang Lama' Ini 5 Petua Melembutkan Daging Berdasarkan Tips ‘Orang Lama’

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?