• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

5 Jalan Utama Di Kuching Ditutup 10 Januari, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Oleh
Farisha
8 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Jalan-jalan ini ditutup sempena perarakan Majlis Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2025

5 Jalan Utama Di Kuching Ditutup 10 Januari, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu. Lima jalan utama di Kuching bakal ditutup pada 10 Januari sempena perarakan Majlis Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2025. Jadi, kalau anda ada urusan penting di kawasan ini, pastikan anda baca info ini untuk elakkan tersangkut dalam kesesakan.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, penutupan jalan akan bermula seawal jam 6 pagi dan hanya akan dibuka semula selepas perarakan selesai.

5 Jalan Utama Di Kuching Ditutup 10 Januari, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
5 Jalan Utama Di Kuching Ditutup 10 Januari, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu. Sumber foto: Suara Sarawak

Jalan-Jalan Yang Terlibat

Antara jalan yang akan ditutup adalah:

  • Jalan Gambier menghala ke Jalan Main Bazaar
  • Jalan Main Bazaar menghala ke Jalan Pearl
  • Jalan Barrack menghala ke Jalan Masjid
  • Bulatan Padang Pasir menghala ke Jalan Masjid
  • Jalan P. Ramlee menghala ke Jalan Masjid

Laluan Perarakan

Perarakan akan bermula dari Old Court House dan berakhir di Hikmah Exchange Event Centre. Oleh itu, kawasan ini dijangka sibuk dengan aktiviti perarakan dan orang ramai.

Apa Yang Anda Perlu Buat?

ACP Mohd Farhan memohon kerjasama orang ramai untuk:

  1. Elakkan meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan yang terlibat.
  2. Gunakan laluan alternatif jika anda perlu ke kawasan tersebut.

“Sebarang pertanyaan lanjut mengenai penutupan jalan ini boleh diajukan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuching di talian 082-259900,” tambah beliau, menurut laporan media tempatan.

Jangan Panik, Rancang Perjalanan Anda

Dengan penutupan jalan ini, penting untuk anda rancang perjalanan lebih awal dan patuhi arahan pihak berkuasa. Kalau tak, silap-silap, anda kena pusing jauh untuk sampai ke destinasi.

Kepada semua warga Kuching, selamat memandu dan pastikan anda sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Laluan Ibraco Ke The Northbank Ditutup Untuk Pembinaan Stesen ART
Projek Pembinaan ART Kini Bermula Di Satok
SUMBER :Suara Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tumbuk Isteri Kerana RM70, Lelaki Kuching Dipenjara 12 Bulan
Next Article Aktiviti Baru Untuk Semua, Pickleball Bakal Dibuka Di The Summer Mall Samarahan Aktiviti Baru Untuk Semua, Pickleball Bakal Dibuka Di The Summer Mall Samarahan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?