• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rasa Enak, Mudah Dimasak, Ini 2 Jenama Laksa Sarawak Instant Paling Best Di Pasaran

Oleh
Husna Hazmi
30 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Rasa laksa Sarawak Instant ni memang padu!

Rasa Enak, Mudah Dimasak, Ini 2 Jenama Laksa Sarawak Instant Paling Best Di Pasaran. Jika anda penggemar laksa Sarawak tetapi tidak tahu bagaimana untuk membuat menu lazat ini from scratch, jangan risau, kami ada satu resepi rahsia yang konfem jadi buat anda!

Dalam artikel kali ini kami ingin memudahkan hidup anda dengan memperkenalkan 2 jenama laksa Sarawak segera yang dijamin sedap, mudah untuk dibuat dan paling penting Halalan Toyyiban.

Rasa Enak, Mudah Dimasak, Ini 2 Jenama Laksa Sarawak Instant Paling Best Di Pasaran
Rasa Enak, Mudah Dimasak, Ini 2 Jenama Laksa Sarawak Instant Paling Best Di Pasaran. Kredit gambar: FB Lee Fah Trading Company

1. Lee Fah Instant Rice Vermicelli Laksa Sarawak

Merupakan jenama tempatan, Lee Fah ini sememangnya jenama legend dan popular di Sarawak. Mereka bukan sahaja telah mengeluarkan pelbagai variasi produk mee segera, mereka juga ada mengeluarkan produk lain seperti snek makanan ringan.

Bihun Segera Laksa Sarawak Lee Fah ini menjadi salah satu makanan segera yang amat disukai penduduk tempatan. Bukan itu sahaja, bagi anak Sarawak yang menetap di Semenanjung, mereka boleh membawa Laksa Sarawak segera ini untuk dinikmati di sana nanti.

Rasa Enak, Mudah Dimasak, Ini 2 Jenama Laksa Sarawak Instant Paling Best Di Pasaran
Kredit gambar: I Love Borneo

2. Pure Borneo Instant Sago Vermicelli Laksa Sarawak

Pure Borneo ini juga merupakan jenama tempatan yang baru sahaja berkembang. Mengeluarkan produk Laksa Sarawak segera yang tidak mempunyai sebarang bahan pengawet, tiada pewarna tiruan dan hanya menggunakan herba semulajadi sahaja, Laksa segera ini memang unik sekali.

Namun apa yang paling menarik mengenai laksa Sarawak instant ini adalah mereka tidak menggunakan bihun biasa, mereka menggunakan bihun yang diperbuat daripada sago membuatkannya menjadi lebih kenyal jika dimakan.

Packaging yang cantik dan menarik laksa Sarawak segera ini juga sesuai dijadikan buah tangan buat rakan-rakan bukan Sarawak juga. Bagi sesiapa yang suka makan laksa Sarawak tapi ingin mengambil langkah mudah dan lebih jimat, anda perlu cuba Pure Borneo Instant Sago Vermicelli Laksa Sarawak.

Mudah dibawa di mana-mana, boleh dijadikan buah tangan dan senang untuk dimasak, dapatkan Laksa Sarawak segera anda sekarang di pasaran Sarawak atau online sekarang!

Laksa Sarawak kini sudah menjadi antara makanan paling digemari masyarakat seluruh dunia:

Kalahkan Sushi Dari Jepun, Laksa Sarawak Dapat Ranking Teratas Makanan Tradisional Di Asia
TikToker Jepun Pertama Kali Makan Laksa Sarawak, Netizen Terkejut Laksa Harga Kayangan
Ini 8 Port Laksa Sarawak Terbaik Untuk Memulakan Hari Anda Di Kuching
SUMBER :Pure Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Rakaman Sebuah Vellfire Dikepung Motorsikal, Didakwa Lakukan Penculikan Di Kuala Lumpur
Next Article Kenali Anak Sabah Azmier Hisyamuqris Yang Merupakan Jurusolek Miss World 2021

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?