• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berita Baik Untuk Rakyat Sarawak, MA63 Bakal Dibincang 19 Disember Ini

Oleh
Aina Musa
7 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Berita Baik Untuk Rakyat Sarawak, MA63 Bakal Dibincang 19 Disember Ini

Segala isu tuntutan MA63 di Sarawak bakal dibangkitkan

Berita Baik Untuk Rakyat Sarawak, MA63 Bakal Dibincang 19 Disember Ini. Isu berkisar kepada tuntutan hak Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dijangka dibincangkan pada sidang Dewan Rakyat mulai 19 Disember ini.

Berita Baik Untuk Rakyat Sarawak, MA63 Bakal Dibincang 19 Disember Ini
Berita Baik Untuk Rakyat Sarawak, MA63 Bakal Dibincang 19 Disember Ini. Kredit foto: YB Senator Dato’ Ahmad Bin Dato’ Sri Hj Ibrahim

Ahli Dewan Negara, Senator Dato Ahmad Ibrahim berkata ia akan dibincang bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Fokus utama adalah memperjuangkan hak rakyat Sarawak

“Beberapa janji termasuk hak-hak Sarawak akan dibincangkan bersama Perdana Menteri pada sesi persidangan Parlimen pada 19 hingga 22 Disember ini.

Berita Baik Untuk Rakyat Sarawak, MA63 Bakal Dibincang 19 Disember Ini

“Antara janji-janji yang perlu ditunaikan ialah MA63. Perjanjian itu adalah fokus utama kerajaan Sarawak dalam memperjuangkan hak rakyat di negeri ini sehingga tercapai,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan mewarna dan program kempen sifat plastik 2022 di SK Matang Jaya, di sini hari ini.

Ahmad berkata usaha mendapatkan semula hak-hak Sarawak yang terhakis juga semakin cerah setelah Dato Sri Fadillah Yusof dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, pelantikan itu adalah sejarah kerana buat kali pertama rakyat dari Borneo dilantik ke jawatan kedua tertinggi negara.

Malah katanya, pelantikan Fadillah adalah tepat kerana beliau seorang yang cukup berpengalaman luas dalam bidang politik.

Ahmad juga menyokong tindakan Anwar memotong 20 peratus gaji Menteri Kabinet Persekutuan.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Baiki Senjata Secara Haram Demi Tambah Pendapatan, Seorang Lelaki Ditangkap Polis Di Serian
Next Article Tular Rakaman Kekecohan Di KIA, Rupanya Hanya Sekadar Simulasi Kecemasan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?