I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Tumbuh Secara Semulajadi, Ketahui Sayur Midin Makanan Hak Milik Mutlak Sarawak
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tumbuh Secara Semulajadi, Ketahui Sayur Midin Makanan Hak Milik Mutlak Sarawak

Oleh Husna Hazmi 25 Julai 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Jom ketahui lebih lanjut mengenai sayur Midin yang merupakan makanan hak milik mutlak negeri Sarawak.

Tumbuh Secara Semulajadi, Ketahui Sayur Midin Makanan Hak Milik Mutlak Sarawak. Jika anda pernah berkunjung ke Sarawak, pasti anda akan diperkenalkan atau disarankan untuk mencuba lauk sayur midin. Sayur midin atau nama saintifiknya, Stenochlaena palustris merupakan sejenis sayur pucuk paku yang lembut yang berasal dari keluarga Pteridophyte. Marilah kita mengenali dengan lebih mendalam sayur kegemaran yang menjadi simbolik di negeri Sarawak ini.

Mudah didapati di sini, sayur midin tumbuh secara semula jadi di kawasan paya gambut dan hutan belukar. Untuk pengetahuan anda, pucuk midin ini mudah tumbuh di tanah yang mengandungi kandungan bahan organik yang tinggi.

Tumbuh Secara Semulajadi, Ketahui Sayur Midin Makanan Hak Milik Mutlak Sarawak
Tumbuh Secara Semulajadi, Ketahui Sayur Midin Makanan Hak Milik Mutlak Sarawak. Sumber foto: I Love Borneo

Sayur midin ini juga boleh didapati di semenanjung

Selain daripada Sarawak, sayur midin ini boleh didapati di tanah Borneo dan juga di Semenanjung seperti di negeri Johor dan Selangor dan dikenali sebagai sayur pucuk paku atau pucuk paku merah. Bagaimanapun, sayur midin ini agak sukar untuk ditemui di Semenanjung kerana ia tumbuh meliar di kawasan tanah rendah hutan sekunder atau hidup menumpang di pokok lain (epifit).

Sayur ini tumbuh dengan cepat di tanah mengandungi kandungan asid yang tinggi dan kawasan menerima sinaran cahaya matahari yang tinggi. Akarnya berserabut mencengkam tanah merupakan ciri utama sayur ini justeru dikategorikan sebagai tanaman semusim rizomatus.

Daun pucuk midin adalah lembut, berwarna hijau muda dengan kuantiti daun 2 hingga 6 helai berpegang pada pucuk berwarna hijau muda yang lembut dan bergulung. Warna pelepahnya pula adalah berbeza dari hijau muda ke hijau tua atau kemerah-merahan.

Tumbuh Secara Semulajadi, Ketahui Sayur Midin Makanan Hak Milik Mutlak Sarawak
Sumber foto: Mardi

Pelepah sayur Midin yang subur dan kemerah-merahan

Dipetik dari Jabatan Pertanian Sarawak, pelepah sayur Midin yang subur dan kemerah-merahan adalah disebabkan tindak balas tumbuhan ini terhadap perubahan persekitaran tidak menentu seperti perubahan cuaca atau jerebu. Pucuk baru akan tumbuh dari pangkal tumbuhan dengan pantas terutama sekali dalam keadaan cuaca panas. Pelepah yang berdaun kecil yang mempunyai spora biasanya tidak dimakan kerana pahit dan tidak sedap.

Selain rasanya yang enak, tidak hairanlah sayur ringkas yang tumbuh semulajadi ini kaya dengan khasiat. Sayur midin mengandungi khasiat seperti Vitamin C, Vitamin B2, Vitamin A, karbohidrat, protein, lemak, serat dan pelbagai zat. Setiap 100 gram sayur midin mengandungi 4.8 miligram zat besi, kaya dengan mineral seperti fosforus dan kalium.

Tumbuh Secara Semulajadi, Ketahui Sayur Midin Makanan Hak Milik Mutlak Sarawak
Sumber foto: I Love Borneo

Anda boleh mendapatkan sayur ini di Pasar Minggu Kubah Ria

Di Sarawak, sayur midin mudah didapati di pasar tani. Sebagai contoh, di Kuching, anda boleh mendapatkan sayur ini di Pasar Minggu Kubah Ria. Pada tahun 2022 ini, anda boleh melihat peniaga tempatan yang menjual sayur midin di pasar basah dengan harga bermula daripada RM 1 seikat.

Cara memasak sayur midin yang paling popular adalah midin goreng belacan. Menu sayur midin goreng belacan yang kian popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong ini boleh didapati di restoran-restoran di Sarawak. Tambahan pula, sayur lazat yang ringkas ini juga berjaya meraih tempat dalam buku menu restoran mewah dan hotel-hotel juga.

Tumbuh Secara Semulajadi, Ketahui Sayur Midin Makanan Hak Milik Mutlak Sarawak
Sumber foto: I Love Borneo

Dimakan bersama nasi putih panas sebagai lauk sampingan dengan menu makanan laut

Sayur Midin enak dimakan bersama nasi putih panas sebagai lauk sampingan dengan menu makanan laut. Begitulah cara lazim penduduk tempatan dan pelancong menikmati sayur midin belacan ini di Sarawak. Selain daripada digoreng, cara memasak midin yang mengekalkan khasiatnya adalah dengan menyediakannya sebagai ulam atau kerabu.

Kesedaran awam tentang pemakanan sihat menyebabkan permintaan sayur midin meningkat dan menjadi sumber pendapatan bagi penduduk tempatan di sini. Menurut Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), sayur lazat dan berkhasiat ini juga memiliki potensi untuk dijadikan tanaman komersial sebagai komoditi untuk pasaran eksport.

Sebenarnya, percubaan menanam sayur midin ini telah pun dilakukan di beberapa kawasan sekitar Bandaraya Kuching. Walaubagaimanapun, hampir kesemua hasil sayur midin yang terdapat di pasaran negeri ini adalah hasil kutipan daripada tumbuhan liar.

Baca lagi di sini mengenai makanan unik hanya boleh didapati di Sarawak:

SUMBER : My Agri
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Affendi Julaihi, Lagenda Bola Sepak Sarawak Yang Anda Perlu Tahu
Next Article Kenali Ciri-Ciri ‘Scammer’ Yang Tawar Kerja Sambilan Melalui Whatsapp Dan SMS Kenali Ciri-Ciri Scammer Yang Tawar Kerja Sambilan Melalui Whatsapp Dan SMS

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?