I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Ungu, Rossa Dan Slank Antara Artis Yang Bakal Buat Konsert Di Malaysia Tahun Ini
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Ungu, Rossa Dan Slank Antara Artis Yang Bakal Buat Konsert Di Malaysia Tahun Ini

Oleh Nazihah AN 2 Oktober 2022
Kongsi
8 Min Bacaan
Ungu, Rossa Dan Rizky Fabian Antara Artis Yang Bakal Buat Konsert Di Malaysia Tahun Ini

Artis Indo yang otai pun turut buat konsert di Malaysia!

Ungu, Rossa Dan Slank Antara Artis Yang Bakal Buat Konsert Di Malaysia Tahun Ini. Deretan konsert artis dari Indonesia bakal berlangsung di Malaysia seperti Rossa, Ungu, Rizky Febian, Slank dan ramai lagi artis yang membuatkan peminat tidak senang duduk.

Sebelumnya, konsert Dewa 19 yang telah berlangsung pada 9 dan 10 September ini telah mendapat sambutan hangat di Malaysia. Konsert Jelajah Ulang Tahun ke-30 Tahun Dewa 19 yang berlangsung di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil.

Ungu, Rossa Dan Slank Antara Artis Yang Bakal Buat Konsert Di Malaysia Tahun Ini
Ungu, Rossa Dan Slank Antara Artis Yang Bakal Buat Konsert Di Malaysia Tahun Ini

Ini senarai artis dan kumpulan Indo yang bakal gegarkan Malaysia.

Peminat muzik Indonesia turut tidak mahu ketinggalan untuk menghadiri konsert-konsert dari artis Indonesia yang lain. Berikut adalah senarai dan juga tarikh konsert yang bakal menggegarkan Malaysia:

Isi-Isi Penting
Ini senarai artis dan kumpulan Indo yang bakal gegarkan Malaysia.1. Maliq & D’Essentials (14 Oktober)2. Fabio Asher (14 Oktober)3. Rizky Fabian (24 Oktober)4. Fiersa Besari (31 Oktober)5. Rossa (2 November)6. GiGi (5 November)7. Ruth Sahanaya (11 November)8. Ungu (18 & 19 November)9. Slank (19 November)10. Padi (3 Disember)11. Afgan (17 Disember)

1. Maliq & D’Essentials (14 Oktober)

Maliq & D’Essentials, salah satu band terkemuka Indonesia. Muzik unik mereka menggabungkan jiwa, neo-soul, funk dan jazz, dan karya mereka dianggap tersendiri di kalangan pemuzik Indonesia yang lain.

Ungu, Rossa Dan Slank Antara Artis Yang Bakal Buat Konsert Di Malaysia Tahun Ini

Peminat Maliq & D’Essentials tidak mahu melepaskan peluang ini untuk menyaksikan mereka secara langsung di mana mereka akan membuat persembahan lagu-lagu hits seperti “Untitled”, “Dia”, “Senja Teduh Pelita”, “Pilihanku” dan banyak lagi.

Buat anda yang ingin membeli tiket, boleh layari laman web dfp.com.my

2. Fabio Asher (14 Oktober)

Siapa yang tak kenal dengan Fabio Asher ni? Artis Indo yang mempunyai suara yang mantap dan merupakan penyanyi kepada dua buah lagu hit di Malaysia iaitu Rumah Singgah dan juga Bertahan Terluka ini.

Ungu, Rossa Dan Slank Antara Artis Yang Bakal Buat Konsert Di Malaysia Tahun Ini

Lagu Rumah Singgah yang dinyanyikan Fabio Asher tengah viral di TikTok dengan kutipan lirik: mengapa sulit untuk ku bisa miliki hatimu. Tidak hanya viral di TikTok, Lagu Rumah Singgah kini turut mendapat posisi trending untuk muzik di YouTube.

Buat anda yang ingin membeli tiket, boleh layari laman web fabioasherkl.ubertickets.my

3. Rizky Fabian (24 Oktober)

Penantian yang berbaloi. Rizky Fabian buat pertama kali akan mempersembahkan karyanya secara langsung di Malaysia. Rizky akan mendendangkan lagu-lagu popularnya seperti Penantian Bahagia, Makna Cinta, Terlukis Indah dan Cuek pada konsert yang akan berlangsung pada 20 Oktober di Zepp Kuala Lumpur.

Ungu, Rossa Dan Slank Antara Artis Yang Bakal Buat Konsert Di Malaysia Tahun Ini

Ternyata kehadiran Rizky ke Kuala Lumpur cukup dinantikan peminat apabila tiket konsert yang dijual pada 26 Ogos lalu licin dalam tempoh sejam. Buat anda yang tidak berkesempatan untuk membeli tiket tersebut, jangan bersedih ya.. nanti kami update lagi!

4. Fiersa Besari (31 Oktober)

Fiersa Besari terkenal dengan lagu-lagunya yang romantik membuat ramai orang suka dengannya. Mulai muncul pada tahun 2012, mengusung muzik indie dengan lagu yang ringan dan menarik minat orang ramai termasuk lah peminat muzik indie di Malaysia..

Ungu, Rossa Dan Slank Antara Artis Yang Bakal Buat Konsert Di Malaysia Tahun Ini

Antara karya beliau adalah Pelukku untuk Pelikmu, Waktu Yang Salah, Gelengan Rindu, April, Garis Waktu, Nadir, Garis Terdepan dan banyak lagi karya beliau yang anda boleh dengar. Buat anda yang ingin membeli tiket konsert beliau, boleh tekan pautan bawah.

Buat anda yang ingin membeli tiket, boleh layari laman web angkasa.ubertickets.my

5. Rossa (2 November)

Hampir tiga tahun lamanya penyanyi Indonesia, Datuk Seri Rossa menanggung beban rindu. Akhirnya, beliau menjayakan penganjuran siri jelajah konsert yang dinamakan ‘Rossa 25th Shining Years Concert’.

Ungu, Rossa Dan Slank Antara Artis Yang Bakal Buat Konsert Di Malaysia Tahun Ini
Ungu, Rossa Dan Slank Antara Artis Yang Bakal Buat Konsert Di Malaysia Tahun Ini

Dengan tampilan tetamu khas yang turut mempersembah nyanyian di konsert tersebut adalah Judika, Andi Rianto dan juga Eka Gustiwana.

Buat anda yang ingin membeli tiket, boleh layari laman web ticket2u.com.my

6. GiGi (5 November)

Kumpulan Gigi menembusi pasaran Malaysia melalui lagu Terbang yang kemudiannya menjadi siulan ramai dan kegemaran rata-rata para pemuzik pada tahun 1999. Dan kini, mereka membuat kemunculan kembali pada tahun ini di Zepp KL.

Ungu, Rossa Dan Slank Antara Artis Yang Bakal Buat Konsert Di Malaysia Tahun Ini

Konsert Gigi: Nakal Di Kuala Lumpur anjuran Tanjak Adventure & Tour berdurasi dua jam itu akan menghimpunkan lagu-lagu popular seperti 11 Januari, Nakal, Pintu Sorga, Janji, Jomblo dan Andai.

Buat anda yang ingin membeli tiket, boleh layari laman web myticket.asia

7. Ruth Sahanaya (11 November)

Penyanyi bertaraf legenda Indonesia, Ruth Sahanaya bakal menggegarkan pentas prestij, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) menerusi konsert solonya.

Ungu, Rossa Dan Slank Antara Artis Yang Bakal Buat Konsert Di Malaysia Tahun Ini

Ruth, yang lebih dikenali sebagai Uthe, berkongsi berita menarik itu di akaun Instagramnya dengan mengatakan bahawa dia tidak sabar untuk menyanyikan beberapa lagu kegemarannya sepanjang zaman seperti Memori dan Kaulah Segalanya.

Buat anda yang ingin membeli tiket, boleh layari laman web dfp.com.my

8. Ungu (18 & 19 November)

Konsert Ungu akan datang di sini pada 18 & 19 Nov jam 8.30 malam di Pusat Konvensyen & Pameran STAR di Menara PGRM diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-26 kumpulan itu.

Ungu, Rossa Dan Slank Antara Artis Yang Bakal Buat Konsert Di Malaysia Tahun Ini

Kumpulan popular Indonesia terdiri daripada vokalis Pasha, pemain gitar Enda dan Oncy, dengan pemain bass Makki dan pemain dram Rowman. Mereka yang membeli tiket VVIP akan menerima poster yang ditandatangani oleh ahli kumpulan dan peluang bergambar bersama Ungu.

Buat anda yang ingin membeli tiket, boleh layari laman web ticket2u.com.my

9. Slank (19 November)

Sudah lama tidak mendengar perkhabaran dari kumpulan terkenal Indonesia, Slank. Aksi-aksi mereka di atas pentas dengan lagu-lagu cukup bertenaga pastinya dirindui khalayak terutama para peminat setia di Malaysia.

Ungu, Rossa Dan Slank Antara Artis Yang Bakal Buat Konsert Di Malaysia Tahun Ini
Ungu, Rossa Dan Rizky Fabian Antara Artis Yang Bakal Buat Konsert Di Malaysia Tahun Ini

Slank antara kumpulan rock paling otai Indonesia yang masih aktif membikin muzik sehingga kini. Jika dihitung, sejak kemunculan mereka pada 1983, Slank telah melahirkan sebanyak 24 buah album.

Buat anda yang ingin membeli tiket, boleh layari laman web ticket2u.com.my

10. Padi (3 Disember)

Penyanyi rock veteran Indonesia, Padi bakal meraikan ulang tahun ke-25 menerusi Konsert 25 Tahun Padi Reborn di Zepp Kuala Lumpur pada 3 Disember depan.

Ungu, Rossa Dan Slank Antara Artis Yang Bakal Buat Konsert Di Malaysia Tahun Ini

Dan untuk pengetahuan anda, Padi Band ialah penyanyi membawakan OST Upin & Ipin iaitu Sahabat Selamanya. Semua pasti tahu sangat dengan lagu ni, kan? Tidak hanya itu, terdapat banyak lagi karya mereka yang anda boleh dengar.

Buat anda yang ingin membeli tiket, boleh layari laman web ticket2u.com.my

11. Afgan (17 Disember)

Terbaharu, penyanyi popular negara itu, Afgan turut memaklumkan bakal mengadakan Konsert Afgan Evolution Live in Kuala Lumpur pada Disember ini.

Ungu, Rossa Dan Slank Antara Artis Yang Bakal Buat Konsert Di Malaysia Tahun Ini

Menerusi perkongsian di Instagram, Afgan bakal mengadakan persembahan itu pada 17 Disember 2022 di Dewan Plenary KLCC, Kuala Lumpur. Antara lagu yang menjadi siulan peminat adalah Jodoh Pasti Bertemu, Terima Kasih Cinta, Pesan Cinta, Entah, Panas Asmara dan banyak lagi!

Buat anda yang ingin membeli tiket, boleh layari laman web GOLIVE-ASIA.COM

Untuk pengetahuan anda, Afgan turut dijemput menjadi tetamu khas di Kuching Jazz Festival Oktober ini. Baca lebih lanjut di pautan bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gajah Pygmy Santai Di Tepi Jalan, Wanita Ini Teruja Dalam Perjalanan Ke Tawau Lihat Gajah Pygmy Santai Di Tepi Jalan, Wanita Ini Teruja Dalam Perjalanan Ke Tawau
Next Article Taktik Scam Baharu, Waspada Modus Operandi Tipu Guna Wang Palsu Taktik Scam Baharu, Waspada Modus Operandi Tipu Guna Wang Palsu

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?