• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Usah Terlambat, Pembaharuan Lesen Dan Cukai Jalan Yang Tamat Semasa PKP Berakhir Hari Ini

Oleh
Ismail NA
30 September 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Hari ini hari terakhir, gaiss.

Usah Terlambat, Pembaharuan Lesen Dan Cukai Jalan Yang Tamat Semasa PKP Berakhir Hari Ini. Ada tak sesiapa yang telah tamat lesen memandu dan cukai jalan semasa musim PKP ini? Tahukah anda bahawa hari ini merupakan hari terakhir untuk anda memperbaharui lesen dan cukai tersebut tanpa dikenakan denda?

Bukan itu sahaja, hari ini juga merupakan hari terakhir untuk anda membayar sekaligus mendapatkan diskaun kompaun JPJ sebanyak 70%.

Pengumuman tersebut diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan di laman Facebook rasmi mereka.

📢📢 PERHATIAN 📢📢 Hari TERAKHIR pengurangan saman 70%Orang ramai kini hanya ada 1 hari sahaja lagi untuk mendapatkan…

Posted by Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia on Tuesday, September 29, 2020

Kaunter JPJ dibuka setiap hari untuk urusan pembaharuan dan pembayaran kompaun

Sebelum ini, orang ramai telah diberi pengecualian untuk memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Susulan itu, kaunter operasi JPJ telah dibuka setiap hari termasuk hari Sabtu dan Ahad bagi memberi ruang untuk orang ramai segera memperbaharuinya.

Urusan pada hujung minggu pula hanya dilakukan menggunakan transaksi kad debit sahaja dan tidak memerlukan wang tunai.

Usah Terlambat, Pembaharuan Lesen Dan Cukai Jalan Yang Tamat Semasa PKP Berakhir Hari Ini
Usah Terlambat, Pembaharuan Lesen Dan Cukai Jalan Yang Tamat Semasa PKP Berakhir Hari Ini

Sehingga kini, seramai lebih 2 juta rakyat Malaysia masih belum memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan mereka yang telah tamat semasa tempoh PKP yang lalu.

Tak pasti ada saman ke tidak? Anda boleh menyemak status anda di pautan laman sesawang JPJ dengan memasukkan nombor MYKad dan nombor plat kenderaan anda.

Saman JPJ anda boleh dibayar di mana-mana kaunter JPJ dan kiosk seluruh negara. Anda juga boleh membayarnya menerusi aplikasi JPJ atau pun menerusi portal MYSikap atau MYEG.

Cepat! Usah terlambat!

Artikel berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cuba Pukul Kereta Tengah Jalan, Lelaki Mengamok Bawa Parang Di Miri Akhirnya Ditangkap
Next Article Gara-Gara Lewat Pulang Rumah, Suami Mengugut Untuk Membunuh Isteri Gara-Gara Lewat Pulang Rumah, Suami Mengugut Untuk Membunuh Isteri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?