I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Tuntutan Belum Terjawab, 3 Kaum Asal Sarawak Ini ‘Tertinggal’ Dari Senarai Kaum Bumiputera
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tuntutan Belum Terjawab, 3 Kaum Asal Sarawak Ini ‘Tertinggal’ Dari Senarai Kaum Bumiputera

Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 23/04/21 1:21 PM
Kongsi
6 Min Bacaan
Kongsi

Kaum Saban merupakan kaum minoriti asal yang berkait rapat dengan kaum Kelabit.

Tuntutan Belum Terjawab, 3 Kaum Asal Sarawak Ini ‘Tertinggal’ Dari Senarai Kaum Bumiputera. Nama ini mungkin tidak pernah anda dengar. Bahkan, anda mungkin menyangka mereka merupakan kaum Lun Bawang ataupun Kelabit. Namun demikian, etnik minoriti yang terpinggir di Sarawak ini dinamakan sebagai kaum Saban, Berawan dan Lakiput.

Lebih memeranjatkan, kaum-kaum ini rupanya tidak diiktiraf sebagai Bumiputera kerana tidak tersenarai dalam Perlembagaan Malaysia dan undang-undang Sarawak.

Walau pun mereka tergolong dalam kalangan kumpulan Orang Ulu di utara Sarawak, namun kehadiran mereka tidak begitu disedari walaupun oleh orang Sarawak sendiri. Masyarakat Saban kini mempunyai jumlah populasi seramai 1,000 orang ini kebanyakannya tinggal di kawasan pedalaman khususnya di kawasan Long Banga, Long Peluan dan Long Puak.

Tuntutan Belum Terjawab, 3 Kaum Asal Sarawak Ini 'Tertinggal' Dari Senarai Kaum Bumiputera
Tuntutan Belum Terjawab, 3 Kaum Asal Sarawak Ini ‘Tertinggal’ Dari Senarai Kaum Bumiputera. Masyarakat Saban di Long Banga, Marudi.
Sumber : The Borneo Post

Menurut Presiden Persatuan Saban Miri Sarawak, Usat Bilong, mereka telah lama memperjuangkan nasib kaum asal ini melalui forum Pertubuhan Persatuan Orang Ulu tetapi sehingga kini tidak mendapat jawapan. Keadaan yang sama turut terjadi kepada kaum Lakiput dan Berawan.

Oleh yang demikian, pihaknya berharap dan menyokong sepenuhnya sebarang inisiatif kerajaan untuk meminda perlembagaan atau undang-undang sama ada di peringkat persekutuan mahupun peringkat negeri untuk mengiktiraf komuniti Saban sebagai bumiputera Sarawak.

Perjuang status bumiputera demi ekonomi, pendidikan dan hak pemilikan tanah adat

Tambahnya lagi, pengiktirafan status ini amat penting memandangkang masyarakat asal minoriti ini tinggal jauh di kawasan pedalaman dan mempunyai kesukaran untuk menuntut Tanah Hak Adat (NCR). Bukan itu sahaja, kaum ini juga tidak berpeluang untuk menikmati kelebihan yang dimiliki oleh bumiputera kaum Orang Ulu yang lain seperti membuka akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Lebih menyedihkan, kaum Saban yang tinggal jauh di pedalaman ini juga ketinggalan dari aspek pendidikan tinggi atau menerima bantuan pendidikan daripada kerajaan. Isu ini tidak sepatutnya timbul sekiranya pindaan dalam perlembagaan dibuat.

Tuntutan Belum Terjawab, 3 Kaum Asal Sarawak Ini 'Tertinggal' Dari Senarai Kaum Bumiputera
Tanah Hak Adat (NCR), ASB dan pendidikan tinggi yang dituntut oleh kaum minoriti Saban, Berawan dan Lakiput menerusi status Bumiputera. Gambar hiasan.

Untuk makluman anda, merujuk kepada Artikel 161A perenggan (6)(a) dan (7) dalam Perlembagaan Malaysia, terma ‘Bumiputera’ atau ‘anak negeri’ ditafsirkan sebagai seseorang yang merupakan warganegara dan sama ada yang tergolong dalam salah satu daripada ras yang dinyatakan dalam Fasal (7) sebagai ras asli bagi Negeri itu atau yang berketurunan campuran yang berasal semata-mata daripada ras-ras itu.

Dalam perengan (7), ras-ras yang dikira sebagai ras asli bagi Sarawak bagi maksud takrif “anak negeri” dalam Fasal (6) ialah Bukitan, Bisayah, Dusun, Dayak, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah (termasuk Sabup dan Sipeng), Kajang (termasuk Sekapan, Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong dan Kanowit), Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabut dan Ukit.

Terma Iban, Lun Bawang dan Bidayuh pula merupakan antara terma baru yang dicadangkan untuk dipinda dalam senarai Perlembagaan persekutuan dan telah diluluskan sebulat suara dalam perbahasan dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 30 April 2019. Pindaan senarai ‘Bumiputera’ ini akan dipinda setelah perbincangan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 bersama kerajaan persekutuan mencapai kata sepakat.

Walau bagaimanapun, setakat ini, mana-mana kaum minoriti yang tidak tersenarai dalam perenggan (7) tidak diiktiraf sebagai ‘anak negeri’ atau Bumiputera.

Kerajaan Sarawak diseru untuk iktiraf status bumiputera anak perkahwinan campur anak negeri

Persatuan Saban Miri Sarawak turut menyokong seruan yang dibuat oleh Dayak Chamber of Commerce and Industry (DCCI) dan Persatuan Rurum Kelabit Sarawak agar kerajaan Sarawak mengiktiraf anak-anak perkahwinan campur (anak negeri dan bukan anak negeri) sebagai anak negeri juga, serta diberikan hak ke atas warisan keturunan mereka. Ini bagi membolehkan mereka turut menikmati kelebihan dari sudut hak pemilikan tanah dan pendidikan.

Selain itu, satu lagi kaum yang mengalami krisis bumiputera ini adalah masyarakat Lakiput. Mereka juga dikenali sebagai Lepo Pu’un yang bermaksud suku awal atau bangsa awal dalam Bahasa Malaysia.

Data populasi yang terkini dikemaskini pada tahun 2000 menyaksikan masih terdapat sebanyak 2,000 populasi kaum Lakiput yang beragama Kristian dan Islam mendiami kawasan sekitar pesisir Sungai Baram, Kampung Benawa Baram, Kuala Tutoh dan Lubok Nibong, Miri.

Suku kaum Berawan pula kebanyakannya berada di Long Jegan. Setakat tahun 2020, kaum ini mempunyai populasi secara kasarnya sebanyak 2,000 orang menurut sumber komuniti kaum Berawan sendiri. Walaupun tidak begitu diketahui dari mana asal usul kaum Berawan ini, namun komuniti Berawan mempunyai teori bahawa bangsa mereka lahir daripada perkahwinan campur antara kaum-kaum Orang Ulu, kebanyakannya adalah campuran kaum Kenyah dan Kelabit.

Tuntutan Tidak Dijawab, 3 Kaum Asal Sarawak Ini 'Tertinggal' Dari Senarai Kaum Bumiputera
Gadis Berawan yang berkahwin campur dengan bukan anak negeri Sarawak.
Sumber : Panther Post, The International School of Kuala Lumpur

Walaupun jumlah populasi mereka tidak banyak, tetapi status ini membolehkan kaum ini untuk bangkit semula di bumi Sarawak dan bersama-sama menjadi tonggak hadapan seiring dengan pemeliharaan dan pemuliharaan adat dan budaya yang mereka yang kian hilang.

Ini pula bacaan lanjut mengenai kaum Lakiput di Sarawak :

Nur Afifah 23 April 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hanya 10 Peratus Anggota Polis Sarawak Dibenarkan Ambil Cuti Hari Raya Tahun Ini
Next Article Bulan Ini Sahaja, 3 Gempa Bumi Pada Skala Richter Lemah Dilaporkan Di Ranau

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

‘The Power Of Emak’ – Netizen Kagum Lihat Ibu Di Belaga Ini Selamba Tebang Pokok Tinggi Guna Chainsaw

4 Julai 2022
Pelajar SM Sains Kuching Berjaya Raih Pingat Di Olympiad Biology 2022 Bali
Cerita Borneo

Pelajar SM Sains Kuching Berjaya Raih Pingat Di Olympiad Biology 2022 Bali

4 Julai 2022
Cerita Borneo

Premier Sarawak Pertimbang Isytihar Cuti Deepavali Sebagai Cuti Umum Di Sarawak

4 Julai 2022
Cerita Borneo

Kisah Mistik Terabai, Perisai Tradisional Iban Suatu Masa Dahulu

4 Julai 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?