• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Tangkapan Skrin, Individu Minta Kiriman Gambar Alat Sulit Wanita Melalui Aplikasi Dating

Oleh
ILB - AI
16 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Dalam aplikasi pun minta yang bukan-bukan

Tular Tangkapan Skrin, Individu Minta Kiriman Gambar Alat Sulit Wanita Melalui Aplikasi Dating. Sejak negara dilanda pandemik, pelbagai platform atau aplikasi dating untuk seseorang mencari kawan mahupun jodoh muncul bagai cendawan selepas hujan. Kalau platform sebegini memang ada yang berhasil tetapi ada juga yang kecundang.

Kalau yang kecundang itu pun ada kategori, tau. Kalau kecundang cara elok, elok lagi. Ini kecundang boleh buat orang trauma. Manakan tidak, tiada angin tiada ribut baru kenal terus buat permintaan yang aneh-aneh. Minta duit? Tidak. Minta sesuatu yang berharga, alat sulit wanita. Yang bukan-bukan je.

Tular Tangkapan Skrin, Individu Minta Kiriman Gambar Alat Sulit Wanita Melalui Aplikasi Dating
Tular Tangkapan Skrin, Individu Minta Kiriman Gambar Alat Sulit Wanita Melalui Aplikasi Dating. Sumber gambar: FB MY Sabah

Minta gambar sebab nak tengok

Akaun Facebook My Sabah telah berkongsi tangkapan skrin salah seorang pengguna OMI yang merupakan salah satu aplikasi dating untuk mencari kawan atau jodoh yang trend pada masa kini. Tetapi, bukan itu menjadi tarikan utama. Yang lagi menarik adalah salah satu permintaan dalam perbualan yang telah dibuat tangkapan skrin yang telah tular dan menjadi perbualan hangat netizen.

Permintaan tersebut sangat diluar jangkaan kerana difahamkan tangkapan skrin tersebut menunjukkan pengguna yang dikenali sebagai Iqbal ini baru sahaja memulakan perbualan. Belum kenal dengan lebih lanjut malah dengan berani meminta dikirimkan gambar alat sulit wanita di OMI atas alasan hanya nak tengok sahaja.

Tular Tangkapan Skrin, Individu Minta Kiriman Gambar Alat Sulit Wanita Melalui Aplikasi Dating
Sumber gambar: FB MY Sabah

Baru berusia 18 tahun, berani pada benda yang salah.

Mengikut yang dipaparkan di biodata remaja bernama Iqbal tersebut, remaja lelaki ini baru berusia 18 tahun dan berasal dari Kinabatangan, Sabah. Masih muda tetapi berani macam orang yang sudah cukup dewasa. Orang yang dewasa pun tidak senekad ini. Berani itu bagus tapi ini berani pada benda yang salah.

Dengan perkongsian tangkapan skrin ini juga, seperti biasa netizen memang tidak akan melepaskan peluang untuk merespon. Pelbagai reaksi netizen diruangan komen dan mereka meninggalkan komen yang ada berbaur sindiran dalam jenaka kerana beranggapan hal ini tidak wajar dilakukan oleh remaja yang baru 18 tahun. Masih muda.

Tular Tangkapan Skrin, Individu Minta Kiriman Gambar Alat Sulit Wanita Melalui Aplikasi Dating
Sumber gambar: FB MY Sabah

Jadi, ibubapa atau orang dewasa yang bertindak sebagai penjaga boleh berinisiatif untuk memantau mereka yang masih muda, mentah sebegini di aplikasi yang ada di dalam telefon bimbit mereka. Takut dan kasihan dengan perempuan yang niat nak berkawan tetapi jumpa yang sebaliknya.

Ada nya telefon bimbit sememangnya memudahkan tetapi ada juga isu yang timbul seperti isu scammer, isu perlecehan seksual dan boleh baca artikel dibawah untuk mengetahui isu yang berkaitan:

Modus Operandi Scam Terbaharu, Hati-Hati Dengan Orang Menyamar Sebagai Seller Aplikasi IPTV
Lagi Kes Scammer, Kali Ini Bermotif Ugutan Sebar Tangkapan Skrin Video Lucah Pula
SUMBER :FB My Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hujan Berlarutan Punca Banjir Di Marudi Berada Pada Tahap Bahaya Hujan Berlarutan Punca Banjir Di Marudi Berada Pada Tahap Bahaya
Next Article Dilabel Sarang Maksiat, Individu Luah Realiti Sebenar Kehidupan Di Universiti

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?