• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Unik Untuk Setiap Negara, Ini 6 Negara Yang Ada Kedai 7 Eleven Unik

Oleh
ILB - AI
9 Jun 2022
Kongsi
10 Min Bacaan
Unik Untuk Setiap Negara, Ini 6 Negara Yang Ada Kedai 7 Eleven Unik

Ketahui ciri-ciri unik kedai 7-Eleven di luar negara!

Unik Untuk Setiap Negara, Ini 6 Negara Yang Ada Kedai 7 Eleven Unik. 7-Eleven adalah kedai serbaneka yang boleh didapati hampir di mana sahaja. Ditubuhkan pada tahun 1927 pada awalnya sebagai kedai ais di Texas, Amerika Syarikat, 7-Eleven telah memperluas kedai serbaneka mereka di seluruh dunia.

Isi Isi Penting
  • Ketahui ciri-ciri unik kedai 7-Eleven di luar negara!
  • Jepun
  • Australia
  • Hong Kong
  • Thailand
  • Beberapa negeri di Amerika Syarikat
  • Hawaii
  • Taiwan
  • Fakta menarik bonus

Sebagai kedai serbaneka, perniagaan utama 7-Eleven adalah menjual makanan dan minuman serta menyediakan kemudahan lain seperti membayar utiliti dan lain-lain lagi. Tetapi salah satu ciri-ciri 7-Eleven yang paling terkenal adalah ia dibuka selama 24 jam sehari.

Unik Untuk Setiap Negara, Ini 6 Negara Yang Ada Kedai 7 Eleven Unik
Unik Untuk Setiap Negara, Ini 6 Negara Yang Ada Kedai 7 Eleven Unik

Sebelum pandemik, anda tidak akan pernah melihat kedai 7-Eleven ditutup (kecuali untuk tujuan pengubahsuaian). Sebagai rangkaian kedai serbaneka antarabangsa, setiap cawangan disesuaikan secara unik dengan negara ia ditempatkan. Oleh itu, setiap 7-Eleven di setiap negara memiliki ciri-ciri tersendiri.

Berikut adalah 6 negara yang mempunyai kedai 7 Eleven unik yang menjadikan mereka berbeza daripada kedai 7-Eleven tempatan kita.

Jepun

Jika di Malaysia, anda tidak akan terfikir untuk mengunjungi kedai 7-Eleven untuk makan tengah hari semasa lunch hour. Namun, budaya ini berbeza jika di negara Jepun.

Di Jepun, anda akan melihat pelbagai pekerja pejabat bergegas menuju ke mana-mana 7-Eleven yang berhampiran. Hal ini kerana kedai 7-Eleven di Jepun merupakan tempat yang popular untuk mendapatkan makanan murah dan sihat, sesuatu perkara yang penting bagi mereka yang sedang sibuk bekerja atau perlu menjimatkan duit.

Unik Untuk Setiap Negara, Ini 6 Negara Yang Ada Kedai 7 Eleven Unik
Pelbagai jenis makanan seperti bento boleh didapati di mana-mana cawangan 7 Eleven di Jepun. Kredit: Nikkei Asia

Ia dikatakan bahawa sebilangan besar makanan bungkusan di 7-Eleven sangat segar dan berkualiti serupa dengan hidangan yang anda akan temui di restoran. Antara hidangan yang disediakan adalah kotak bento dan sushi.

Selain makanan yang segar dan berkualiti, minuman yang ditawarkan pun setanding – siap ada coffee maker machine dengan pengisar kacang kopi sendiri, membolehkan anda untuk membuat kopi sendiri dari kosong.

Unik Untuk Setiap Negara, Ini 6 Negara Yang Ada Kedai 7 Eleven Unik
Antara benda yang terdapat di 7 Eleven Jepun adalah coffee maker machine seperti ini, sesuai untuk mereka yang ingin membuat kopi sendiri. Kredit: Tokyo Cheapo

Satu fun fact juga adalah Jepun mempunyai kedai 7-Eleven terbanyak di dunia – dengan 20,700 cawangan di seluruh negara Jepun, sekitar 31% daripada semua kedai 7-Eleven secara global!

Australia

Kalau di Sarawak dan Sabah, antara jenama donat yang paling famous adalah Big Apple dan Dunkin Donut. Namun, jenama Krispy Kreme merupakan antara jenama donat terkenal di Australia.

Unik Untuk Setiap Negara, Ini 6 Negara Yang Ada Kedai 7 Eleven Unik
Donut Krispy Kreme. Kredit: News Straits Times

Tidak seperti 7-Eleven tempatan, Krispy Kreme menghantarkan donat tertentu kepada kebanyakan kedai 7-Eleven di Australia, menjadikan kedai serbaneka itu sebagai tempat persinggahan terbaik untuk memenuhi keinginan makanan manis.

Unik Untuk Setiap Negara, Ini 6 Negara Yang Ada Kedai 7 Eleven Unik
Salah satu kedai 7 Eleven di Australia yang menawarkan donut Krispy Kreme. Kredit: DomNuts

Buat masa ini, Sarawak tiada cawangan Krispy Kreme. Walau bagaimanapun, sekiranya anda belum rasa dan ingin mencuba donat mereka, donat ini boleh didapati di Semenanjung Malaysia.

Jika anda berada di Semenanjung Malaysia, anda boleh singgah mana-mana cawangan Krispy Kreme yang berdekatan untuk mencuba donat mereka dan anda akan berfikir betapa untungnya warga Australia dapat membeli donat-donat Krispy Kreme hanya dari 7-Eleven!

Unik Untuk Setiap Negara, Ini 6 Negara Yang Ada Kedai 7 Eleven Unik
Salah satu cawangan Krispy Kreme di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Kredit: Mid Valley Megamall

Hong Kong

Bagi mereka yang biasa dengan minuman keras, selalunya tempat yang sesuai untuk duduk bersama rakan-rakan sambil menikmati minuman keras adalah di kelab hiburan, bar, pub atau kopitiam yang menghidangkannya.

Tetapi di Hong Kong, kedai 7-Eleven merupakan lokasi di mana orang tempatan Hong Kong akan menuju untuk tujuan ini. Yes guys, kedai serbaneka 7-Eleven adalah tempat untuk orang berkumpul bagi menikmati minuman keras!

Unik Untuk Setiap Negara, Ini 6 Negara Yang Ada Kedai 7 Eleven Unik
Beberapa orang di luar sebuah 7 Eleven di Hong Kong sedang berkumpul untuk menikmati minuman keras mereka. Kredit: Hong Kong Hustle

Hal ini kerana 7-Eleven merupakan antara tempat yang menyediakan minuman keras murah (jauh lebih murah daripada di bar atau kelab hiburan di Hong Kong) dan anda akan melihat orang tempatan serta pelancong mengerumuni mana-mana kedai 7-Eleven pada hujung minggu, menjadikan kedai serbaneka itu kelihatan seperti bar terbuka.

Unik Untuk Setiap Negara, Ini 6 Negara Yang Ada Kedai 7 Eleven Unik
Macam open bar pula! Kredit: EataCity

Thailand

Selain sup tom yam dan pad thai, antara makanan yang terkenal di Thailand adalah serangga goreng.

Unik Untuk Setiap Negara, Ini 6 Negara Yang Ada Kedai 7 Eleven Unik
Serangga goreng merupakan hidangan unik exclusively di Thailand. Kredit: YouTube

Mungkin tak ramai ingin cuba makan serangga goreng tapi jika anda teringin nak cuba, anda boleh membeli serangga goreng dalam bentuk kerepek yang dijual di mana-mana kedai serbaneka 7-Eleven di Thailand.

Unik Untuk Setiap Negara, Ini 6 Negara Yang Ada Kedai 7 Eleven Unik
Terdapat pelbagai jenis kerepek serangga goreng yang boleh didapati di 7 Eleven Thailand. Kredit: Bangkok Foodie

Dengan harga sekitar 15 Baht (RM1.90) sebungkus, terdapat pelbagai jenis kerepek serangga goreng yang anda dapat pilih untuk cuba atau diberi sebagai hadiah lucu kepada rakan-rakan anda.

Beberapa negeri di Amerika Syarikat

Bagi mereka yang hendak dating dengan pasangan mereka, anda boleh mengharapkan kedai 7-Eleven untuk memudahkan urusan anda.

Di beberapa negeri di Amerika Syarikat, beberapa cawangan 7-Eleven menyediakan perkhidmatan penghantaran khas untuk dating di mana pelanggan akan memilih salah satu pakej yang sesuai untuk date mereka menerusi ‘Pakej Date Night’. Perkhidmatan ini adalah hasil daripada kolaborasi antara 7-Eleven dan DoorDash, iaitu sebuah syarikat penghantaran berpusat di Amerika Syarikat.

Unik Untuk Setiap Negara, Ini 7 Negara Yang Ada Kedai 7 Eleven Unik
Antara pakej yang disediakan, cuma pilih dan tunggu pesanan anda dihantar ke rumah anda! Kredit: Doordash

Pakej Date Night khas ini terdiri daripada ais krim Ben & Jerry’s, minuman Red Bull, dan coklat untuk berkongsi bersama pasangan tersayang sambil menonton wayang di rumah. Selain itu, 7-Eleven AS x DoorDash juga menyediakan pakej bagi mereka yang mengalami hangover pada pagi seterusnya setelah membuat aksi ‘tunjuk langit’ semalam-malaman.

Pakej ini terdiri daripada ubat penahan sakit, air Gatorade (serupa dengan air jenama 100Plus kita) dan sandwich.

Unik Untuk Setiap Negara, Ini 6 Negara Yang Ada Kedai 7 Eleven Unik
Gambar sekadar hiasan. Kredit: PsyPost

Hawaii

Sebuah lagi negeri (atau pulau) di Amerika Syarikat yang mempunyai 7 Eleven unik ialah Pulau Hawaii.

Di Hawaii, salah satu hidangan yang unik di 7-Eleven mereka adalah sushi spam. Spam merupakan gabungan daging khinzir dan daging ham di dalam tin dan boleh didapati di bahagian non-halal di mana-mana pasar raya di Malaysia.

Unik Untuk Setiap Negara, Ini 6 Negara Yang Ada Kedai 7 Eleven Unik
Contoh spam yang dijual di pasar raya (hanya terdapat di bahagian non-halal). Kredit: Emart Batu Kawa

Kebiasaannya, mereka yang boleh makan makanan non-halal akan memakan daging ini sebagai lauk tambahan dengan sayur dan nasi. Namun di Hawaii pula, ia lebih digemari dimakan seperti sushi.

Sushi spam atau juga dikenali sebagai spam musubi adalah sepotong spam goreng yang diletakkan di atas nasi dan dibungkus dengan rumput laut kering nori. Hidangan ini sangat terkenal di mana-mana 7-Eleven di Hawaii, ia digelar sebagai kedai terbaik untuk membeli musubi di Hawaii.

Unik Untuk Setiap Negara, Ini 6 Negara Yang Ada Kedai 7 Eleven Unik
Spam musubi di Hawaii. Kredit: Reddit

Untuk mengetahui bagaimana budaya Jepun tiba-tiba mempunyai pengaruh besar di sebuah pulau terpencil di AS, angkatan tentera Jepun pernah menyerang Hawaii semasa Perang Dunia Kedua dan oleh itu, meninggalkan kesan terhadap budaya Hawaii.

Taiwan

Di Malaysia, selalunya kita akan membuat pembaharuan lesen memandu di mana-mana cawangan JPJ, Pos Laju, UTC dan tempat-tempat perkhidmatan khas. Tetapi di Taiwan, perkara ini boleh diselesaikan di kedai serbaneka 7 Eleven.

Selain memperbaharui lesen memandu, anda juga boleh bayar saman di mana-mana cawangan 7 Eleven di Taiwan.

Unik Untuk Setiap Negara, Ini 6 Negara Yang Ada Kedai 7 Eleven Unik
Contoh lesen memandu Taiwan, di mana ia boleh diperbaharui di mana-mana cawangan 7 Eleven di Taiwan. Kredit: EIT

Fakta menarik bonus

Tahukah anda 7 Eleven juga menawarkan perkhidmatan dry cleaning? Beberapa negara seperti Taiwan, Thailand dan Amerika Syarikat menawarkan perkhidmatan dry cleaning untuk kedai 7 Eleven tertentu.

Unik Untuk Setiap Negara, Ini 6 Negara Yang Ada Kedai 7 Eleven Unik
Perkhidmatan dry cleaning di sebuah kedai 7 Eleven di Thailand. Kredit: Buriram Times

Di Singapura pula, kedai 7 Eleven mereka juga menawarkan mee kolok Sarawak sempena kempen ‘We Love Sarawak’ yang dilancarkan pada bulan April hingga Mei 2021. Kempen ini adalah program pemasaran untuk memberi kesedaran mengenai hidangan khas Sarawak di Singapura oleh Sarawak Trade and Tourism Office Singapore (Statos).

Unik Untuk Setiap Negara, Ini 6 Negara Yang Ada Kedai 7 Eleven Unik
Kredit: Statos

Siapa sangka 7 Eleven yang kita ketahui rupa-rupanya ada yang unik di luar sana. 7 Eleven, sentiasa ada untuk kita – 24 jam!

Unik Untuk Setiap Negara, Ini 6 Negara Yang Ada Kedai 7 Eleven Unik
7 Eleven, sentiasa ada untuk kita. Kredit: WorldOrgs

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Aneh Tapi Wujud, Ini 5 Makanan Unik Yang Mungkin Tak Dapat Diterima Oleh Orang Lain Aneh Tapi Wujud, Ini 5 Makanan Unik Yang Mungkin Tak Dapat Diterima Oleh Orang Lain
Next Article Kenali Songket Sarawak, Tenunan Unik Menggunakan 30 Sifir Khas

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?