• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Undang Suasana Cemas, Mekah Dilanda Ribut Dan Hujan Lebat

Oleh
ILB - AI
24 Ogos 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Video tular di media sosial, tanah suci Mekah dilanda ribut petir yang dahsyat

Undang Suasana Cemas, Mekah Dilanda Ribut Dan Hujan Lebat. Terbaharu, satu hantaran video tular di media sosial mengenai situasi cemas di Mekah yang dilanda ribut petir dan hujan lebat yang luar biasa.

Menerusi perkongsian rakaman tersebut di laman Twitter, perkara itu sekaligus menjejaskan jemaah umrah dan juga penduduk di kawasan berkenaan. Dapat dilihat para jemaah tergelincir dan basah kuyup.

Undang Suasana Cemas, Mekah Dilanda Ribut Dan Hujan Lebat
Sumber foto: Yossef_Bajjash

Kilat menyambar dengan kuat dan angin kencang

Bukan itu sahaja, kelihatan kilat turut menyambar secara tiba-tiba di hotel ikonik, Menara Jam Diraja Mekah (Fairmont Makkah Clock Royal Tower) yang menerangi langit malam.

Sementara itu, menurut jurucakap Pusat Meteorologi Kebangsaan, Hussein al-Qahtani menyatakan bahawa rebut itu membawa angin kencang melebihi 80 kilometer (50 batu) sejam.

Angin kencang dan hujan lebat di Mekah semalam. pic.twitter.com/KtqXOTcb8e

— Salim Iskandar (@Salim_Iskandar) August 23, 2023

Kejadian serupa dengan ribut yang pernah berlaku pada tahun 2015 dahulu

Beliau turut berkata kejadian tersebut seperti yang pernah berlaku pada tahun 2015 dahulu, di mana kren di Masjidil Haram telah tumbang dan insiden tersebut telah mengorbankan lebih 100 orang.

Namun, menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku pada Selasa dilaporkan tiada kemalangan jiwa berlaku dalam ribut yang dahsyat itu.

Dalam pada itu, pusat kaji cuaca memaklumkan di laman Twitter berkata kejiranan Mekah di Al-Kakkiyah telah merekodkan 45 milimeter (1.8 inci) hujan dalam tempoh 24 jam.

Undang Suasana Cemas, Mekah Dilanda Ribut Dan Hujan Lebat
Sumber foto: Yossef_Bajjash

Selain itu, insiden berkenaan turut menyababkan mereka yang menjaga sekatan meluncur di lantai sleian objek berada di sekeliling terbang ketika ribut melanda di tanah suci itu.

Sekolah ditutup dan pembelajaran dijalankan secara dalam talian

Memetik laporan, penduduk mengatakan banjir kilat kebanyakkan telah surut menjelang pagi Rabu. Susulan itu, sekolah di sekitarnya akan ditutup dan pembelajaran akan dijalankan secara dalam talian.

Mekah dilanda ribut dan hujan lebat pic.twitter.com/fM7tvx52Qg

— rizalhakimm (@rizalhakimm1) August 23, 2023

Bahkan, pusat meteorologi juga mengeluarkan amaran, di mana wilayah Mekah dan tempat lain di barat Arab Saudi akan mengalami hujan dan ribut petir yang akan melanda pada Rabu.

Baca juga artikel yang berkaitan:

11 Hari Koma, Bil Hospital Pesara Guru Dari Sarawak Di Mekah Ini Cecah RM 130K
Lelaki Dari Sabah Dedah Isteri Curang, Siap ‘Check In’ Di Hotel Madinah Bersama Suami Orang
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Padah Tipu Polis Dakwa Kereta Dicuri, Lelaki Dari Kuching Didenda RM1500 Padah Tipu Polis Dakwa Kereta Dicuri, Lelaki Dari Kuching Didenda RM1500
Next Article Tumbuk Gara-Gara Ejek Nama Bapa, Pelajar Asrama Dikenakan Bon 6 Bulan Di Kuching Tumbuk Gara-Gara Ejek Nama Bapa, Pelajar Asrama Dikenakan Bon 6 Bulan Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?