• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Udang Galah Saiz Jumbo, Ketahui Mi Udang Gumpey Yang Popular Di Gedong

Oleh
Nazihah AN
21 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Udang Galah Saiz Jumbo, Ketahui Mi Udang Gumpey Yang Popular Di Gedong

Kalau ke Gedong, jangan lupa untuk singgah ke Kampung Gumpey

Udang Galah Saiz Jumbo, Ketahui Mi Udang Gumpey Yang Popular Di Gedong. Mee Udang antara makanan famous tempatan yang biasanya orang tercari-cari. Kalau anda ke Gedong, jangan lupa untuk singgah ke Mee Udang Gumpey yang cukup terkenal dengan udang galah.

Di Gedong, memang ada banyak tempat makan yang menarik, terutamanya makanan yang berasaskan seafood ni..Fuhh, betul-betul fresh! Dan salah satunya tempat yang terkenal di Gedong adalah Mee Udang Gumpey yang terletak di Kampung Gumpey.

Udang Galah Saiz Jumbo, Ketahui Mi Udang Gumpey Yang Popular Di Gedong
Udang Galah Saiz Jumbo, Ketahui Mi Udang Gumpey Yang Popular Di Gedong. Sumber: FB Allen Tan

Untuk pengetahuan anda, Mee Udang Gumpey ini sudah beroperasi sejak tahun 2012 lagi.

Jika anda ingin merasai hidangan mee udang yang hebat ini, anda kenalah singgah ke Kampung Gumpey dahulu. Walaupun jauh dari bandar Kuching, percayalah, ia sangat berbaloi!

Di sini, hidangan mee udang galah harganya RM20, RM30, dan RM50 per set (mengikut saiz udang galah). Harga agak curam tetapi perut anda akan berpuas hati, jadi mengapa tidak? Anda pasti berpuas hati dengan udang yang paling pejal dan segar yang disajikan!

Udang Galah Saiz Jumbo, Ketahui Mi Udang Gumpey Yang Popular Di Gedong
Sumber: FB Allen Tan

Udang galah lebih besar dari tapak tangan!

Mee udang di sini lebih besar, juicy dan segar dari kebanyakan mee udang lain kerana semua udang di sini diborong terus dari nelayan.

Selain mee udang, mereka juga hidangkan nasi goreng udang galah dan juga mee goreng udang galah. Tidak hanya itu, untuk udang galah ini juga mereka turut hidangkan dalam pelbagai jenis masakan. Seperti udang galah masak merah, masak asam pedas, tomyam dan banyak lagi!

Udang Galah Saiz Jumbo, Ketahui Mi Udang Gumpey Yang Popular Di Gedong
Sumber: FB Allen Tan

Untuk Gred A kira-kira RM130-RM140/ kg manakala untuk gred B RM110-RM120/ kg. Harga udang tersebut tertakluk kepada harga semasa. Anda boleh lihat menu di bawah:

Udang Galah Saiz Jumbo, Ketahui Mi Udang Gumpey Yang Popular Di Gedong
Sumber: FB Allen Tan

Lagi tempat makan yang menarik yang wajib anda singgah. Baca pautan di bawah:

Ada Sup Gearbox, Warung Kak Bedah Di Matang Jaya Ini Jadi Pilihan Penduduk Tempatan
https://www.iloveborneo.my/unik-dan-menarik-satay-mee-makanan-ikonik-di-bandar-sri-aman-yang-anda-perlu-cuba/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Malaysia Airlines, Firefly Tawar Diskaun Penerbangan Sempena PRU ke-15
Next Article Gara-gara Beri Makan Anjing, Lelaki Ini Didenda Hampir 7 Ribu Gara-gara Beri Makan Anjing Liar, Lelaki Ini Didenda Hampir 7 Ribu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?