• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Youtuber Arab Cuba Sumpit, Skil Bahasa Inggeris Pakcik Penan Ini Pula Jadi Bualan Netizen

Oleh
Ismail NA
17 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Memang ‘power’ Bahasa Inggeris dia!

Tular Youtuber Arab Cuba Sumpit, Skil Bahasa Inggeris Pakcik Penan Ini Pula Jadi Bualan Netizen. Sarawak sememangnya memiliki budaya yang unik dan mengagumkan. Bagi mereka yang gemarkan cabaran dan ‘adventure’, Sarawak adalah destinasi yang terbaik kerana anda akan dibawa jauh ke dalam hutan untuk merasai sendiri keunikan tersebut.

Inilah yang dilakukan oleh pencipta kandungan yang berasal dari Arab Saudi, Joe HaTTab menerusi lamannya di Facebook. Walau pun tidak dapat dipastikan di manakah lokasi sebenar Joe membuat penggambaran tersebut kerana beliau hanya menyebutnya sebagai hutan Borneo, namun ia jelas menunjukkan bahawa lokasi tersebut berada di Sarawak.

Tular Youtuber Arab Cuba Sumpit, Skil Bahasa Inggeris Pakcik Penan Ini Pula Jadi Bualan Netizen
Sumber: FB Discover with Joe HaTTab

Video yang padat informasi tentang sumpit orang Penan

Beliau telah meneroka tempat yang terpencil, jauh ke dalam hutan sehingga ke sempadan Malaysia-Indonesia bagi merasai sendiri budaya masyarakat Penan.

Kehadiran Joe semestinya disambut dengan terbuka oleh masyarakat Penan. Menerusi video yang dimuat naiknya di laman Facebook, beliau menerangkan dengan terperinci tentang cara pembuatan sumpit yang sering digunakan oleh masyarakat Penan untuk memburu haiwan.

Fuh boleh speaking siap..bukan biasa-biasa ni – Netizen

Namun, perkara yang menjadi perhatian netizen pula adalah kefasihan Bahasa Inggeris seorang lelaki Penan pertengahan usia di dalam video tersebut pula menjadi bualan netizen. Ramai yang kagum dengan kebolehan pakcik tersebut bertutur dengan lancar dalam Bahasa Inggeris.

Tular Youtuber Arab Cuba Sumpit, Skil Bahasa Inggeris Pakcik Penan Ini Pula Jadi Bualan Netizen
Tular Youtuber Arab Cuba Sumpit, Skil Bahasa Inggeris Pakcik Penan Ini Pula Jadi Bualan Netizen. Sumber: FB Discover with Joe HaTTab

Tidak kurang juga, ada netizen yang turut menjelaskan bahawa kefasihan pakcik Penan tersebut adalah disebabkan sistem persekolahan zaman dahulu yang menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya. Bukan itu sahaja, kefasihan rakyat Sarawak dalam bertutur Bahasa Inggeris juga bertitik tolak daripada penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua selepas Bahasa Malaysia.

Tular Youtuber Arab Cuba Sumpit, Skil Bahasa Inggeris Pakcik Penan Ini Pula Jadi Bualan Netizen
Sumber: FB Discover with Joe HaTTab
Tular Youtuber Arab Cuba Sumpit, Skil Bahasa Inggeris Pakcik Penan Ini Pula Jadi Bualan Netizen
Sumber: FB Discover with Joe HaTTab
Tular Youtuber Arab Cuba Sumpit, Skil Bahasa Inggeris Pakcik Penan Ini Pula Jadi Bualan Netizen
Sumber: FB Discover with Joe HaTTab
Tular Youtuber Arab Cuba Sumpit, Skil Bahasa Inggeris Pakcik Penan Ini Pula Jadi Bualan Netizen
Sumber: FB Discover with Joe HaTTab

Komunikasi jadi lancar, penonton luar negara kagum dengan masyarakat Penan

Disebabkan kefasihan pakcik tersebut bertutur dalam Bahasa Inggeris, komunikasi tentang adat dan budaya Penan kepada Youtuber Arab tersebut juga dilihat dapat difahami dengan baik oleh pencipta kandungan tersebut. Lihat sahaja penerangannya tentang sumpit dan racun dari pokok, begitu tepat dan menarik.

Malah, penonton dari luar negara juga turut kagum dengan kemahiran alam semulajadi masyarakat Penan yang memanfaatkan sumber alam untuk mencipta senjata dan berburu di dalam hutan. Tidak kurang juga yang memuji konten yang dicipta oleh Joe HaTTab ini padat dengan informasi berguna. Terbaiklah!

Tular Youtuber Arab Cuba Sumpit, Skil Bahasa Inggeris Pakcik Penan Ini Pula Jadi Bualan Netizen
Sumber: FB Discover with Joe HaTTab

Bagi anda yang ingin menyaksikan kefasihan pakcik Penan ini bertutur dalam Bahasa Inggeris, anda boleh saksikan video Joe HaTTab di bawah.

Itulah pentingnya ‘English Education’, gais! Hehe. Lagi artikel menarik tentang rakyat Sarawak di sini: Ini Barulah Sarawak, Perarakan Krismas Di Miri Henti Seketika Azan Berkumandang Buat Netizen Bangga

SUMBER :FB Discover with Joe HaTTab
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Padah Rogol Remaja OKU, Lelaki Ini Dikenakan Penjara 23 Tahun Dan Disebat 15 Kali Di Kuching Padah Rogol Remaja OKU, Lelaki Ini Dikenakan Penjara 23 Tahun Dan Disebat 15 Kali Di Kuching
Next Article Ganggu Lalulintas, Kenderaan Parking 'Merata' Depan Summermall Undang Geram Netizen Ganggu Lalulintas, Kenderaan Parking ‘Merata’ Depan Summermall Undang Geram Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?