• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Demi Peroleh Ph.D, Guru Dari Sibu Ini Sanggup Ulang Alik Naik Pesawat Ke Semenanjung Setiap Minggu

Oleh
Husna Hazmi
13 Januari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’ – Dr. Sabihah Ghazali.

Demi Peroleh Ph.D, Guru Dari Sibu Ini Sanggup Ulang Alik Naik Pesawat Ke Semenanjung Setiap Minggu. Kisah Dr. Sabihah Ghazali yang merupakan Guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah di Sibu ini pasti akan membakar semangat anda untuk melanjutkan pendidikan di peringkat seterusnya!

Isi Isi Penting
  • ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’ – Dr. Sabihah Ghazali.
  • Rentas Laut China Selatan setiap minggu selama tujuh semester
  • Berjaya menamatkan sesi pengajian Ph.D
  • Masa beliau di dalam kapal terbang juga tidak dibuang begitu sahaja
Demi Peroleh Ph.D, Guru Dari Sibu Ini Sanggup Ulang Alik Naik Pesawat Ke Semenanjung Setiap Minggu
Demi Peroleh Ph.D, Guru Dari Sibu Ini Sanggup Ulang Alik Naik Pesawat Ke Semenanjung Setiap Minggu. Gambar sekadar hiasan

Rentas Laut China Selatan setiap minggu selama tujuh semester

Dipetik daripada Universiti Putra Malaysia, demi memperoleh ijazah Doktor Falsafah (Ph.D), Dr. Siti Sabihah Ghazali sanggup merentas Laut China Selatan setiap minggu selama tujuh semester dengan menaiki pesawat dari Sarawak untuk menghadiri kuliahnya di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.

Wanita cekal ini berkata bahawa walaupun pergerakannya selama tujuh semester itu adalah amat memenatkan, namun dia ingin menjadi teladan dan inspirasi bagi para pelajar dan masyarakat di luar sana.

“Kita mesti mendisiplinkan diri dalam menuntut ilmu,” katanya yang memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pentadbiran Pendidikan pada Majlis Konvokesyen UPM ke-44, baru-baru ini.

Demi Peroleh Ph.D, Guru Dari Sibu Ini Sanggup Ulang Alik Naik Pesawat Ke Semenanjung Setiap Minggu
Gambar sekadar hiasan

Berjaya menamatkan sesi pengajian Ph.D

Berusia 35 tahun, Dr. Siti Sabihah, dari Sekolah Pengajian Siswazah, UPM telah berjaya menamatkan sesi pengajian Ph.D dalam tempoh tujuh semester. Dr. Siti Sabihah juga berkata bahawa pengurusan masa adalah penting bagi dirinya kerana jadual beliau amatlah padat.

Beliau turut menjelaskan bahawa dia perlu mengajar sebanyak 33 waktu di sekolah dalam tempoh seminggu dari hari Isnin hingga Khamis. Selepas selesai waktu mengajar tersebut, beliau akan terus menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur kerana perlu menghadiri kuliah dan juga membuat kerja penyelidikan pada petang Khamis dan Jumaat.

Tambah Dr. Siti Sabihah lagi, selepas waktu kuliah, beliau akan menjadikan Perpustakaan Sultan Abdul Samad sebagai rumah keduanya untuk menulis tesis.

Demi Peroleh Ph.D, Guru Dari Sibu Ini Sanggup Ulang Alik Naik Pesawat Ke Semenanjung Setiap Minggu
Gambar sekadar hiasan

Masa beliau di dalam kapal terbang juga tidak dibuang begitu sahaja

Beliau berkata pada hari Sabtu pula, dia akan balik semula ke Sibu bagi membuat persiapan dan pembelajaran (PdP) untuk minggu pengajaran yang seterusnya. Masa beliau di dalam kapal terbang juga tidak dibuang begitu sahaja kerana beliau menggunakan masa tersebut untuk membaca kertas penerbitan bagi tujuan penulisan tesis.

“Begitulah pergerakan saya sejak hari pertama mendaftar sebagai calon Doktor Falsafah sehingga tamat pengajian,” katanya yang menjadikan kata-kata ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’ sebagai antara pedomannya.

Selain itu, sokongan, semangat dan juga restu daripada ahli keluarga juga merupakan daya kekuatan utamanya untuk menghabiskan pengajian Ph.D ini.

Dalam masa yang sama, beliau juga berkata mahasiswa juga perlu memastikan mempunyai waktu tidur yang mencukupi serta meluangkan masa untuk bersukan bagi memastikan badan cergas dan otak cerdas.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI _ Tidak Perlu Isi EnterSarawak Sekiranya Tidak Mempunyai Sejarah Ke Luar Negara Dalam 14 Har TERKINI : Tidak Perlu Isi EnterSarawak Sekiranya Tidak Mempunyai Sejarah Ke Luar Negara Dalam 14 Hari
Next Article Turun 5 Pagi Pun Jem, Netizen Tuntut Percepat Projek Lampu Isyarat Samarahan Yang Terlalu 'Lembap' Turun 5 Pagi Pun Jem, Netizen Tuntut Percepat Projek Lampu Isyarat Samarahan Yang Terlalu ‘Lembap’

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?