• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tular Rakaman Sebuah Vellfire Dikepung Motorsikal, Didakwa Lakukan Penculikan Di Kuala Lumpur

Oleh
ILB - AI
30 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Vellfire penculik dikepung motorsikal

Tular Rakaman Sebuah Vellfire Dikepung Motorsikal, Didakwa Lakukan Penculikan Di Kuala Lumpur. Sebuah rakaman video telah tular di media sosial Facebook dimana menyaksikan sebuah Vellfire telah dikepung oleh beberapa buah motorsikal. Hal ini dipercayai berlaku di Kuala Lumpur.

Vellfire tersebut telah dikepung oleh beberapa buah motorsikal kerana didakwa ada berlaku penculikan seorang lelaki dewasa berbangsa Cina. Dakwaan ini telah muncul apabila sebuah video juga telah tular di media sosial berkaitan dengan Vellfire tersebut.

Tular Rakaman Sebuah Vellfire Dikepung Motorsikal, Didakwa Lakukan Penculikan Di Kuala Lumpur
Tular Rakaman Sebuah Vellfire Dikepung Motorsikal, Didakwa Lakukan Penculikan Di Kuala Lumpur. Sumber gambar: FB Shidee DC

BNB 8811 terakam melakukan aksi penculikan lelaki Cina dewasa

Walaupun belum dapat dipastikan nombor tersebut sah atau tidak, Vellfire dengan nombor kenderaan BNB 8811 tersebut telah dirakam oleh orang awam telah melakukan aksi penculikan dan dipercayai berlaku di kawasan Mid Point Pandan Indah. Dalam video yang tular tersebut, terdengar jeritan lelaki dewasa tanpa pakaian tersebut menjerit meminta pertolongan.

Tular Rakaman Sebuah Vellfire Dikepung Motorsikal, Didakwa Lakukan Penculikan Di Kuala Lumpur
Tular Rakaman Sebuah Vellfire Dikepung Motorsikal, Didakwa Lakukan Penculikan Di Kuala Lumpur. Sumber gambar: FB Shidee DC

Lelaki tersebut telah dipaksa untuk masuk ke dalam Vellfire tersebut oleh beberapa orang lelaki sebelum mereka pergi.

Sumber video: FB Shidee DC

Hon tanpa henti supaya pelaku ditangkap dan mangsa dilepaskan

Oleh kerana sikap prihatin sesetengah rakyat Malaysia, beberapa buah motorsikal telah mengepung Vellfire tersebut sambil mengeluarkan hon tanpa henti dan memberi isyarat kepada pengguna jalanraya yang lain tentang hal ini.

Tular Rakaman Sebuah Vellfire Dikepung Motorsikal, Didakwa Lakukan Penculikan Di Kuala Lumpur
Tular Rakaman Sebuah Vellfire Dikepung Motorsikal, Didakwa Lakukan Penculikan Di Kuala Lumpur. Sumber gambar: FB Warga Ampang/Pandan Jaya/Pandan Indah

Tindakan yang dilakukan oleh mereka adalah bertujuan supaya Vellfire tersebut dapat diberhentikan dan pelakunya ditahan seterusnya mangsa pula dilepaskan. Menurut komen yang ditinggalkan oleh netizen, difahamkan kes ini sememangnya kes culik dan mereka yang melakukan hal ini telah berjaya di tangkap.

Sumber video: FB Warga Ampang/Pandan Jaya/Pandan Indah

Tidak kira tua atau muda, kita kena sentiasa berjaga-jaga agar terhindar daripada kejadian seperti ini dan untuk rakyat Malaysia yang berani seperti abang-abang motorsikal ini, terima kasih atas jasa anda.

Sindiket penculikan sememangnya menjadi topik hangat kebelakangan ini lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan penjualan organ. Boleh baca artikel berikut untuk mengikuti kes yang berkaitan isu semasa ini:

Buat Masyarakat Risau, Mesej Tular Jual Organ Kanak-Kanak Adalah Palsu
SUMBER :FB Shidee DCFB Warga Ampang/Pandan Jaya/Pandan Indah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Disyaki Untuk Claim Insurans, Lelaki Ini Sanggup 'Dilanggar' Kereta Disyaki Untuk Claim Insurans, Lelaki Ini Sanggup ‘Dilanggar’ Kereta
Next Article Rasa Enak, Mudah Dimasak, Ini 2 Jenama Laksa Sarawak Instant Paling Best Di Pasaran

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?