• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Rakaman Kekecohan Di KIA, Rupanya Hanya Sekadar Simulasi Kecemasan

Oleh
ILB - AI
7 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Pemilik akaun TikTok yang merakam insiden ini terkejut sebaik tiba di KIA apabila melihat kekecohan ini

Tular Rakaman Kekecohan Di KIA, Rupanya Hanya Sekadar Simulasi Kecemasan. Mesti kita pernah berada di situasi yang kita pun tak jangka yang kita akan hadap dan lalui kan seperti yang dilalui oleh seorang pengguna laman TikTok @spidermanmipan ini.

Menurut perkongsian pemilik akaun ini, beliau terkejut dengan apa yang disaksikan olehnya sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA). Keadaan yang hiruk-pikul dengan jeritan dan amarah beberapa individu seperti timbulnya satu kekecohan.

Tular Rakaman Kekecohan Di KIA, Rupanya Hanya Sekadar Simulasi Kecemasan
Tular Rakaman Kekecohan Di KIA, Rupanya Hanya Sekadar Simulasi Kecemasan. Sumber gambar: TikTok @spidermanmipan

Netizen yang cakna tinggalkan respon bahawa ini hanya sebuah simulasi kecemasan yang biasa dilakukan di lapangan terbang

Namun, ada sesetengah netizen yang cakna dengan hal ini telah meninggalkan respon diruangan komen di video tersebut. Dimana keadaan yang kecoh tersebut merupakan satu latihan atau simulasi kecemasan yang sememangnya akan dilakukan oleh pihak lapangan terbang untuk persediaan.

Tular Rakaman Kekecohan Di KIA, Rupanya Hanya Sekadar Simulasi Kecemasan

Jika kita kurang mengetahui sememangnya kita akan merasakan kekecohan ini adalah perkara yang benar-benar terjadi. Manakan, teriakkan dan amarah individu yang terlibat seolah-olah menampakkan ianya kejadian yang sebenar. Bukan lakonan.

Rakaman ini juga tular dan buat netizen terhibur terutamanya gelagat individu yang melontarkan kata-kata “aku saman ko” kepada pihak berkuasa

Walaupun sedemikian, rakaman yang tular ini juga telah membuat netizen terhibur kerana tindakan salah seorang individu yang terlibat di dalam video ini sangat mencuit hati kerana kata-kata yang dilemparkan bahawa dia akan menyaman pihak berkuasa pula.

Tular Rakaman Kekecohan Di KIA, Rupanya Hanya Sekadar Simulasi Kecemasan

Tapi, apa-apa pun syabas diucapkan kepada yang terlibat dengan simulasi ini kerana berjaya melaksanakan tugas dan ianya nampak seperti “real situations”.

SUMBER :TikTok @spidermanmipan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berita Baik Untuk Rakyat Sarawak, MA63 Bakal Dibincang 19 Disember Ini Berita Baik Untuk Rakyat Sarawak, MA63 Bakal Dibincang 19 Disember Ini
Next Article ‘Apa Soalan Korang Malu Tanya Orang Sabah Sarawak’, Ini Respon Kelakar Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?