• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tumbuk Isteri Kerana RM70, Lelaki Kuching Dipenjara 12 Bulan

Oleh
Farisha
8 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Lelaki Kuching Dipenjara 12 Bulan Gara-Gara Tumbuk Isteri

Tumbuk Isteri Kerana RM70, Lelaki Kuching Dipenjara 12 Bulan. Seorang lelaki berusia 29 tahun dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menumbuk isterinya di muka.

Majistret Ling Hui Chan menjatuhkan hukuman itu ke atas Barry Guillen selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun yang sama.

Tumbuk Isteri Kerana RM70, Lelaki Kuching Dipenjara 12 Bulan
Tumbuk Isteri Kerana RM70, Lelaki Kuching Dipenjara 12 Bulan

Menurut laporan media tempatan, kejadian berlaku di sebuah rumah di Semeba, pada jam 3.45 pagi, 4 Januari lalu. Menurut fakta kes, Barry meminta isterinya datang ke rumah kerana anak mereka tidak sihat. Apabila isterinya tiba, Barry keluar dari rumah, membuka pintu kereta, dan terus menumbuk bahagian kanan dahi isterinya.

Ketika kejadian, Barry menuntut isterinya memulangkan wang RM150 yang diberikannya untuk perbelanjaan anak mereka. Namun, isterinya hanya mempunyai baki RM80. Keadaan menjadi tegang apabila Barry tidak berpuas hati dan sekali lagi melepaskan tumbukan, kali ini di bahagian kanan mulut isterinya.

Susulan kejadian, isterinya membuat laporan polis, dan Barry ditahan pada 5 Januari. Laporan perubatan mengesahkan bahawa mangsa mengalami kesakitan di bahagian kanan dahi dan bibir.

Barry, yang tidak diwakili peguam, akhirnya menerima hukuman tersebut setelah mengaku salah di mahkamah.

Keganasan rumah tangga bukan perkara remeh

Kejadian ini sekali lagi menonjolkan isu serius keganasan rumah tangga yang berlaku dalam masyarakat kita. Walaupun RM70 mungkin kelihatan seperti jumlah kecil, tindakan ganas ini menunjukkan masalah yang jauh lebih besar.

Kepada mereka yang mengalami keganasan rumah tangga, jangan takut untuk melaporkan dan mendapatkan bantuan. Hubungi Talian Kasih di 15999 atau pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Semua mangsa berhak mendapatkan perlindungan dan keadilan.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kes-kes keganasan rumah tangga:

Menyiku Muka Isteri Sehingga Telinga Berdarah, Lelaki Di Kuching Dipenjara 4 Bulan
Isteri Dicekik, Dipukul Dan Dibuang Ke Dalam Gaung Berjaya Selamatkan Diri
SUMBER :Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article SKAS Akan Disalurkan Terus Ke Akaun Bank Penerima Bantuan JKMS
Next Article 5 Jalan Utama Di Kuching Ditutup 10 Januari, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?