I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Tular Tangan Doktor Bergegar Suntik Presiden Jokowi, Ini 7 Pemimpin Dunia Yang Sudah Disuntik Vaksin COVID-19
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Tular Tangan Doktor Bergegar Suntik Presiden Jokowi, Ini 7 Pemimpin Dunia Yang Sudah Disuntik Vaksin COVID-19

Nur Afifah 14 Januari 2021
Kongsi
7 Min Bacaan
Kongsi

Mereka sudah. Pemimpin Malaysia bila lagi?

Tular Tangan Doktor Bergegar Suntik Presiden Jokowi, Ini 7 Pemimpin Dunia Yang Sudah Disuntik Vaksin COVID-19. Sejak syarikat pengeluar vaksin, Pfizer-BioNtech mula mengedarkan vaksin pada November yang lalu ke seluruh dunia, ramai pemimpin dunia yang dilihat mula menerima suntikan tersebut bagi memberi jaminan kepada rakyatnya bahawa vaksin selamat disuntik.

Mari kita lihat senarai pemimpin dunia yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19.

1. Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dikhabarkan telah menerima suntikan vaksin COVID-19 pada 19 Disember 2020 yang lalu. Beliau menjadi orang pertama di Israel yang menerima suntikan tersebut dan disiarkan secara langsung di kaca televisyen.

Tular Tangan Doktor Bergegar Suntik Presiden Jokowi, Ini 7 Pemimpin Dunia Yang Sudah Disuntik Vaksin COVID-19
Benjamin Netanyahu.
Sumber foto : AP

Bukan itu sahaja, Israel kini mendahului negara di dunia melaksanakan program pemvaksinan dengan nisbah 20.81 dos per 100 orang, meninggalkan UAE dengan nisbah 10.99 dan Bahrain iaitu 4.95. Vaksin yang diberikan kepada populasi Israel serta Benjamin Netanyahu adalah vaksin yang dibekalkan daripada Pfizer-BioNTech.

Dengan jumlah ini, sebanyak 1 per 5 daripada populasi Israel telah meneriman suntikan vaksin COVID-19 dalam masa hanya 3 minggu.

2. Joe Biden, Presiden Terpilih Amerika Syarikat

Walaupun belum menjadi presiden rasmi Amerika Syarikat akibat menerima pelbagai ancaman daripada pihak lawannya iaitu Donald Trump, Joe Biden mengambil langkah teladan dengan memberanikan diri menjadi antara orang pertama di negara tersebut yang menerima suntikan vaksin COVID-19.

Tular Tangan Doktor Bergegar Suntik Presiden Jokowi, Ini 7 Pemimpin Dunia Yang Sudah Disuntik Vaksin COVID-19
Sumber foto : AP/Susan Walsh

Beliau menerima suntikan vaksin COVID-19 dari Pfizer-BioNTech dan proses suntikan ini juga turut disirakan secara langsung di kaca televisyen dari Hospital Christiana Care di Wilmington, Delaware.

Langkah Biden menyiarkan proses suntikannya di kaca televisyen adalah bagi meyakinkan rakyatnya bahawa vaksin tersebut selamat. Ini sekaligus bagi menepis dilema kebanyakan rakyat Amerika yang masih tidak percaya akan bahaya pandemik COVID-19.

Sekiranya Biden sudah rasmi menjadi presiden Amerika kelak, beliau mensasarkan seramai 100 juta populasi Amerika akan diberikan vaksin COVID-19 dalam tempoh 100 hari pemerintahannya di Rumah Putih.

3. Joko Widodo, Presiden Indonesia

Presiden Joko Widodo atau nama singkatannya Presiden Jokowi antara pemimpin dunia terkini yang menyertai senarai pemimpin yang menerima vaksin COVID-19. Beliau menerima vaksin COVID-19 dari Sinovac semalam iaitu pada 13 Januari 2021.

Namun demikian, semasa siaran langsung suntikan vaksin Jokowi, perkara yang tular dan menarik perhatian ramai adalah bagaimana tangan individu yang memberi suntikan kepada beliau bergetar. Individu tersebut rupanya adalah Wakil Ketua Doktor Kepresidenan, iaitu Profesor Dr. Abdul Muthalib.

Tular Tangan Doktor Bergegar Suntik Presiden Jokowi, Ini 7 Pemimpin Dunia Yang Sudah Disuntik Vaksin COVID-19
Tular Tangan Doktor Bergegar Suntik Presiden Jokowi, Ini 7 Pemimpin Dunia Yang Sudah Disuntik Vaksin COVID-19
Sumber foto : The Jakarta Post

Ketika ditemu bual oleh wartawan, beliau pada mulanya tidak berasa gementar. Sebaliknya rasa gementar tiba-tiba hadir ketika Jokowi menjadi individu pertama dalam kumpulan pemimpin Indonesia yang menerima vaksin tersebut semalam.

Tonton petikan video siaran langsung suntikan vaksin COVID-19 Jokowi ini :

Selain Jokowi, pemimpin Indonesia lain yang turut menerima vaksin tersebut adalah Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin, Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto, dan Ketua Polis, Jeneral Polis Idham Azis.

4. Raja Salman, Raja Arab Saudi

Mengikuti jejak pemimpin dunia yang lain adalah Raja Salman Abdulaziz Al-Saud iaitu Raja Arab Saudi. Beliau menerima vaksin COVID-19 dari Pfizer-BioNTech pada 7 Januari 2021.

Raja Arab yang berusia 85 tahun itu menerima suntikan COVID-19 di kota futuristik Red Sea di Neom, Arab Saudi.

Tular Tangan Doktor Bergegar Suntik Presiden Jokowi, Ini 7 Pemimpin Dunia Yang Sudah Disuntik Vaksin COVID-19
Sumber foto : EPA

Sejak menerima bekalan COVID-19 yang pertama pada pertengahan Disember lalu, negara Timur Tengah tersebut akan melaksanakan program pemvaksinan secara berfasa yang meliputi Fasa 1 untuk populasi penduduk berusia 65 tahun ke atas, Fasa 2 untuk penduduk berusia 50 tahun ke atas dan Fasa 3 untuk penduduk Arab Saudi selebihnya.

Vaksin ini dikatakan diberikan secara percuma oleh kerajaan Arab Saudi kepada rakyatnya.

5. Queen Elizabeth II, Ratu England

Ratu England, Queen Elizabeth II bersama suaminya, Putera Charles dilaporkan telah menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 di Istana Windsor pada 9 Januari yang lalu.

Tular Tangan Doktor Bergegar Suntik Presiden Jokowi, Ini 7 Pemimpin Dunia Yang Sudah Disuntik Vaksin COVID-19

Sumber rasmi daripada istana turut memberitahu bahawa Queen Elizabeth membenarkan pemvaksinannya diberitahu kepada orang ramai bagi mengelakkan sebarang spekulasi. Walau bagaimanapun, jenis syarikat yang membekalkan vaksin kepada Ratu England tersebut tidak didedahkan.

Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson menyasarkan seramai 15 juta penduduk di United Kingdom divaksin selewat-lewatnya pertengahan Februari termasuklah residen dan pekerja rumah kebajikan, petugas kesihatan, penduduk berusia 70 tahun ke atas dan individu yang berisiko tinggi.

6. Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura

Di negara Asia selain Indonesia pula, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong juga telah menerima vaksin COVID-19 pada hari Jumaat, 8 Januari 2021. Beliau menjadi ahli kabinet Singapura yang pertama menerima vaksin yang dibekalkan daripada Pfizer-BioNTech.

Tular Tangan Doktor Bergegar Suntik Presiden Jokowi, Ini 7 Pemimpin Dunia Yang Sudah Disuntik Vaksin COVID-19

Lee menerima vaksin tersebut bersama petugas kesihatan Hospital Umum Singapura (SGH) sempena pelancaran program vaksinasi untuk petugas kesihatan di negara terbabit. Turut menerima vaksin pada hari tersebut ialah pengarah perkhidmatan kesihatan Singapura, Kenneth Mak.

Menteri Kesihatan Singapura juga turut memaklumkan bahawa mereka kini sedang merangka pelan untuk memberi suntikan vaksin kepada ahli kabinet secara berperingkat.

7. Mike Pence, Timbalan Presiden Amerika Syarikat

Mike Pence yang merupakan timbalan presiden Amerika Syarikat di bawah pemerintahan Donald Trump turut menerima suntikan vaksin COVID-19 dari Pfizer-BioNTech bersama-sama isterinya, Karen Pence pada 19 Disember 2020.

Keputusan yang diambil oleh Mike Pence ini adalah bagi membuktikan bahawa pemerintahan Donald Trump sememangnya mengutamakan kesihatan rakyat. Bukan itu sahaja, beliau turut menyatakan bahawa harapan untuk rakyat Amerika semakin hampir dengan adanya vaksin ini.

Tular Tangan Doktor Bergegar Suntik Presiden Jokowi, Ini 7 Pemimpin Dunia Yang Sudah Disuntik Vaksin COVID-19

Namun demikian, Trump sendiri tidak hadir ke majlis vaksin Pence. Tambahan pula, Trump sehingga ke hari ini tidak mengumumkan sebarang perkembangan atau berita jika dirinya telah menerima suntikan vaksin tersebut ataupun belum.

Speaker Dewan, Nancy Pelosi serta Ketua Majoriti Senat Republikan, Mitch McConnell turut menerima suntikan pada hari yang sama.

Banyak juga pemimpin dunia yang telah menerima vaksin COVID-19 ini. Bagaimana pula dengan pemimpin Malaysia? Adakah suntikan vaksin kepada pemimpin Malaysia nanti akan diadakan secara langsung juga?

Kita tunggu dan lihat.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: PKP Dilaksanakan Di Sibu Mulai 16 Januari 2021, Sarawak Catat 180 Kes Positif COVID-19
Next Article Tatacara Terbaru Kemasukan Ke Sarawak : Ambil Swab 3 Hari Sebelum Dan Mesti Disahkan Negatif

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?