Perang Saraf Telko Semakin Memuncak
U Mobile Tercabar, Tawar Data Tanpa Had Serendah RM 30 Sebulan. Tempoh hari, syarikat telko di Malaysia berlumba-lumba mengumumkan pelan data tanpa had terbaharu mereka. In termasuklah rangkaian Hotlink dan Celcom.
Perang ini sememangnya telah mencabar kredibiliti Umobile sebagai penyedia rangkaian data paling mampu milik di Malaysia. Mana tidaknya, pelan data daripada syarikat telko yang lain kini harga yang sama dengan faedah yang seakan-akan setaraf atau mungkin lebih baik.
Susulan itu, Umobile telah membuat naik taraf kali kedua untuk pelannya. Dua pelan prabayar yang terlibat ialah GX 30 dan GX 38.
Pelan RM 35 Untuk Data Dan Panggilan Tanpa Had
Bermula pada kadar serendah RM 30 sebulan, para pengguna yang melanggan pelan GX 30 layak menikmati pelan internet tanpa had. Bukan itu sahaja, kelajuan internet juga dinaiktaraf daripada 3Mbps kepada 6 Mbps serta data khas ‘hotspot’ daripada 3GB kepada 6GB.
Pelan GX38 yang diberikan diskaun kepada RM 35 tempoh hari juga turut dinaik taraf dengan tambahan panggilan tanpa had serta data khas ‘hotspot’ daripada 3GB kepada 6GB.
Jika dibandingkan semula dengan pelan yang ditawarkan oleh Hotlink, nampak gayanya U Mobile berjaya memintas semula kedudukan Hotlink yang duduk di tangga teratas buat sementara waktu.
Kemaskini terbaru U Mobile ini boleh dinikmati oleh pelanggan yang melanggan pelan ini bermula 12 Jun 2020.
Nampaknya persaingan sihat antara syarikat telko di Malaysia semakin menguntungkan pengguna. Setakat ini, Pada pendapat anda, mana satu telko yang bakal menjadi pilihan anda buat masa ini?
Jadilah pengguna yang bijak.