• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Rogol Remaja OKU, Lelaki Ini Dikenakan Penjara 23 Tahun Dan Disebat 15 Kali Di Kuching

Oleh
Nazihah AN
17 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Padah Rogol Remaja OKU, Lelaki Ini Dikenakan Penjara 23 Tahun Dan Disebat 15 Kali Di Kuching

Supek merupakan warga Indonesia yang berada di Bau

Padah Rogol Remaja OKU, Lelaki Ini Dikenakan Penjara 23 Tahun Dan Disebat 15 Kali Di Kuching. Telah dilaporkan bahawa Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 23 tahun dan 15 sebatan terhadap seorang lelaki warga Indonesia.

Menerusi laporan media tempatan, suspek bernama Mus Muliadi, 40, dari Sangat Raas, Indonesia telah merogol dan melakukan serangan seksual terhadap seorang gadis berkeperluan khas berusia 14 tahun Oktober lalu.

Padah Rogol Remaja OKU, Lelaki Ini Dikenakan Penjara 23 Tahun Dan Disebat 15 Kali Di Kuching
Sumber: The Borneo Post

Suspek merupakan rakan kepada bapa mangsa

Menurut Hakim Musli Ab Hamid mensabitkan kesalahan terhadap suspek, atas pengakuan bersalahnya sendiri dan menjatuhkan hukuman 15 tahun dan 10 sebatan rotan atas kesalahan merogol mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, iaitu melakukan serangan seksual mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Mus dihukum penjara lapan tahun dan lima sebatan. Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim turut memerintahkan supaya hukuman penjara berjalan serentak kerana ia dilakukan dalam tempoh yang sama.

Padah Rogol Remaja OKU, Lelaki Ini Dikenakan Penjara 23 Tahun Dan Disebat 15 Kali Di Kuching
Padah Rogol Remaja OKU, Lelaki Ini Dikenakan Penjara 23 Tahun Dan Disebat 15 Kali Di Kuching

Hasil siasatan, suspek ke rumah mangsa untuk menghantar minuman

Mengikut pertuduhan, suspek merogol dan melakukan serangan seksual terhadap mangsa di sebuah rumah di Bau sekitar jam 3 petang pada 4 Oktober lepas. Berdasarkan fakta kes, bapa mangsa membuat laporan polis apabila dimaklumkan isterinya bahawa anak perempuan mereka telah dirogol lelaki tidak dikenali.

Suspek akhirnya ditangkap oleh polis pada 7 Oktober. Siasatan mendapati mangsa mempunyai masalah pembelajaran dan kad orang kurang upaya (OKU), manakala suspek merupakan rakan bapanya.

Pada hari kejadian, suspek pergi ke rumah mangsa untuk menghantar minuman kepadanya dan selepas menyedari bapanya tiada di rumah, dia meninggalkan tempat itu.

Padah Rogol Remaja OKU, Lelaki Ini Dikenakan Penjara 23 Tahun Dan Disebat 15 Kali Di Kuching

Suspek melarikan diri setelah mangsa jerit

Suspek kemudian meletakkan motosikalnya di perhentian bas berhampiran dan berjalan pulang ke rumah mangsa. Sekitar jam 3 petang, suspek menarik seluar mangsa, menyentuh bahagian sulitnya, dan merogolnya. Ekoran jeritan mangsa, dia melarikan diri dari rumah.

Mangsa kemudian memberitahu ibunya tentang kejadian itu.

Semasa persidangan, hakim turut memerintahkan suspek menjalani kaunseling pemulihan semasa ditahan serta meletakkannya di bawah pengawasan polis untuk tempoh tiga tahun selepas tamat hukuman penjara.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norshafatihah Nor Azmi manakala suspek tidak diwakili peguam bela.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Situasi 4 Buah Kenderaan Terlibat Kemalangan ‘Cium Bontot’ Berantai Di Bintulu
Next Article Tular Youtuber Arab Cuba Sumpit, Skil Bahasa Inggeris Pakcik Penan Ini Pula Jadi Bualan Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?