I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Tular Rakaman CCTV Lelaki Dipercayai Cuba Rogol Gadis Di Tuaran, Orang Awam Gesa Polis Ambil Tindakan
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Rakaman CCTV Lelaki Dipercayai Cuba Rogol Gadis Di Tuaran, Orang Awam Gesa Polis Ambil Tindakan

Oleh Kedung BK 26 Jun 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Tular Rakaman CCTV Lelaki Dipercayai Cuba Rogol Gadis Di Tuaran, Orang Awam Gesa Polis Ambil Tindakan

Suspek juga dirakam bertindak mencurigakan di sebuah kedai bundle

Tular Rakaman CCTV Lelaki Dipercayai Cuba Rogol Gadis Di Tuaran, Orang Awam Gesa Polis Ambil Tindakan. Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan seorang lelaki dipercayai melakukan cubaan merogol ke atas seorang wanita di Tuaran, Sabah.

Dalam satu lagi kejadian berasingan membabitkan lelaki sama, dia turut dirakam CCTV bertindak mencurigakan di sebuah kedai bundle dan dikatakan cuba mencuri daripada pemilik kedai itu.

Tular Rakaman CCTV Lelaki Dipercayai Cuba Rogol Gadis Di Tuaran, Orang Awam Gesa Polis Ambil Tindakan

Video sudah dipadamkan untuk menghormati keluarga mangsa

Video itu, yang telah dipadamkan atas permintaan keluarga mangsa, menunjukkan lelaki tersebut mencekik seorang wanita di sudut tangga. Berdasarkan video berkenaan, lelaki itu dipercayai cuba merogol wanita terbabit.

Nasib baik, wanita itu terlepas daripada cengkaman lelaki berkenaan apabila seorang yang lalu lalang melihat kejadian itu – mendorong lelaki terbabit melarikan diri dari tempat kejadian manakala wanita tersebut pergi ke arah individu yang melihat mereka.

Video tersebut telah dipadamkan atas permintaan keluarga mangsa.
Muka lelaki tersebut.

Dalam satu lagi kejadian berasingan, lelaki itu dilihat merayau-rayau di sebuah kedai bundle dan kejadian itu telah dirakam CCTV. Menurut Farish Bundle, dia sedang menggunakan telefonnya apabila dia perasan lelaki yang mencurigakan itu melihat ke arah kaunter di mana dia berada.

Curiga dengan kelakuannya itu, pemilik kedai berkenaan segera menyimpan telefonnya. Gagal merampas telefon tersebut, lelaki yang mencurigakan itu menjelirkan lidah ke arah pemilik kedai dan meninggalkan premis tersebut.

Assalamualaikum.. kejadian harini baru saja . kita ndataula apa niat dia ni tapi yang pasti time ni sy main fon and then dia masuk menoleh sekejap ke arah kaunter lepastu dia intai and pergi tempat sy smula nasib sy tarik fon cepat2 . bila dia tak dpt capai fon sy dia pandang sy buat muka mesum@menjelirkan lidah, lepastu dia keluar . Alhamdulillah teda jadi apapa sebab ngam2 pula akak tu masuk . hati2 kamu ya spa2 jaga kaunter ka atau dimana2 , jgn ingat sunyi takda org jahat. time mcmni la drg bertindak tu ☺️

Posted by Farish Bundle on Saturday, June 24, 2023

Didakwa pernah dilaporkan sebelum ini

Difahamkan, ini bukan kali pertama lelaki ini melakukan perbuatan yang mencurigakan dan membahayakan. Menurut beberapa saksi, lelaki ini pernah dilaporkan melakukan perbuatan berbahaya di tempat awam dan juga difahamkan kaki hisap gam.

Kejadian tersebut telah meraihkan perhatian netizen, terutamanya warga Tuaran. Susulan kedua-dua kejadian itu tular, ramai menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan terhadap lelaki tersebut.

Lagi di sini:

Dikenakan Bayaran Masuk RM5 Seorang, Individu Kesal Dengan Pihak Pengurusan Pantai Trombol
Syarikat Kurier Kini Buat Pemeriksaan Barang Baru Boleh Pos, Individu Ini Luah Rasa Leceh Buat Demikian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ’27 Tahun Berjuang Akhirnya Tercapai’, Individu Dari Sarawak Menghargai Kerajaan Madani Anwar Ibrahim
Next Article Terkenal Dengan Minuman Borneo Latte, Brew Crew Cawangan Milan Square Bakal Ditutup Terkenal Dengan Minuman Borneo Latte, Brew Crew Cawangan Milan Square Bakal Ditutup

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?