• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Aneh Tapi Wujud, Ini 5 Makanan Unik Yang Mungkin Tak Dapat Diterima Oleh Orang Lain

Oleh
ILB - AI
9 Jun 2022
Kongsi
7 Min Bacaan
Aneh Tapi Wujud, Ini 5 Makanan Unik Yang Mungkin Tak Dapat Diterima Oleh Orang Lain

Semua budaya mempunyai makanan ‘unik’ tersendiri

Aneh Tapi Wujud, Ini 5 Makanan Unik Yang Mungkin Tak Dapat Diterima Oleh Orang Lain. Setiap budaya di seluruh dunia mempunyai makanan unik tersendiri. Seperti di Malaysia, antara makanan terkenal adalah nasi lemak dan roti canai. Manakala di Sarawak pula, mi kolok atau laksa Sarawak sentiasa dikaitkan dengan negeri ini.

Isi Isi Penting
  • Semua budaya mempunyai makanan ‘unik’ tersendiri
  • Surströmming (Sweden)
  • Casu Marzu (Itali)
  • Gaeng Kai Mot Daeng (Laos)
  • Escamoles (Mexico)
  • Sannakji (Korea Selatan)
  • Adakah anda berani?
Aneh Tapi Wujud, Ini 5 Makanan Unik Yang Mungkin Tak Dapat Diterima Oleh Orang Lain

Makanan seperti ini boleh diterima umum oleh penduduk tempatan dan juga orang asing. Tetapi ada juga jenis makanan yang tidak dapat diterima walaupun dianggap sedap untuk sebilangan besar penduduk tempatan. Sebagai contoh, buah durian dianggap sedap tetapi ia diketahui umum bahawa buah ini tidak dapat diterima oleh kebanyakan orang lain terutama orang asing.

Durian mungkin boleh diterima oleh warga tempatan, tetapi tidak semua dapat menerimanya, termasuk sebilangan orang tempatan! Kredit: Popsci

Sebagai penduduk Asia, kita mungkin biasa dengan makanan yang dianggap ‘unik’ tetapi sejauh mana anda rasa anda berani untuk makan makanan ‘unik’ budaya lain? Berikut adalah 5 makanan unik yang mungkin mengejutkan anda dan mungkin membuat anda berfikir dua kali untuk memakannya.

Surströmming (Sweden)

Anda sangka buah durian adalah makanan paling berbau di dunia, tetapi tahukah anda di Sweden ada sebuah jenis makanan yang sangat bau, ia juga dilarang di pesawat kerana baunya yang kuat?

Makanan ini digelar Surströmming iaitu ikan fermentasi yang dihidangkan dalam tin (seperti ikan sardin kita). Ikan ini biasanya dimakan dengan roti pita tipis dan roti gandum. Rasanya dilaporkan mempunyai rasa masam, tajam dan pedas dengan rasa yang masin.

Ikan ini sering dimakan dengan roti dan tidak semua orang dapat menerima ikan ini kerana baunya yang kuat. Kredit: Grabr

Kebanyakan orang mengatakan bahawa rasanya sangat teruk dan hanya mereka yang berani sahaja akan memakan hidangan ini.

Casu Marzu (Itali)

Itali terkenal dengan pasta dan keju tetapi tahukah anda ada satu keju spesifik yang sangat ‘pelik’ sehingga untuk membuat keju tersebut, lalat harus bertelur ke dalamnya untuk membentuk keju itu? Prosesnya sangat aneh sehingga keju ini dianggap sebagai ‘keju paling berbahaya di dunia’ oleh Guinness World Records pada tahun 2009.

“Keju paling berbahaya di dunia.” Kredit: Wikipedia

Keju yang dipenuhi ulat berengga ini memerlukan jenis lalat tertentu iaitu cheese skipper flies (Piophila Casei) untuk bertelur dalam retakan yang terbentuk dalam keju. Ulat-ulat tersebut akan menetas, melalui pes, mencerna protein dalam proses dan mengubah produk menjadi keju lembut. Keju ini dikenali sebagai casu marzu dan hanya boleh didapati di sebuah pulau kecil di Itali iaitu Sardinia.

Keju casu marzu dipenuhi dengan ulat berengga. Kredit: Grub Street

Kerana reputasinya sebagai keju paling berbahaya di dunia, ia tidak dijual secara komersial tetapi dimakan oleh segelintir penduduk tempatan Sardinia dan rasanya dikatakan kuat, dengan rasa pedas yang bertahan selama berjam-jam setelah dimakan.

Gaeng Kai Mot Daeng (Laos)

Hampir semua budaya di seluruh dunia mempunyai sekurang-kurangnya satu hidangan jenis sup. Tetapi di Laos, terdapat sebuah hidangan sup yang sangat ‘unik’, anda mungkin akan berfikir dua kali sebelum memakannya.

Hal ini kerana sup itu diperbuat daripada telur semut. Yes guys, ant eggs.

Telur semut. Kredit: Golden Spoon Awards

Sup telur semut atau juga dikenali sebagai gaeng kai mot daeng merupakan hidangan tradisional di Laos selama beribu tahun. Walaupun kini tidak ramai generasi baru memakannya, ia masih popular di kalangan warga tempatan Laos serta mereka yang ingin mencubanya. Hidangan ini juga boleh didapati di timur laut Thailand (Isan) dimana ia digelar sebagai khai mot daeng.

Sup telur semut popular di Laos dan Thailand. Kredit: Economist

Selain telur semut, anak-anak dan larva semut juga dicampurkan dalam sup bagi menaikan aroma. Ia dikatakan sup ini mempunyai perisa ala-ala udang dan dengan tambahan anak-anak semut akan menambahkan perisa masam sikit.

Escamoles (Mexico)

Satu lagi hidangan yang menggunakan serangga semut sebagai bahan masakan ialah escamoles. Hidangan ini popular di kalangan warga Mexico dan ia diperbuat daripada larva dari spesies semut tertentu.

Kredit: Wikipedia

Hidangan ini merupakan salah satu hidangan asli di Mexico Tengah dan digambarkan mempunyai konsistensi yang serupa dengan keju cottage dengan rasa kacang.

Untuk menyediakan hidangan ini, semut-semut ini akan digoreng dengan mentega dan rempah dan digunakan sebagai pengisian taco dan telur dadar. Escamoles juga dapat dihidang dengan guacamole dan tortilla sebagai iringan.

Kredit: SunnySideCircus

Sannakji (Korea Selatan)

Di Jepun ada sushi, di Korea Selatan ada sannakshi.

Sannakshi merupakan hidangan tradisional di Korea Selatan yang diperbuat daripada sotong. Tetapi apa yang membuat hidangan ini unik adalah ia mesti dihidangkan tanpa memasaknya (seperti sushi).

Kredit: Atlas Obscura

Tidak seperti sushi di mana makanan laut yang dihidangkan sudah tidak bernyawa ketika disediakan, sannakji memerlukan sotong dipotong kecil-kecil semasa masih hidup dan segera dihidangkan.

Sannakji mesti dimakan segera setelah dipotong. Kredit: The Next Somewhere

Oleh itu, anda akan melihat sotong terpotong masih menggeliat ketika dihidangkan. Anda dinasihatkan agar berhati-hati ketika makan sannakji dan hidangan ini boleh ditemui di restoran dan bar sebagai makanan ringan untuk menemani minuman beralkohol seperti Soju.

Adakah anda berani?

Malaysia sebagai sebuah negara berbilang budaya, ia tidak mengejutkan bahawa setiap kaum mempunyai makanan yang unik tersendiri. Tetapi setelah anda mengetahui bahawa budaya lain di luar sana juga mempunyai hidangan unik yang boleh menyebabkan anda mempertimbangkan semula mencubanya, adakah anda berani untuk mencubanya jika anda berpeluang?

Berani atau tidak, it doesn’t hurt jika anda membuka hati untuk mencuba. Seperti yang selalu dikatakan, makanan adalah cara terbaik untuk memahami lagi tentang budaya orang lain!

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Grazia Daily

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Masih Ingat Ini? Ini 6 Barang Yang Telah Kita Gunakan Pada Masa Dulu Masih Ingat Ini? Ini 6 Barang Yang Telah Kita Gunakan Pada Masa Dulu
Next Article Unik Untuk Setiap Negara, Ini 6 Negara Yang Ada Kedai 7 Eleven Unik Unik Untuk Setiap Negara, Ini 6 Negara Yang Ada Kedai 7 Eleven Unik

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?