• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Video Timbalan Premier Sarawak Dr Sim Disalah Guna AI Untuk Penipuan Produk

Oleh
Nazihah AN
9 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Tular Video Timbalan Premier Sarawak Dr Sim Disalah Guna AI Untuk Penipuan Produk

Video Deepfake Timbalan Premier Sarawak Diguna untuk Penipuan Produk Arthritis

Tular Video Timbalan Premier Sarawak Dr Sim Disalah Guna AI Untuk Penipuan Produk. Di zaman kecanggihan teknologi AI sekarang ini, ancaman penipuan semakin menjadi-jadi. Terbaru, Timbalan Premier Sarawak, Dr Sim Kui Hian, tampil memberi amaran mengenai sebuah video deepfake yang menggunakan imej dan suara tiruan beliau untuk mempromosikan produk rawatan arthritis palsu. Tidak cukup dengan itu, scam ini juga melibatkan penyalahgunaan imej penyanyi terkenal Jaclyn Victor untuk menipu orang ramai.

Dalam kenyataan rasmi di Facebook, Dr Sim menjelaskan bahawa video tersebut telah dihasilkan menggunakan teknologi AI untuk meniru suara dan imejnya. Video itu kononnya menunjukkan Dr Sim memberikan testimoni tentang formula baharu yang dikatakan mampu “menyembuhkan arthritis selama-lamanya”.

Tular Video Timbalan Premier Sarawak Dr Sim Disalah Guna AI Untuk Penipuan Produk

Jaclyn Victor Juga Jadi Mangsa

Menurut Dr Sim, ini adalah penipuan semata-mata, dan produk yang dipromosikan bukan sahaja tidak wujud tetapi juga berpotensi membahayakan kesihatan pengguna.

Beliau turut mendedahkan bahawa video deepfake itu dihasilkan dengan menggunakan rakaman asal dari temu bual beliau bersama TVS pada tahun 2020. Rakaman asal itu telah dimanipulasi oleh penipu untuk mencipta naratif palsu.

Selain Dr Sim, scam ini turut menyalahgunakan imej Jaclyn Victor, artis yang cukup dikenali ramai. Penipu menggunakan nama besar beliau untuk menambah kredibiliti terhadap produk palsu mereka, sekaligus memancing lebih ramai mangsa.

Akaun “Ilike Fitness” Jadi Dalang

Menurut Dr Sim, akaun Facebook bernama “Ilike Fitness” menjadi platform untuk menyebarkan video ini. Beliau menggesa orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan iklan seumpama ini dan terus berhati-hati dengan ancaman deepfake yang semakin berleluasa.

Dr Sim menekankan bahawa ini bukan kali pertama teknologi AI disalahgunakan untuk menipu orang ramai, dan kemungkinan besar ia bukan yang terakhir. Beliau menyeru agar semua pengguna media sosial kekal waspada dan tidak mudah terpedaya dengan video atau testimoni yang kelihatan terlalu sempurna untuk dipercayai.

“Marilah kita lebih berwaspada dalam era AI dan media sosial,” katanya sambil memberi peringatan keras kepada semua.

Baca juga cerita semasa di sini:

SKAS Akan Disalurkan Terus Ke Akaun Bank Penerima Bantuan JKMS
Pembukaan Jambatan Batang Lassa Esok, Feri Muara Lassa Bakal Tinggal Kenangan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Aktiviti Baru Untuk Semua, Pickleball Bakal Dibuka Di The Summer Mall Samarahan Aktiviti Baru Untuk Semua, Pickleball Bakal Dibuka Di The Summer Mall Samarahan
Next Article Pekerja ASNB Sibu Didakwa Pecah Amanah Seleweng Wang RM 263K Pekerja Unit Amanah Di Sibu Didakwa Pecah Amanah Seleweng Wang RM 263K

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?