• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Turun 5 Pagi Pun Jem, Netizen Tuntut Percepat Projek Lampu Isyarat Samarahan Yang Terlalu ‘Lembap’

Oleh
Nazihah AN
13 Januari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Turun 5 Pagi Pun Jem, Netizen Tuntut Percepat Projek Lampu Isyarat Samarahan Yang Terlalu 'Lembap'

Kelewatan projek lampu isyarat menyebabkan kesesakan di jalan Kuching-Samarahan bertambah parah

Turun 5 Pagi Pun Jem, Netizen Tuntut Percepat Projek Lampu Isyarat Samarahan Yang Terlalu ‘Lembap’. Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) menuntut Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menyiapkan projek tiga bulatan di Samarahan ditukar ke persimpangan lampu isyarat yang sudah tergendala.

Isi Isi Penting
  • Kelewatan projek lampu isyarat menyebabkan kesesakan di jalan Kuching-Samarahan bertambah parah
  • Kesesakan lalu lintas dari 5 pagi
  • Masuk Fasa 4, harap ianya dapat disiapkan secepat mungkin
  • Lagi di sini:

Menurut Pengerusi MPKS, Datuk Peter Minos dalam satu kenyataan, beliau telah meluahkan rasa kekecewaannya yang beliau dapat aduan netizen dari warga Samarahan terhadap kelewatan projek yang telah membawa kepada kesesakan lalu lintas antara Kota Samarahan dan Kuching yang lebih teruk.

“Kelewatan projek yang tergendala kini telah bertukar menjadi satu isu awam yang menjadi perbalahan dan MPKS tidak lagi boleh berdiam diri dan secara tidak adil menanggung kritikan dan kemarahan netizen setiap hari” kata beliau.

Turun 5 Pagi Pun Jem, Netizen Tuntut Percepat Projek Lampu Isyarat Samarahan Yang Terlalu 'Lembap'
Turun 5 Pagi Pun Jem, Netizen Tuntut Percepat Projek Lampu Isyarat Samarahan Yang Terlalu ‘Lembap’. Sumber gambar: Suara Sarawak

Kesesakan lalu lintas dari 5 pagi

Dipetik dari The Borneo Post, pihak MPKS berada di bawah tekanan dari orang ramai dan menuntut bahawa projek lampu isyarat yang telah dimulakan oleh pihak JKR di tiga bulatan Kota Samarahan dilakukan dan disiapkan secepat mungkin.

Beliau turut tegaskan bahawa rakyat Samarahan tidak boleh menerima kelewatan yang lanjut dan pemberhentian kerja secara mengejut memandangkan tiga bulatan Samarahan tersebut telah mengundang kesesakan lalu lintas yang bertambah teruk lagi-lagi disebabkan cuaca hujan kini.

“Bayangkan kesesakan lalu lintas dari lima hingga lapan pagi dan petang. Bayangkan mengambil masa sehingga tiga jam memandu melalui kesesakan dari Kota Samarahan ke Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya. Bayangkan tekanan dan ketegangan yang ditimbulkan” keluh beliau.

Turun 5 Pagi Pun Jem, Netizen Tuntut Percepat Projek Lampu Isyarat Samarahan Yang Terlalu 'Lembap'
Sumber gambar: Dayak Daily

Masuk Fasa 4, harap ianya dapat disiapkan secepat mungkin

“Setiap hari penduduk Samarahan mengecam dan mengecam saya dan MPKS atas tekanan dan penderitaan akibat kesesakan lalu lintas. Mereka semakin hilang sabar. Kami di MPKS pun tak boleh terima. Ianya menjadi luar kawalan.” tambah beliau.

Menurut Datuk Peter Minos ramai orang tidak menyedari bahawa projek berkenaan sebenarnya di bawah kuasa JKR dan bukannya MPKS.

Memandangkan Sarawak kini di bawah Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (NRP) dan kes Covid juga menurun, pihak MPKS menggesa agar JKR meminta pekerja kontraktor untuk memulakan semula kerja projek lampu isyarat dan disiapkan secepat mungkin.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Demi Peroleh Ph.D, Guru Dari Sibu Ini Sanggup Ulang Alik Naik Pesawat Ke Semenanjung Setiap Minggu
Next Article Tidak Diperlukan Lagi, Pengembara Yang Pernah Dijangkiti COVID-19 Tidak Perlu Kuarantin Wajib Tidak Diperlukan Lagi, Pengembara Yang Pernah Dijangkiti COVID-19 Tidak Perlu Kuarantin Wajib

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?