• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TULAR : Video Individu Kayuh Basikal Hampir Sebabkan Kemalangan Di Kuching

Oleh
ILB - AI
29 Oktober 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
TULAR : Video Individu Kayuh Basikal Hampir Sebabkan Kemalangan Di Kuching
Video tular tersebut kini mendapat lebih dari 150 ribu tontonan

TULAR : Video Individu Kayuh Basikal Hampir Sebabkan Kemalangan Di Kuching. Seperti yang kita ketahui dan boleh lihat di sekeliling kita, semakin ramai individu yang mula untuk mengamalkan gaya hidup aktif dengan aktiviti berbasikal.

Di Bandaraya Kuching contohnya, kerap kita melihat kumpulan kumpulan yang berbasikal dengan teratur. Namun begitu, baru baru ini tular satu video dimana seorang individu yang mengayuh basikal di kawasan Pending/Padungan hampir menyebabkan sebuah kemalangan kerana cara menunggang basikal yang sedikit cuai.

Video yang dirakam melalui dashcam tersebut dikongsi oleh Galvin Achai, dan setakat ini telah mendapat lebih daripada 4 ribu perkongsian oleh pengguna pengguna laman Facebook yang kebanyakannya meluahkan rasa kecewa mereka terhadap individu yang mengayuh basikal tersebut.

TULAR : Video Individu Kayuh Basikal Hampir Sebabkan Kemalangan Di Kuching

Video yang berdurasi 1 minit itu merakam aksi pengayuh basikal yang mengayuh basikalnya di haluan kanan yang juga merupakan haluan untuk memotong mengikut panduan dan undang undang di atas jalan raya. Undang undang ini bukanlah sesuatu yang asing kerana setiap individu yang ingin mengambil lesen kenderaan bermotor di Malaysia sudah mempelajari undang undang ini.

Berbalik kepada aksi pengayuh basikal tersebut, beliau telah cuba untuk menyilang kembali ke lorong kiri ketika insiden berlaku. Secara tidak langsung, ianya hampir menyebabkan kemalangan kerana kenderaan perakam berada di lorong kanan dalam kelajuan separa laju. Kenderaan perakam terpaksa melalukan brek secara mengejut bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.

Sekiranya anda individu yang gemar mengayuh basikal, pastikan anda tidak melakukan aksi seperti video yang telah dirakam ini. Berhati hatilah di jalan raya kerana jalan raya adalah hak milik awam dan dikongsi oleh setiap individu yang menggunakan kenderaan bermotor.

Baca juga artikel lain :
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pedas Menyengat, Jenama Dengan ‘Packaging’ Menawan Ini Diperbuat Daripada Cili Kunak Sabah
Next Article Sedih Dengan Pengunjung Yang Tidak Bermoral, Pantai Batu Gajah Bintulu Dicemari Vandalisme Sedih Dengan Pengunjung Yang Tidak Bermoral, Pantai Batu Gajah Bintulu Dicemari Vandalisme

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?