• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Vaksin AstraZeneca Diluluskan, Kumpulan Pertama Dijangka Tiba Pada Suku Kedua 2021

Oleh
ILB - AI
3 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Vaksin AstraZeneca Diluluskan, Kumpulan Pertama Dijangka Tiba Pada Suku Kedua 2021

Vaksin AstraZeneca diberikan kelulusan semalam

Vaksin AstraZeneca Diluluskan, Kumpulan Pertama Dijangka Tiba Pada Suku Kedua 2021. Dengan kelulusan pendaftaran bersyarat vaksin AstraZeneca oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk imunisasi aktif individu berusia 18 tahun ke atas, kumpulan pertama vaksin tersebut dijangka tiba ke Malaysia pada suku kedua tahun ini.

Sebanyak 6.4 juta dos vaksin AstaZeneca disasarkan untuk diberikan kepada berjuta-juta rakyat Malaysia.

Vaksin AstraZeneca Diluluskan, Kumpulan Pertama Dijangka Tiba Pada Suku Kedua 2021

Kelulusan berdasarkan penyerahan yang merangkumi keputusan analisis interim program Fasa 3 yang dikendalikan oleh Universiti Oxford

Menurut laporan, Dr Sanjeev Panchal, Presiden AstraZeneca bagi Malaysia, kelulusan diberikan berdasarkan penyerahan yang merangkumi keputusan analisis interim program Fasa 3 yang dikendalikan Universiti Oxford dan diterbitkan dalam The Lancet pada 8 Disember lalu.

Vaksin Covid-19 dikembangkan oleh AstraZeneca dengan kerjasama Universiti Oxford.

Beliau juga mengatakan bahawa dua regimen dos standard vaksin Covid-19 AstraZeneca mampu bertoleransi dan berkesan dalam mencegah gejala Covid-19 tanpa kes teruk dan kemasukkan ke hospital melebihi tempoh 14 hari selepas dos kedua, berdasarkan keputusan ujian klinikal.

Ujian klinikal mendapati bahawa vaksin terbabit adalah 100% melindungi daripada penyakit yang teruk, dimasukkan ke hospital dan kematian lebih daripada 22 hari selepas dos pertama. Satu dos vaksin berkenaan mempunyai kadar keberkesanan sebanyak 76% terhadap gejala Covid-19 dalam tempoh 90 hari pertama selepas vaksinasi.

Keberkesanan vaksin setelah pengambilan dos kedua adalah lebih tinggi dalam tempoh lebih lama iaitu mencapai 81.3% dengan pengambilan dos selang 12 minggu atau lebih, dan penyelidikan turut menunjukkan bahawa ia mengurangkan jangkitan virus sebanyak 67%.

Vaksin boleh disimpan dalam masa yang lebih lama

Tambahnya lagi mengenai simpanan vaksin, vaksin terbabit dapat disimpan, diangkut dan ditangani dalam keadaan suhu sejuk yang biasa (sekitar 2 – 8°C) bagi tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan.

Beliau juga mengatakan bahawa vaksin ini mudah digunakan dalam keadaan penjagaan kesihatan yang sedia ada.

Setakat ini, negara Kesatuan Eropah, UK, Argentina, Republik Dominika, El Savador, Mexico, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Bahrain, Oman, Mesir, Algeria, Maghribi, India, Taiwan, Filipina, Thailand dan Vietnam membenarkan kegunaan vaksin Covid-19 AstraZeneca untuk warga mereka.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sebahagian Besar Aset Pawagam MBO Dibeli Oleh GSC Sebahagian Besar Aset Pawagam MBO Dibeli Oleh GSC
Next Article PKPD Di Kampung Sungai Maong Dan Sebahagian Flat Sibu Jaya Akan Dilanjutkan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?