• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ugut Bunuh Baby Shima Di Media Sosial, Pemandu Lori Di Kuching Ditahan

Oleh
Farisha
1 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Suspek Ugutan Bunuh Baby Shima Ditangkap di Kuching

Ugut Bunuh Baby Shima Di Media Sosial, Pemandu Lori Di Kuching Ditahan. Seorang lelaki berusia 35 tahun, dipercayai menghantar mesej ugutan kepada penyanyi popular, Nor Ashima Ramli atau lebih dikenali sebagai Baby Shima, telah ditahan oleh pihak polis malam semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori itu ditahan di Kota Sentosa, Kuching pada jam 9.15 malam. Telefon bimbit suspek turut dirampas untuk membantu siasatan lanjut.

Ugut Bunuh Baby Shima Di Media Sosial, Pemandu Lori Di Kuching Ditahan
Ugut Bunuh Baby Shima Di Media Sosial, Pemandu Lori Di Kuching Ditahan

Baby Shima Buat Laporan Polis

Insiden ini tercetus selepas Baby Shima, yang berada di Sibu atas urusan kerja, membuat laporan polis pada jam 11.31 malam Isnin lalu, menurut laporan media tempatan.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu hit Bujang Sarawak itu dikatakan menerima komen berbaur ugutan daripada individu tidak dikenali di media sosial.

Dalam kenyataannya hari ini, ACP Zulkipli menyatakan bahawa kes ini disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Beliau juga mengingatkan orang ramai agar lebih bertanggungjawab ketika memberikan komen atau memuat naik kenyataan di media sosial supaya tidak melanggar undang-undang.

Ditemani Menteri Pelancongan

Bahkan, laporan polis yang dibuat Baby Shima turut ditemani oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing. Penyanyi itu adalah salah seorang artis jemputan yang membuat persembahan sempena sambutan Tahun Baharu 2025 di Kompleks Sukan Komuniti Azman Hashim, Sibu Jaya malam tadi.

Hati-Hati di Alam Maya

Kes ini menjadi pengajaran bahawa media sosial bukanlah tempat untuk melepaskan kemarahan atau mengugut orang lain. Seperti yang diingatkan ACP Zulkipli, setiap komen yang dimuat naik ada akibatnya, terutama jika ia melampaui batas undang-undang.

Semoga Baby Shima terus kuat menghadapi dugaan ini dan pihak berkuasa dapat menyelesaikan kes ini dengan adil. Untuk kita semua, ingatlah, “think before you post”!

Baca juga artikel yang berkaitan:

Baby Shima Buat Laporan Polis Terima Ugut Bunuh Di Sarawak, Menteri Hadir Bantu
Pertahan Hak Cipta, Baby Shima Sanggah Tuduhan Dedah Perbualan Antara Artis Tempatan
SUMBER :Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Semangat Tidak Luntur, 4 Calon SPM Di Sabah Naik Bot Ke Sekolah Akibat Banjir
Next Article Cubitan Membawa Padah, Pembantu Rumah Cederakan Majikan Dipenjara 7 Bulan Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?