• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Vaksin Cansino Dijangka Akan Tiba Ke Sarawak Pada Pertengahan Julai Ini

Oleh
ILB - AI
23 Jun 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Vaksin Cansino Dijangka Akan Tiba Ke Sarawak Pada Pertengahan Julai Ini

Vaksin Cansino hanya diberi satu dos sahaja untuk setiap penerima

Vaksin Cansino Dijangka Akan Tiba Ke Sarawak Pada Pertengahan Julai Ini. Dilaporkan bahawa bekalan vaksin Cansino dijangka tiba ke Sarawak pada pertengahan Julai tahun ini.

Sebanyak 650,000 dos vaksin telah diminta oleh Sarawak dan keutamaan akan diberikan kepada mereka yang menduduki kawasan pedalaman.

Vaksin Cansino Dijangka Akan Tiba Ke Sarawak Pada Pertengahan Julai Ini

Sesuai untuk mereka yang tinggal di kawasan pedalaman

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas, vaksin Cansino sesuai untuk mereka yang tinggal jauh di pedalaman seperti etnik Penan.

Oleh kerana dos hanya satu sahaja, pasukan perubatan hanya perlu mengunjungi mereka sekali sahaja untuk memberikan vaksinasi dan perkara ini boleh mengurangkan kos logistik, pengangkutan dan sebagainya.

Beliau juga berkata bahawa pasukan perubatan negeri telah mengunjungi beberapa rumah panjang dan kampung pedalaman di bahagian Miri dan Kapit dan vaksin Sinovac telah diberikan kepada mereka sejak tempat-tempat berikut tercetusnya wabak.

Pasukan perubatan telah mengunjungi beberapa rumah panjang untuk memberi vaksin kepada penduduk pedalaman. Kredit: The Star

Vaksin Johnson & Johnson diberikan kelulusan bersyarat

Vaksin Cansino – Convicedia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) – adalah vaksin yang dihasilkan oleh CanSino Biologics Inc. China dan hanya memerlukan satu dos.

Vaksin Cansino hanya memerlukan satu dos sahaja. Kredit: The Bangkok Post

Meskipun jadual penghantaran bekalan vaksin Cansino belum selesai tetapi Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin menyatakan keyakinannya bahawa bekalan tersebut akan dapat diedarkan pada akhir bulan Julan 2021.

Sementara itu, vaksin Johnson & Johnson dari Amerika Syarikat juga telah diberikan kelulusan bersyarat untuk digunakan di Malaysia. Namun, tarikh penghantaran pada setakat ini belum ada.

Vaksin Johnson & Johnson telah diluluskan pengunaan di Malaysia.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pernah Hasilkan Runut Bunyi Untuk Filem Kung Fu Panda 3, Kenali Penerbit Muzik Kelahiran Sarawak Alvin Wee
Next Article Majlis Islam Sarawak Benarkan Masjid, Surau Dibuka Untuk Menunaikan Solat Fardu Dan Jumaat

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?