I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: 11 Hari Koma, Bil Hospital Pesara Guru Dari Sarawak Di Mekah Ini Cecah RM 130K
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

11 Hari Koma, Bil Hospital Pesara Guru Dari Sarawak Di Mekah Ini Cecah RM 130K

Oleh Husna Hazmi 13 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Baca di hujung artikel jika anda ingin menyalurkan bantuan.

11 Hari Koma, Bil Hospital Pesara Guru Dari Sarawak Di Mekah Ini Cecah RM 130K. Daripada perkongsian Utusan Sarawak di Facebook, dilaporkan seorang pesara guru asal dari Sarawak kini terlantar di Hospital Al-Noor di Mekah sejak sebulan lalu kerana mengidap Meningitis.

Untuk pengetahuan, Meningitis adalah satu kondisi parah yang menyebabkan lapisan di sekitar otak dan sumsum tulang belakang yang mengalami peradangan serius. Ia juga dikenali sebagai radang selaput otak.

11 Hari Koma, Bil Hospital Pesara Guru Dari Sarawak Di Mekah Ini Cecah RM 130K
11 Hari Koma, Bil Hospital Pesara Guru Dari Sarawak Di Mekah Ini Cecah RM 130K. Sumber foto: FB Utusan Sarawak

Berasal dari Kampung Pangtray, Daro

Menurut perkongsian tersebut, Jaliha Sakli berusia 56 tahun berasal dari Kampung Pangtray, Daro telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan pada 15 Januari lalu.

Jaliha bersama suaminya, Ahmad Abas berusia 58 tahun telah selesai mengerjakan umrah sebanyak 3 kali sudah bersedia pulang ke tanah air apabila tiba-tiba Jaliha disahkan menghidap Meningitis.

Abas berkata, dia terpaksa menemani isterinya di hospital dan berulang alik dari hotel penginapan di Mekah menggunakan bas atau teksi yang jaraknya sejauh 18 kilometer.

11 Hari Koma, Bil Hospital Pesara Guru Dari Sarawak Di Mekah Ini Cecah RM 130K
Sumber foto: FB Utusan Sarawak

Setelah 11 hari koma, Jaliha mulai pulih dan dipindahkan ke wad biasa

Setelah 11 hari koma, Jaliha mulai pulih dan kini dimasukkan ke wad biasa tetapi masih terlalu lemah untuk berjalan.

Menurut Abas, kini dirinya resah hati bagaimana ingin menyelesaikan bil hospital yang telah mencecah RM 130,000 (setakat semalam) itu. Memandangkan hospital tersebut adalah hospital pakar, bil hariannya mencecah RM 4,833.

Sebelum menjejak kaki ke Mekah, Abas dan isteri telah menerima vaksin wajib iaitu vaksin Meningitis kerana penularannya yang berisiko. Walaupun sudah menerima vaksin tersebut, pasangan suami isteri ini diberikan cabaran apabila si isteri disahkan menghidap penyakit tersebut.

Setakat semalam, Jaliha telah menerima rawatan di hospital pakar tersebut selama 27 hari. Selain bil hospital, Abas juga perlu membayar kos penginapan serta kos pengangkutan berulang alik ke hospital tanpa gagal setiap hari.

Untuk anda di luar sana yang ingin membantu, anda boleh salurkan bantuan di sini:

  • Jenis Akaun: Maybank
  • Pemilik Akaun: Jaliha Sakli
  • Nombor Akaun: 161109276756

Lagi cerita terkini buat anda di sini:

Kena Buat Juga, Ini Sebab Doktor Minta Kita Habiskan Ubat Walaupun Sudah Sembuh
Malaysia Airlines Sahkan Tiada Pendaratan Cemas Dilakukan Di Airport Miri
SUMBER : FB Utusan Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Port Air Terjun Di Serian, Taman Rekreasi Ranchan Kini Sudah Dibuka Buat Orang Ramai
Next Article Perahu Karam Di Sungai Nanga Song, 6 Terselamat Dan Seorang Lagi Masih Hilang Perahu Karam Di Sungai Nanga Song, 6 Terselamat Dan Seorang Lagi Masih Hilang

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?