• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Universiti Malaysia Sarawak Bakal Raikan Graduan 2020 Dengan Majlis Konvokesyen Hibrid

Oleh
Ismail NA
29 September 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Majlis konvokesyen tersebut akan diadakan secara separa virtual (maya).

Universiti Malaysia Sarawak Bakal Raikan Graduan 2020 Dengan Majlis Konvokesyen Hibrid. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang merupakan universiti awam di Sarawak bakal mengadakan Majlis Konvokesyen ke-24 secara hibrid iaitu dengan kaedah separa maya (virtual). Perkara ini dimaklumkan menerusi sebuah hebahan rasmi institusi berkenaan hari ini.

Isi Isi Penting
  • Majlis konvokesyen tersebut akan diadakan secara separa virtual (maya).
  • Majlis konvokesyen hibrid akan diadakan pada 14 Oktober ini
  • Setiap graduan perlu merasai proses pengijazahan bagi meraikan penamatan pengajian akademik dengan jayanya
  • Baca juga kisah kejayaan penyelidik dari UNIMAS yang telah berjaya menemui spesis kupang baharu :

Majlis konvokesyen ini diadakan khas untuk meraikan graduan yang menamatkan pengajian pada tahun 2020 yang lalu namun tidak dapat menerima pengijazahan seperti sebelum ini akibat kekangan pandemik dan perintah kawalan pergerakan walaupun perancangan awalnya adalah untuk mengadakan majlis secara fizikal. Graduan ini telah menunggu hampir setahun untuk merasai pengalaman menerima skrol ijazah sepertimana graduan-graduan sebelum ini.

Kali terakhir universiti ini mengadakan konvokesyen secara fizikal adalah pada Majlis Konvokesyen ke-23 tahun 2019.

Sumber : Facebook FEB. Faculty of Economics and Business Universiti Malaysia Sarawak
Universiti Malaysia Sarawak Bakal Raikan Graduan 2020 Dengan Majlis Konvokesyen Hibrid
Universiti Malaysia Sarawak Bakal Raikan Graduan 2020 Dengan Majlis Konvokesyen Hibrid. Kredit : Universiti Malaysia Sarawak via Flickr

Majlis konvokesyen hibrid akan diadakan pada 14 Oktober ini

Oleh yang demikian, institusi pengajian tinggi ini telah membuat keputusan untuk mengadakan Majlis Konvokesyen ke-24 secara hibrid, selaras dengan Standard Operasi Prosedur yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memandangkan keadaan pandemik di negara ini tidak akan tamat sepenuhnya dalam masa terdekat. Pendekatan ini juga adalah bagi mengekang penularan COVID-19 serta menjaga keselamatan dan kesihatan awam.

Majlis ini akan berlangsung pada Khamis, 14 Oktober 2021.

Sehubungan itu, UNIMAS juga kini sedang merangka norma baharu dan tatacara konvokesyen agar ianya tetap menjadi sebuah majlis konvokesyen yang meriah dan masih membawa simbolik penganugerahan yang bersejarah buat setiap graduan.

Universiti Malaysia Sarawak Bakal Raikan Graduan 2020 Dengan Majlis Konvokesyen Hibrid
Kredit : Universiti Malaysia Sarawak via Flickr

Setiap graduan perlu merasai proses pengijazahan bagi meraikan penamatan pengajian akademik dengan jayanya

Universiti ini juga menjelaskan dengan lebih lanjut bahawa setiap graduan yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya perlu merasai proses pengijazahan melalui upacara rasmi konvokesyen. Hal ini adalah bagi menzahirkan kejayaan para graduan dalam melengkapkan pengajian akademik serta membolehkan mereka merasa terlibat dalam kelompok masyarakat.

Walau bagaimanapun, pihak universiti tetap terbuka untuk mempertimbangkan dengan teliti mana-mana permohonan daripada graduan tahun 2020 yang ingin menghadiri Majlis Konvokesyen ke-24 secara bersemuka apabila telah dibenarkan kelak. Pertimbangan ini juga adalah tertakluk kepada proses dan kaedah yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan keadaan pandemik COVID-19 dari semasa ke semasa.

Universiti Malaysia Sarawak Bakal Raikan Graduan 2020 Dengan Majlis Konvokesyen Hibrid
Universiti Malaysia Sarawak Bakal Raikan Graduan 2020 Dengan Majlis Konvokesyen Hibrid

Masih belum terlambat rasanya untuk kami mengucapkan syabas dan tahniah buat semua graduan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang bergraduat tahun 2020! Selamat maju jaya!

Baca juga kisah kejayaan penyelidik dari UNIMAS yang telah berjaya menemui spesis kupang baharu :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jaringan Sepakan Roket Menarik Perhatian Dunia Bola Sepak, Pemain Sabah FC Ini Dipuji FIFA Jaringan Sepakan Roket Menarik Perhatian Dunia Bola Sepak, Pemain Sabah FC Ini Dipuji FIFA
Next Article KEMASKINI: LHDN Nafi Terdapat Kebocoran Data Peribadi 4 Juta Warga Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?