• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Jaringan Sepakan Roket Menarik Perhatian Dunia Bola Sepak, Pemain Sabah FC Ini Dipuji FIFA

Oleh
ILB - AI
29 September 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Jaringan Sepakan Roket Menarik Perhatian Dunia Bola Sepak, Pemain Sabah FC Ini Dipuji FIFA

“Gol yang pasti menjadi sejarah buat Sabah FC!” – FIFA

Jaringan Sepakan Roket Menarik Perhatian Dunia Bola Sepak, Pemain Sabah FC Ini Dipuji FIFA. Sabah FC telah bertemu dengan PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada malam Ahad lalu untuk Piala Malaysia dan mengakhiri dengan 1-1. Walaupun berkongsi satu mata, apa yang menarik perhatian adalah seorang pemain Sabah FC sehingga menerima pengiktirafan dari badan induk bola sepak antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)!

Pemain Sabah FC berkenaan, Park Tae Su, dari Korea Selatan, telah menarik perhatian peminat bola sepak bukan sahaja tempatan malah di seluruh dunia apabila beliau berjaya melakukan jaringan roket daripada 40 ela yang terkena palang sebelum memasuki jaring semasa permainan tersebut.

Jaringan Sepakan Roket Menarik Perhatian Dunia Bola Sepak, Pemain Sabah FC Ini Dipuji FIFA

Jaringan dilabel layak untuk memenangi Anugerah Puskas FIFA

Menerusi Twitter rasmi FIFA, mereka telah berkongsi jaringan yang dilakukan Tae Su dan memuji jaringan berkelas dunia tersebut. Anda boleh lihat jaringan yang dibuat oleh Tae Su di bawah:

🙇‍♂️ Take a bow, Park Tae-su!

🚀 There's nothing like a 40-yard rocket hitting the crossbar on its way into the net 🙌

🇲🇾 One for the @SabahFCofficial history books 📚pic.twitter.com/y9P3022AKO

— FIFA.com (@FIFAcom) September 28, 2021

Bukan sahaja FIFA memuji beliau, malah peminat bola sepak lain juga menyatakan kekaguman mereka dengan aksi Tae Su itu!

Jaringan Sepakan Roket Menarik Perhatian Dunia Bola Sepak, Pemain Sabah FC Ini Dipuji FIFA
Kredit: Twitter
Jaringan Sepakan Roket Menarik Perhatian Dunia Bola Sepak, Pemain Sabah FC Ini Dipuji FIFA
Kredit: Twitter
Jaringan Sepakan Roket Menarik Perhatian Dunia Bola Sepak, Pemain Sabah FC Ini Dipuji FIFA
Kredit: Twitter

Sedikit maklumat mengenai Park Tae Su, beliau merupakan pemain bek tengah atau pemain tengah pertahanan untuk kelab Liga Super Malaysia Sabah. Tae Su ditandatangani oleh kelab Liga Perdana Malaysia Sabah FA sebagai pemain pertahanan import tunggal mereka pada 29 Januari 2019.

Beliau telah membantu pasukannya untuk memperoleh tempat teratas dalam Liga Perdana Malaysia 2019 dan layak untuk Liga Super Malaysia untuk edisi 2020.

Tae Su memulakan kerjayanya sebagai pemain bola sepak pada tahun 2011 apabila beliau bermain untuk Incheon United ketika di Korea Selatan. Beliau kemudian bermain untuk beberapa kelab seperti Daejeon Citizen, Chungju Hummel, FC Anyang dan Hwaseong FC sebelum memasuki Sabah FC mulai tahun 2019.

Jaringan Sepakan Roket Menarik Perhatian Dunia Bola Sepak, Pemain Sabah FC Ini Dipuji FIFA
Kredit: Sabah Football Club via Facebook

Syabas Tae Su dan Sabah FC kerana membawa nama Liga Malaysia serta kelab bola sepak tempatan Sabah ke mata dunia. Gamsahamnida!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lupa Check Out Dalam MySejahtera? KKM Menyatakan Kenapa Anda Perlu Ingat Untuk Check Out Lupa Check Out Dalam MySejahtera? KKM Menyatakan Kenapa Anda Perlu Ingat Untuk Check Out
Next Article Universiti Malaysia Sarawak Bakal Raikan Graduan 2020 Dengan Majlis Konvokesyen Hibrid

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?